Sabtu, 5 Mac 2011

Kisah Lima Penyiasat

Cuti akhir tahun sudah hampir tiba. Cuti ini yang ditunggu-tunggu oleh Hoshini, Dominic, Husni dan Sharifah Fathiyah untuk bersama-sama dengan I pergi mengembara. Dan seperti geng-geng penyiasatan yang lain seperti geng tujuh penyiasat, tiga penyiasat atau geng bas sekolah, jika terdapat sebarang kemusykilan sepanjang pengembaraan, maka jatuhlah hukum wajib untuk geng pengembaraan I menyiasat kes tersebut. Sudah menjadi lumrah, menjadi sekumpulan pelajar-pelajar pandai di sekolah, kami semua dianggap layak untuk menganggotai kumpulan "Lima Penyiasat" yang diketuai oleh I sendiri. Malah upacara perasmian kumpulan kami juga dirasmikan oleh guru besar sekolah iaitu Haji Ibrahim bin Bachik. Begitu hebat dan besarnya impak kumpulan di bawah naungan I. Setiap masalah yang dapat diselesaikan akan direkod untuk dibentangkan setiap hujung tahun bagi tujuan audit.

Tok! Tok! Pintu markas lima penyiasat diketuk orang. Ahad pagi merupakan hari bagi mesyuarat mingguan "Lima Penyiasat".

"Kata laluan?"

"Faqar hensem!"

I buka pintu markas. Kelihatan Husni termengah-mengah di hadapan pintu.

"U ni macam baru lepas kena kejar hantu sahaja..apa yg u buat smpi tmengah2 ni.."

"Hoshini mengamuk tuan, sy cuma kacau adiknya sahaja..die kejar saya dengan anjingnya Bobo..lintang pukang sy tuan.."

Nampak tak bagaimana I menerapkan rasa hormat ahli kumpulan I kepada I. I ajar mereka panggil I tuan. Walaupun hanya kumpulan penyiasat, I nak mereka sedar yang I adalah pemimpin mereka. Maka secara tidak langsung, mereka menghormati I lebih dari mereka menghormati ibu bapa atau guru-guru di sekolah.

"Takpelah husni..u masuk dlu..jgn lupe buatkan air untuk mesyuarat yang nak mula sekejap lg..yg lain lama lg nk smpi?"

"Sekejap lagi smpi la tuan..mereka ke rumah dominic dahulu sebelum bersama-sama akan datang ke markas nanti.."

Tok! Tok! Tok! Tok!

"Kata laluan?"

"Faqar hensem!!"

Ramai suara yang memberi kata laluan. Taulah I semua ahli kumpulan hadir ke mesyuarat mingguan. I buka pintu. Kelihatan Hoshini, Dominic dan Sharifah Fathiyah tercegat di hadapan pintu. I jemput mereka masuk ke markas. Hoshini menjeling Husni yang sedang membuat air. Husni cuma tersengih seperti kerang busuk.

"Woof! Woof!"

Bobo menyalak sambil menggoyang-goyangkan ekornya. Seperti kumpulan penyiasat yang lain, mereka biasanya mempunyai haiwan peliharaan untuk dijadikan pembantu. Tidak kurang hebatnya dengan kumpulan kami. Bobo adalah anjing peliharaan Hoshini yang banyak membantu siri penyiasatan "Lima Penyiasat". I selalu beri Bobo makanan manusia supaya dia berubah menjadi manusia, tapi usaha I gagal. Bobo masih seekor anjing. Tahun 1995, fikiran I masih penuh dengan imaginasi, sebab itu I berharap Bobo dapat bertukar menjadi manusia.

"Apa isu-isu yang kte selesaikan sepanjang minggu lepas?"

"Ini laporannya tuan..tak banyak isu atau konflik sepanjang sesi persekolahan..semua kes kecil sahaja"

I baca laporan mingguan itu. Dominic berjaya melepaskan anjing tersepit, Husni betulkan rantai basikal Raju, Sharifah Fathiyah dan Hoshini membuat kelas tambahan bagi pelajar-pelajar kelas bawah. Apa yang menariknya, kumpulan I bekerjasama menyelesaikan sesuatu perkara. Walaupun Dominic hanya melepaskan anjing tersepit, namun semua ahli kumpulan hadir untuk memberi kata-kata semangat kepada Dominic. Itu kerjasama yang sangat I harapkan dalam pertubuhan penyiasatan ini.

"Apa rancangan kita untuk cuti akhir tahun kali ini? Kita perlu mengembara..barulah dapat jumpa kes-kes seperti tengkorak hidup..misteri jam tua..barula menarik isu-isu bila mesuarat nanti"

Semua diam. Sejak pertubuhan tahun lepas, sebenarnya kumpulan "Lima Penyiasat" masih belum pernah pergi mengembara lagi. Sebab tu masih belum ada kes besar yang kami pernah sertai atau melibatkan diri. Paling jauh kami pernah mengembara adalah ke Kampung Dato Mansor, itupun balik awal disebabkan Husni menjolok sarang tebuan. Semua lari bertempiaran dan pulang ke rumah masing-masing. Selepas dua jam berdiam diri, akhirnya I putuskan untuk menangguh mesyuarat dan memikirkan agenda akhir tahun pada mesyuarat hadapan. Namun malangnya, sehingga tahun 2011, masih hampa. Malah kawan-kawan Lima Penyiasat sudah gagal dihubungi walaupun dicari menggunakan facebook. Tamatlah kisah Lima Penyiasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan