Rabu, 29 September 2010

Masuk Jawi dan Kaifiatnya

Mata I berkeliaran. Walaupun I sedang memandu kereta, tapi mata I masih tidak berhenti melihat sekeliling. Bukannya I pemerhati bebas, cuma I mengaku I seorang rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab. Kalau boleh, I tak mahu lihat ada wanita yang keseorangan menunggu bas atau berjalan kaki, zaman sekarang bukan macam zaman Tok Kadok dahulu, zaman sekarang ialah zaman yang penuh lelaki jahat dan suka mengambil kesempatan. I bersyukur I tak menjadi salah seorang dari lelaki tersebut. I tahu ramai yang tidak percaya dengan kata-kata I, mesti ada yang cakap I sibuk mencari wanita sebab I mata keranjang, I tak kisah dengan apa orang kata, yang penting I tahu I sanggup menolong wanita-wanita yang single dan lebih baik lagi, I tak pernah kira peringkat umur mereka, status mereka, cuma yang penting dia keseorangan. Secara jujurnya I tak suka menolong wanita yang bersama anak-anak, bukan I tanak tolong, tapi prinsip I jelas, I cuma tolong wanita yang berseorangan.

Sambil I sibuk memerhatikan keadaan sekeliling, mata I terhenti pada seorang budak yang ikut pengamatan I, berusia tidak lebih dari dua belas tahun. Dia seorang budak lelaki, rambutnya kusut, telinganya capang dan muka sentiasa kelihatan berkerut. Tapi bukan paras rupanya yang I amati, apa yang menarik perhatian I adalah cara dia memegang kain pelekat yang dipakainya ke hadapan. I senyum sendiri. I tahu transformasi organ yang berlaku pada budak lelaki itu. I pernah melaluinya. I berkhatan seawal usia 4 tahun kerana umi dan abah nak bawa I pergi haji. Tidak seperti kanak-kanak lain, I dipaksa berkhatan, dan I lalui semua itu seorang diri dan I nak u all ingat, I cuma budak kecil berusia empat tahun, apa daya I melawan cakap orang tua. I berhentikan kereta I di tepi sebuah bangunan lama, I tarik nafas panjang dan tutup mata I, mengingati apa yang berlaku 21 tahun yang lepas. I nak semua tutup mata dan tarik nafas panjang seperti I, I nak u all rasa apa yang I rasa pada usia I empat tahun, lagipun ayat selepas ini adalah ayat seorang budak empat tahun, mungkin susah nak faham.

Kita borak dengan umi, dengan abah, tapi semua tak sayang kita. Semua cakap kita sakit. Abang dan kakak tak suka main dengan kita. Dia cakap kita kena sunat. Baru boleh jadi orang besar. Kita tau sunat tu macam mana. Mesti sakit. Auntie Lara pernah cakap, kalau tak sunat, nanti buah mangga tu busuk. Kita tak faham. Kita baru empat tahun. Tunggulah umur kita 25 tahun, macam-macam kita tahu. Esok kita kena sunat. Kita takut sangat.

Masa I kecil, I dah boleh menulis dan membaca, tak mustahillah I jadi orang yang sempurna sekarang. Penulisan di atas tadi I cuma salin balik diari I semasa kecil. I sambung balik cerita diari tadi.

Kita dah ada kat depan klinik. Ramai sangat orang sakit. Kita nampak orang keluar masuk bilik doktor nangis-nangis, tumpah darah dan macam-macam lagi. Kita nampak semua penderitaan itu. Doktor jahat. Kita tak suka doktor lelaki. Doktor perempuan je baik. Dia bagi ubat. Kita nak sunat dengan doktor perempuan. Mesti tak sakit. Tapi umi cakap kita tak boleh tengok perempuan, nanti doktor susah nak potong. Kita takut dan frust juga.

Dah nampakkan perangai I dari kecil. I suka tengok perempuan. I tak sangka perangai I tak berubah. Nampak macam I yang gilakan perempuan walaupun situasi sebenar adalah disebaliknya. I terpaksa sembunyikan penceritaan keadaan I semasa dipotong sebab I khuatir menyentuh aspek-aspek kedewasaan. I adalah orang yang menjaga tatatertib dan kesopanan Melayu. I terus lompat situasi selepas berkhatan.

Kita dah tak boleh kencing. Kencing kita jadi bercabang. Doktor letakkan kapas dekat saluran urin kita. Tekanan yang kuat membuatkan kencing bercabang dan kita rasa sakit sangat. Kalau boleh kita nak cepat baik. Umi, abah, adik beradik semua tolong bagi sokongan kat kita. Kita dapat tidur dengan kain kita betul-betul berada di depan kipas meja. Kita rasa sejuk dan nyaman. Terima kasih semua. Esok abah dah janji nak belikan set ninja turtle kat KL. Kita gembira sangat. Terima kasih Malaysia.

I buka balik mata yang I pejam. Sebenarnya lama juga I berhenti tadi mengingati kisah lampau I. I lupa nak menceritakan kaifiat I masuk jawi. I teruskan perjalanan I, dan senyum sendiri lagi. I rasa sangat besar selepas I bersunat. I pernah berbangga dengan kawan-kawan I masa masuk di tadika dahulu. Ramai yang kagumi I dan seperti biasa, kawan lelaki dah mula menjauhkan diri. Cepat sangat rasa cemburu. Disebabkan ramai yang kagumi I, I ada girlfriend masa I masih di tadika. Cuma yang kelakarnya, dia bagi number telefon office mamanya. Sebab dia cakap, lepas balik tadika, dia akan pergi balik ke pejabat mama. Cinta I dihalang oleh umi I, walaupun I dah bersunat, I dilarang bersama-sama perempuan. Di bawah I dah lampirkan gamba I ketika kecil, kalau tak percaya itu adalah I, tanya orang kawasan kejiranan I. Seawal empat tahun I dah bersunat, I dianggap sejarah di kawasan I.


Tak mustahilkan I boleh pikat perempuan pada usia muda

Ahad, 26 September 2010

Si Chantek dan Si Bughok Ghope

Bagai pinang dibelah secara simetri

Susah tak nak menyebut tajuk post I kali ini? Tentu susah sebab I sengaja buat ejaan yang sebegitu supaya pembacaannya tak menjadi mudah dan lancar. Cara bacaan untuk tajuk post I kali ini perlu dilontarkan daripada kerongkong, maksud I suara itu perlulah pekat dan garau, tidak semestinya jelas, lebih kurang seperti orang yang cuba membuang kahak. Begitulah cara penyebutan yang tepat agar cerita dalam post I kali ini boleh difahami oleh sekalian manusia. I nak berkongsi dengan ramai orang tentang pemerhatian I, lebih-lebih lagi hasil kajian I itu mungkin ada kebenarannya.

Pernah tak u all dengar tentang perumpamaan orang-orang tua tentang padannya sesetengah pasangan seperti pinang dibelah dua. Ramai yang tidak tahu tentang kebenaran hukum alam, hakikat bahawa perempuan cantik tidak akan berkahwin dengan lelaki kacak atau tampan manakala lelaki yang sempurna luarannya tidak akan sehidup semati bersama-sama perempuan jelita dan menawan. Itulah hukum alam yang patut dipegang oleh semua pasangan-pasangan yang merasakan diri mereka sangat cocok antara satu sama lain. I tak terus buat kesimpulan dengan hanya beberapa bukti yang mungkin kebetulan, kebenarannya adalah I dah buat kajian yang menyeluruh daripada seribu pasangan sejak I berada di tingkatan tiga lagi. I tak pelik langsung bila melihat artis dari dalam dan luar negara menjadikan perceraian sebagai satu budaya kerana I dah buat kajian tentang perkahwinan dan pasangan ini secara bersungguh-sungguh dan I yakin dengan keputusan kajian I. Apa yang I lihat mampu bertahan sampai bila-bila ialah perkahwinan si chantek dan si bughok ghope. (baca dengan keadaan yang sama seperti diarahkan)

I pernah rasa gagal ketika membuat kajian ini sampai I rasa berputus asa apabila I lihat perkhawinan Yusry KRU dan juga Erra Fazira, sebab I dapat rasa perkahwinan mereka boleh bahagia sampai ke akhir hayat. I terduduk juga apabila melihat pasangan cantik sebegini boleh bertemu jodoh dan dalam diam, I merestui perkahwinan mereka. Tapi perkahwinan seperti Barbie dan Kent itu tidak lama, Erra dan Yusry berpisah dan I juga mula yakin dengan pemerhatian I. Perkahwinan Datuk K dan juga Siti Nurhaliza juga menunjukkan hipotesis I tepat. Buah pinang tidak sepatutnya dibelah dua, buah durian atau betik sepatutnya digunakan dalam perumpamaan Melayu klasik kerana I yakin, kajian dan pemerhatian I, walaupun tiada rujukan atau tidak ditulis dalam format APA, ia masih kajian yang boleh diterima pakai oleh warga Malaysia.

Ada beberapa hujah atau testimonial dari kawan I yang menyokong kajian I. Ada yang memberi fakta mengenai perempuan yang cantik akan mencari lelaki yang tiada paras rupa atau lelaki yang sedap mata memandang (tidak kacak) supaya lelaki tersebut tidak mencari perempuan lain. I tak nampak lagi kebenaran hujah kawan I cuma mungkin boleh membantu I mengukuhkan lagi kebenaran bukti-bukti I. Pendapat orang lelaki juga berbeza dengan kaum hawa kerana I pernah tanya kawan perempuan I tentang pemilihan pasangannya yang berperut buncit. Dia hanya menjawab memilih lelaki buncit adalah satu pilihan jangka masa panjang kerana perut yang buncit boleh dijadikan bantal. I gelak sikit sebab I tak berapa suka dengan lawak orang perempuan. Sinis dan berbau sindiran. Tak profesional langsung.
Walabagaimanapun, I akan teruskan mengkaji, sehingga I dapat bukti yang lebih kukuh lagi. I perlu kumpul pandangan orang lain dan testimonial pasangan-pasangan yang terlibat supaya kajian I mendapat perhatian masyarakat, sebab I anggap kajian I ini boleh membantu sesetengah orang yang terlalu memilih pasangan. I nak mereka sedar yang pencarian mereka tak semestinya berhasil kerana apa yang sepatutnya dinilai semasa mencari pasangan ialah keserasian dan keperibadian pasangan mereka. Itu yang I yakin boleh membawa kebahagiaan dunia dan akhirat~

Isnin, 20 September 2010

Beraya bersama artis adalah satu pilihan

I kusut sangat hari ini. Biasalah, musim perayaan sinonim dengan kemalasan untuk bekerja. Siapa yang seronok kalau terpaksa bekerja di musim-musim perayaan, lebih-lebih lagi Aidilfitri. Kadang-kadang, keseronokan untuk beraya mengatasi kesungguhan untuk bekerja yang membuatkan ramai pekerja-pekerja yang berpura-pura sakit, demam, cirit birit dan pelbagai lagi. Tapi macam I, I tak suka menipu semata-mata untuk mendapatkan cuti, nanti I rasa bersalah dan cuti tu tak jadi seronok lagi. I datang kerja sekurang-kurangnya I dapat kacau orang dan sakat pelajar-pelajar I. Tapi hari ini yang membuatkan I kusut adalah ketidakselesaan seluar I. Seluar kerja I dah ketat di bahagian punggung dan itu yang menganggu mood I untuk bekerja hari ini. Disebabkan bahagian ketat itu adalah di bahagian punggung, ia sedikit sebanyak mempengaruhi panjang seluar itu, sekarang seluar I dah terangkat sedikit atau senteng! Nasib hari ini I bercukur, ketidaksempurnaan pakaian I itu sudah tertutup kerana seri muka I sendiri. Kebenarannya, I tak suka dengan hidangan-hidangan sepanjang Aidilfitri ini, makanan yang membuatkan I bertambah berat badan dengan kadar masa yang singkat. I berusaha selama 30 hari untuk mengurangkan berat badan I, tapi dalam masa seminggu, perut I mengembang semula dan punggung I semakin melebar. I tak suka bila transformasi ini menyebabkan salah sangka orang ramai seolah-olah I mempunyai daya tarikan seperti wanita sedangkan I adalah lelaki yang berketerampilan.

I masih ingat lagi sewaktu I aktif bersukan dan hebat dalam semua permainan. Masa tu badan I langsung tiada lemak simpanan, keseluruhan badan I cuma otot-otot kental yang berkilat bila berpeluh. Tapi ciri-ciri I tidaklah sama seperti Edward Cullen si pontianak jambu itu, I tidaklah berkilat seperti beliau apabila terdedah kepada cahaya matahari, cuma otot-otot I terserlah, itu maksud I. Masa zaman I berbadan seperti itu, ramai yang suka pegang-pegang badan I,tak kurang juga yang curi-curi tengok badan I. Masa I pergi berurut untuk melancarkan perjalanan darah I pun, tukang urut Thailand pun tak berani urut I, malah dia yang minta diurut cuma I menolak dengan cara yang lembut. Tapi itu cerita dulu-dulukan, sekarang I dah tak begitu lagi, I menulis blog ni pun sambil I usap-usap lembut perut buncit I.

Balik dari kerja tadi, kawan I ajak pergi ke rumah kawan perempuannya. Katanya ada open house dan siapa-siapa saja boleh datang. I bersetuju untuk pergi menemani kawan-kawan I. Bagaimana I nak menolak, cara kawan I bercerita, I gambarkan kawan perempuannya itu bagaikan Fazura atau Eja kalau di Malaysia. Tak salah rasanya kalau I teman kawan I itu, lagipun tunang I pesan, jangan makan banyak-banyak, dia tak pesan pula I patut berpantang untuk mencuci mata. I anggap perbuatan yang bakal I buat itu sebagai halal sahaja di sisi tunang I. Lagipun dia jarang baca blog I, so I rasa bebas sedikit.

Lepas Maghrib, I terus bersiap, I kenakan baju kemeja supaya nampak lebih kemas sebab open house I dah anggap seperti majlis formal. Banyak sikap I yang berubah semenjak bekerja, kadang-kadang I pakai seluar slack untuk berkebun, keterampilan adalah keutamaan I. I jemput kawan I dan dalam kereta, dia asyik bercerita tentang perempuan itu. I pulak dah bosan. Sampai sahaja di sana, kami dijemput oleh perempuan itu dan I terpaksa jujur, cerita kawan I itu ada sedikit benar. Rambutnya yang panjang dan lurus itu mirip Ija cuma badannya sedikit berisi. Sengaja dia pakai baju yang menunjukkan kulitnya putih melepak dan kami saling berpandangan.

"Hey Amer..lamenye tak jmpe u kan..macam da 10 taun tak jmpe n muke u pon da byk berubah"

Perempuan tu yang mulakan perbualan dulu. Yela, tuan rumah sepatutnya mengalu-alukan kedatangan tetamu.

"Siapa yang ko bawak ni Amer..wait wait..Ako mustapa?kenalkan la dekat I"

Perempuan tu dah hulurkan tangan pada I, I tak tahu macam mana nak elak. Kalau di tempat kerja I, kalau orang menghulurkan tangan, kita wajib salam kerana itu adalah gaya korporat. Tapi macam mana kalau tunang I dapat tahu I bersentuhan tangan dengan wanita. Lama sangat I berfikir sehingga perempuan mirip Ija itu dah mula rasa tidak selesa.

"Ni kawan lama I..Faqar..dia da bertunang da"

Sibuk betul kawan I yang masuk campur dalam tempoh perkenalan itu. Tapi I cuba juga untuk perkenalkan diri I. I terus salam tangan Ija wannabe itu seraya berkata.

"Faqar tu memang nama kawan2 I panggil..Tapi nama penuh I..Ako..Ako Zulfaqar"

I senyum tanda I sedang membuat lawak. Perempuan itu senyum dan cakap pada kawan I yang I ni kelakar. I tahu perempuan suka lelaki yang kelakar. I cuma senyum dan angkat-angkat kening I konon-konon I adalah seorang lelaki yang berkeyakinan dan berkerjaya. Masa I sedang makan, I perasan mata perempuan itu asyik curi pandang I, I buat-buat busy hantar SMS pun macam diperhatikan. I dah mula rasa tak selesa. Dah la seluar jeans I ketat sangat di bahagian punggung, kedudukan I dah macam orang yang tahan kentut.

"U da kenyang makan?makan la lagi..I suka tengok u makan"

I tahu soalan tu ditujukan kepada I. Tapi I tak beri respon sebab mulut I sedang mengunyah kuih-kuih raya yang banyak dihidangkan itu. I cuma angguk kepala tanda hormat dengan cara dia menjemput I tadi. Selesai makan, I dan kawan I meminta diri sebab tetamu pun da makin ramai, tak seronok rasanya kalau terlalu ramai berebut makanan, I suka makan sendirian. Kami pun bersalaman dan saling bertukar ucapan selamat hari raya.

"Selamat hari raya Ako Zulfaqar..lainkali datang lagi yeh..I suka tengok u makan..Perut u pon macam Ako mustapa dah..buncit sket..Kidding"

I tau nada perempuan itu bergurau cuma..Boleh tak kalau I nak cakap lawak orang perempuan TAK KELAKAR ok!

Rabu, 15 September 2010

Semalam berwarna coklat cair

I nak buat pembaharuan. I tak mahu lagi berada di takuk lama di mana semua orang memuji penampilan I, asyik mensyukuri kejadian I sehingga membuatkan I jadi riak dan takbur. I kena pergi jauh dari semua orang supaya I sedar diri semula. Beberapa hari lepas, semasa I beraya bersama kawan-kawan lama, ada yang cakap I dah banyak berubah. Mereka cakap I bangga diri dan angkuh walaupun I tiada niat untuk semua itu. Cuma bila kita hidup dalam keadaan yang penuh dengan pujian dan hormat oleh orang lain, rasa bangga pada diri sendiri mula wujud. Sehingga sekarang pun, teguran kawan I tempoh hari masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran I yang penuh dengan pengetahuan ini. Macam mana I nak mengelak dari dipuji, mulut tempayan bolehlah ditutup, tetapi mulut manusia sangat sukar untuk dihentikan celotehnya. I ambil keputusan untuk membawa diri untuk beberapa hari, untuk mencari siapa diri I. I belum terfikir lagi destinasi yang hendak I tuju tapi tujuan I dah jelas. Beberapa hari lagi I akan kenal siapa sebenarnya diri I. Tiba-tiba I rasa tak sabar nak tunggu perubahan I.

I dah kemaskan barang-barang I. I cuma bawa T-shirt dan seluar pendek, tuala pun I bawa yang bersaiz kecil, I tak mahu banyak barang sebab I masih belum fikir kawasan sasaran I. Lagipun kalau bawa bag besar, I risau parents I fikir I nak lari dari rumah pula. Sebab kebelakangan ini, I selalu tiru cakap warga asing dari Pakistan, I khuatir ibu bapa I bersyak wasangka yang bukan-bukan pula. Berus gigi I bawa takut-takut I ambil keputusan untuk bermalam, ubat gigi I bawa yang kecil sahaja. I tak tahu samada nak bawa sikat atau tidak, minyak rambut lagi, sebab rambut I dah makin tebal, pelik betul sebab rambut tak jadik panjang, tetapi semakin menebal. Kini I dah bersedia, I ambil kunci kereta dan capai perfume untuk I semburkan pada badan I supaya bau kejantanan I lebih menyerlah. I sengaja pakai perfume yang mengandungi feromon biar haiwan-haiwan yang berada berdekatan dengan I akan rasa dekat dengan musim mengawan. I mintak izin dari umi I dan terus pergi ke kereta. Dalam kereta I berfikir lagi ke mana I nak pergi. I taknak pergi ke Australia atau Jepun sebab I bawa kelengkapan yang sedikit, I rasa nak pergi kawasan tempatan tetapi kawasan yang tinggi atau tepi pantai. Mungkin I rasa tenang bila berada di tempat-tempat seperti itu. I berangan juga tempat yang tinggi dan berada di tepi pantai, tentu seronok. I senyum seorang diri.

I baru nak undurkan kereta. Telefon mahal I berbunyi. Ada pesanan ringkas dari tunang I. Ringkas sangat SMS yang I terima tapi dah mengubah langsung plan I.

“Abang..jom shopping! =.=”

I terus ubah keputusan I. I akan pergi teman tunang I shopping. Lelaki macam I adalah lelaki yang setia dan penyayang. Tapi kebenaran yang pahit sepatutnya wanita terima adalah, kebanyakan lelaki sebenarnya tidak suka melakukan aktiviti shopping ini. Memang kalau nak diikutkan, kebanyakan wanita biasanya ditemani teman lelaki atau suami masing-masing ketika shopping. Tapi I tahu isi hati lelaki, I dah lama sangat jadi lelaki dan I tahu semua perasaan lelaki. Dan untuk membuka rahsia lelaki lagi, sebenarnya laki-laki suka mengutuk perempuan yang suka membeli-belah. I tak berniat langsung nak memburukkan laki-laki dalam post I kali ini, cuma I teringin nak perempuan tahu, apa yang berlaku pada lelaki semasa proses shopping ini berlaku.

Masalah pertama yang kerap timbul adalah kebanyakan wanita kerap pergi ke tempat-tempat yang feminin bila shopping, dan kebanyakan tempat-tempat tersebut sangat membosankan kecuali pusat pakaian dalam wanita. Ada sesetengah lelaki yang berpura-pura ikhlas menemani pasangannya sedangkan hatinya memikirkan perkara yang jauh lebih dewasa. Menghabiskan masa di tempat-tempat pakaian wanita adalah satu perkara yang tidak boleh diterima kaum lelaki. Jika proses ini berlanjutan dengan masa yang agak lama, kesannya adalah kami, kaum lelaki akan mencuri pandang perempuan lain. Langsung tiada niat untuk melihat perempuan lain, tapi kelemahan lelaki adalah tidak suka fokus pada aktiviti yang mereka tak minat. I cuma cakap benda yang I rasa betul, sebab I tak pernah tengok lagi mata lelaki yang curi-curi pandang perempuan lain semasa menonton bola. Tapi di tempat membeli belah, mata lelaki bagaikan mencari sesuatu dan cara pandangan lelaki pada wanita adalah bermula dari atas dan ke bawah, naik semula ke atas. Itu adalah teknik pandangan yang digunakan kebanyakan lelaki. Tapi pandangan seperti itu perlu dilakukan secara sembunyi supaya tidak dapat dikesan oleh pasangan dan terus terang, teknik curi pandang ini adalah teknik yang berbahaya dan jarang digunakan, kecuali ketika bershopping.

Bersambung~

Selasa, 7 September 2010

Putera Salji Putih

Post I kali ini ditulis dalam keadaan kenyang dan malas. Lagi beberapa hari seluruh umat nabi Muhammad akan menyambut hari kemenangan atau lebih dikenali lagi sebagai hari raya Aidilfitri. Rumah I dah penuh dengan anak-anak buah hasil dari perkongsian hidup kakak dan abang I dengan pasangan mereka. Maka rumah I jadi sangat meriah atau I lebih suka klasifikasikan kemeriahan ini sebagai kebisingan. Adik beradik I yang jarang berjumpa pun masing-masing seronok bercerita, tak kurang juga anak-anak mereka yang lebih suka menjerit dari bercerita. Maka pertembungan bunyi hasil dari dua generasi yang berbeza menghasilkan suasana hingar bingar menjelang aidilfitri. Terus terang I cakap, I adalah lelaki yang sukakan kedamaian dan ketenangan, maka cara I yang paling mudah untuk melarikan diri dari hiruk pikuk itu adalah dengan cara berpura-pura tidur di dalam bilik supaya tidak diganggu.

Malangnya taktik dan strategi I dapat dihidu oleh segelintir kanak-kanak yang cintakan suasana bising. Mereka berkumpul di dalam bilik I, bercerita kisah-kisah seram yang pada I, lebih menggelikan hati dari menakutkan, mereka juga cipta teka teki yang sangat mudah dijawab dan macam-macam lagi perbuatan yang menggangu kesejahteraan hari-hari terakhir puasa I. I dah nekad, sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tak menganggu lagi ketenangan I. Lagipun, bagi I, tidur semasa waktu siang Ramadhan adalah satu ibadat dari I melakukan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin boleh mengurangkan pahala puasa I.

I tunggu peluang untuk menyergah kumpulan kanak-kanak ini yang merangkap anak-anak buah I. I dengar sahaja cerita-cerita mereka tentang kisah dongeng yang telah diubah suai supaya cerita mereka mudah difahami. Tapi pada I, cerita dongeng yang mereka cerita terlalu banyak pengubahsuaian menyebabkan cerita dongeng itu jadi lebih mengarut dan tiada moral. I tak berfikir panjang, kerana mereka semua kanak-kanak, I bercadang nak menipu mereka. Yes, I nekad I nak tipu mereka. I senyum sorang-sorang dalam keadaan I yang berpura-pura tidur.
I teruskan lagi kepura-puraan I dengan gaya sedang dikejutkan dari tidur, I gosok-gosok mata I dan memandang sekumpulan anti-ketenangan itu dengan mata kecil atau boleh juga dipanggil sepet.

"Korang tengah cerita pasal Snow White eh?"

I masuk ke dalam kerancakan cerita mereka. Semua pun terdiam memandang I tapi ada juga riak muka yang rasa bersalah kerana menyangkakan mereka dah menganggu tidur I. I dah dapat idea menipu, dan I nak teruskan niat I supaya mereka lari dari bilik I.

"Uncle ada cerita nk cerita kat korang..cerita ini mmg cerita betul..bukan cte dongeng mcm cte snow white tu..cte ni btol2 jadik kat umah tok mi ni..kat bilik uncle ni la.."

I perasan anak-anak buah I berminat untuk dengar cerita I. Tak sabar betul I nak menipu.

"Nampakkan cermin besa kat bilik uncle ni..cermin ni cermin ajaib..setiap hari uncle balik dari keje..uncle akan tanye dekat cermin ajaib ini..wahai cermin ajaib..siapakah jejaka yang paling kacak di seluruh malaysia?pastu cermin ajaib tu kuarkan imej uncle..maknenye uncle la jejaka paling kacak itu.."

Mereka mendengar cerita I itu bersungguh-sungguh, langsung tiada siapa yang mengesyaki I berbohong.

"Tapi ade satu hari tu kan..masa uncle faqar baru bangun tido..uncle faqar pon serulah dekat cermin ajaib ni..wahai cermin ajaib..siapakah jejaka paling tampan di seluruh tanah Melayu ini..tibe2 kuar dekat cermin tu..hantu yg menyeramkan..berdarah-darah muke die..die gosok mulut die dgn pisau..byk sangat darah..mata die tkeluar..rambut die kusut masai..idong die kemek..pipi die koyak rabak.."

"Momok ke uncle?"

Itu respon yang I nak dari pendengar cerita I. Biar die bertanya soalan supaya I boleh sambung cerita I sebab I pun dah tade idea nak memberi gambaran seram dekat mereka.

"Aah..memang momok..korang nak tgk tak macam mane muke momok tu..? uncle faqar seru dekat cermin ni eh"

"TAKNAK!!!"

Mereka berpakat lari ramai-ramai kuar dari bilik I. I lega proses penceritaan I tak perlu mengambil masa yang lama. Sebab dalam keadaan ngantuk, mana boleh I berfikir panjang, lebih-lebih lagi untuk mencipta suatu kisah dongeng. I baring semula, senyum sambil memejamkan mata I yang dah mula rasa berat akibat mengantuk. I membetulkan keadaan posisi I mengiring sebab I agak menggoda jika tidur dalam keadaan berbaring. I buka mata sekejap, dan tengok pada cermin besar dalam bilik I. Ternyata cermin itu tak pernah menipu, I nampak imej lelaki tampan dalam cermin tersebut. I senyum puas.

Rabu, 1 September 2010

Rancangan kegemaran

Gadis yang buat I lupa tunang I

Kehidupan I kembali seperti masa I muda-muda dulu. Sekarang I tak busy lagi. Terima kasih dengan kecekapan I, I berjaya mengurus masa, kerja-kerja I, sosial I dan kehendak lelaki I. Jangan salah faham tentang kehendak lelaki, I sebenarnya maksudkan kehendak lelaki seperti bermain futsal dan berenang setiap petang. I tak tahu semua kehendak lelaki lain, sebab I yakin setiap lelaki berbeza dari segi kemahuan masing-masing. Ada juga kawan lelaki I yang berkehendakkan menjadi playboy dan ada juga yang mahukan kehidupan yang baik selepas akhirat. I tahu semua lelaki berbeza dan bagi I, bersukan dan menghabiskan masa I dengan Fairuz merupakan perkara yang ingin I lakukan sepanjang hidup I. Oh, I hampir terlupa untuk menceritakan lebih lanjut mengenai tajuk post I kali ini, berbezanya post I kali ini berbanding post lain sebelum ini, I takkan puji diri sendiri lagi dan menceritakan pengalaman-pengalaman I yang berlaku semalam, kelmarin atau beberapa tahun lepas. Apa yang ingin I tulis untuk post kali ini ialah suatu yang I jarang kongsi.

Secara jujurnya, I memang jarang bercerita rancangan kegemaran I kepada kawan-kawan I yang lain. I taknak kawan-kawan I nampak I seperti orang yang suka menonton televisyen, pemalas dan suka membuang masa. I hanya tunjukkan minat I pada televisyen semasa menonton bola sahaja. I tak minat menonton berita, menghayati MTV, mendalami Astro Ria, mempelajari Discovery channel atau menikmati rancangan hiburan yang lain. Kebenarannya I sepatutnya memerlukan rancangan-rancangan hiburan supaya I boleh jadi lebih matang, belajar tentang kehidupan, cuba lawak-lawak baru dan mungkin melihat fesyen-fesyen terkini. Walaupun I tahu kebenaran itu menjadikan I lebih sempurna, I masih lagi berfikiran kuno dengan menghalang diri I sendiri dari menonton rancangan televisyen yang I yakin boleh merosakkan minda manusia.

Tapi hati I dah terbuka sekarang. I berpegang pada janji I supaya tidak menonton rancangan hiburan di televisyen tapi sebaliknya I muat turun rancangan hiburan tersebut melalui internet. Satu-satunya rancangan televisyen yang I muat turun itu adalah "Chuck" dan I muat turun kesemua episodnya supaya I boleh terdedah dengan kebenaran macam I maksudkan tadi. I tahu hidup I akan berubah apabila menonton "Chuck" dan I dah bersedia menghadapi apa jua perubahan itu. Uniknya cerita "Chuck" pada pandangan I adalah wataknya itu merupakan watak impian I sejak dari kecil. I langsung tak maksudkan I mengidamkan untuk berlakon dan memegang watak itu, cuma I suka watak lelaki yang digilai wanita. I membesar dengan menanam sifat ingin menjadi kegilaan wanita supaya kehidupan I lebih bermakna. Memang pelik tapi itu merupakan watak idaman I untuk hidup dalam dunia realiti seperti ini. Lakonan-lakonan yang berkualiti dan lawak-lawak cara baru dalam cerita ini juga menjadi daya tarikan yang amat menarik sehinggakan I tidak pergi ke masjid untuk berterawih.

I berjaya menghabiskan kesemua episod bersiri ini dalam masa 4 hari dan I berbangga dengan catatan masa I itu. I rasa I dah berjaya membuktikan tanpa menonton televisyen, I masih juga seorang lelaki yang pandai membuang masa. Sekarang I dah menjadi peminat setia drama bersiri ini dan sedang menanti season ke 4 iaitu episod yang paling terkini. Walaubagaimanapun, macam mana I puji "Chuck" tak bermakna I tak jumpa keburukan rancangan seperti ini. I adalah seorang yang cerdik dan cepat belajar, takkan I tak dapat kesan keburukan cerita seperti ini. Keburukan bagi cerita ini adalah menggunakan heroin yang sexy dan pandai berlawan. Itu I anggap sebagai kelemahan semua lelaki dan itu juga termasuk diri I. Tapi sebab I masih lagi angau bercinta dengan tunang I, Yvonne Strahovski pun I dah anggap mirip sangat Fairuz Adlidna I. Cerita ini dah tiada kelemahan lagi :)