Jumaat, 21 Januari 2011

Kerana Percayakan Siti

Kekecewaan pun tak boleh buat I berduka. Itu kebenaran tentang I. I seorang yang yakin pada diri dan tak mudah perasan. Kalau ada yang kutuk-kutuk I puji diri sendiri dalam blog I ni pun I tak kisah, sebab I hanya berkongsi apa pandangan orang lain terhadap diri I. Kalau orang lain dipuji sama banyak seperti I terima pun, tentu sekali mereka lupa diri. Cuma hebatnya I kerana boleh mengawal hamburan pujian yang menggunung dengan riak yang minima. Tapi I sedar diri, walaupun muka I sangat tampan, tapi I masih ada parut jerawat. Badan I juga memang sasa dan kelihatan gagah, tapi tinggi I cuma 1.64 meter, suara I sangat merdu tapi gigi I tidak tersusun rapi. Apa yang peliknya, orang nampak kelebihan I berbanding kekurangan I. Bukan I yang minta persepsi seperti itu dari orang lain. Namun, walaupun I ada sedikit kelemahan, itu tak pernah jadi penghalang untuk memiliki Siti, impian I tahun 2011 ini.

Sekali pandang Siti pun tentu ramai yang terpikat melainkan orang yang tidak mudah bersyukur dengan apa yang ada. Lelaki miang macam I memang pentingkan paras rupa sebelum membuat pilihan. Sebab hanya luaran yang dah boleh buat I terpikat, prestasi dan kenikmatan hanya boleh dirasai jika kita memilikinya. I yakin ramai lelaki yang mahukan kepuasan dan keinginan seperti I, melainkan mereka tidak bernafsu buas. I dah tanya pendapat kawan-kawan I tentang Siti dan ramai yang bersetuju dengan pilihan I. Ada juga yang menyatakan keinginan mereka terhadap Siti tapi I kena anggap ini sebagai ujian. Yang pasti I nekad untuk memilikinya tahun ini juga. Siapa tanak jika sesuatu kejadian itu diciptakan sempurna.

Walabagaimanapun, kebenarannya adalah, I dah merisik Siti awal tahun 2011 ini dan terus terang I cakap, I sudah beberapa minggu memilikinya. Cuma kali ini I merendah diri dan cuba untuk tidak memberitahu sesiapa. Biarlah sebelum ini semua dijadikan rahsia kerana I sendiri terikat dengan janji yang I dah beri. Lagi 9 tahun I akan betul-betul memiliki Siti dan I harap Siti dapat setia dengan I. I lap u Siti....

Selasa, 11 Januari 2011

Anda ada 60 saat

Semenjak tahun 2011, ini kali pertama I buka semula akaun blog I. Tahun 2011 ini nampaknya banyak perkara yang perlu diselesaikan dan itu membuatkan I kesuntukan masa. Bukan sahaja tiada masa untuk berhibur, kadang-kadang I tiada masa untuk tidur. Padat sangat jadual I. Bercerita tentang padatnya jadual I, I sempat juga menjadi peserta jemputan khas untuk rancangan Astro "Anda ada 60 saat". Tapi I tak bawa pulang duit. Bukan pula bererti I tak menang, cuma I sedekahkan duit-duit I itu kepada mangsa-mangsa banjir. Orang yang berkulit gelap tapi hati suci macam I, selalu berbuat demikian untuk menunjukkan tiada langsung perasaan haloba dalam diri. Macam kawan-kawan I cakap, I penuh dengan sifat-sifat mahmudah.

Hari Selasa lepas, I dipaksa hadir untuk show itu dan sebelum ini, dah banyak kali I menolak, cuma godaan dari pihak penerbit membuatkan I ambil keputusan untuk hadir juga ke rancangan Astro itu. I hadir dengan memakai jeans ketat I dan baju ketat I. Kalau muncul di khalayak ramai, I selesa memakai pakaian ketat supaya orang ramai dapat melihat bentuk badan I yang diidamkan kebanyakan lelaki. Nasib I pendek sahaja, kalau tak tentu majalah-majalah di Malaysia penuh dengan gambar-gambar setiap kali keluaran mereka. Dipendekkan cerita, dalam rancangan itu, I dah berjaya melepasi kebanyakan halangan dan I lihat Nabil (pengacara anda ada 60 saat) dah mula resah bila lihat kehebatan I. Mana taknya, bukan setakat I dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dalam masa 60 saat, I mendapat tepukan yang gemuruh dan gegak gempita jeritan wanita setiap kali I melakukan aksi-aksi yang diminta. Nabil tentu cemburu. Dia hanya dapat perhatian Irma dan kekasih comolotnya sahaja, tapi I dapat perhatian sokongan padu dari ratusan wanita.

"Waahh..hebat sungguh peserta kita kali ini..Kalau ramai peserta sehebat zulfaqar..rancangan ini juga boleh diubah kepada anda ada 10 saat.."

Eleehh...ayat bodek. Macamlah I tak tau niat dengki beliau. I cuma ukir senyuman yang tak ikhlas sambil berpaling dari beliau.

"Tapi masih terlalu awal utk anda gembira zulfaqar..halangan kali ini sangat-sangat susah dan belom ade orang yang berani cuba untuk buat..dan cabarannya zulfaqar..anda ada 60 saat untuk melakukannya..."

Dahi I berkerut. I suka buat muka serius supaya penonton-penonton di rumah juga dapat merasakan cabaran itu sendiri. Penonton di studio tak perlu kata apa-apalah, Nabil belum ceritakan apa yang perlu I buat, mereka dah menggigit jari.

"Cabarannya adalah mengorat 6 artis wanita yang cantik2 ini dan setiap artis yang berdebar-debar apabila digoda zulfaqar, maka dikira lulus. Anda akan berjaya jika keenam-enam artis ini berdebar dan berdegup deras jantungnya selepas digoda..."

I tengok muka Juliana Evans, Fazura, Maya Karin, Lisa Surihani, Tizz Zakiah dan Nora Danish kelihatan tenang sangat. Tak nampak pula I bayangan mereka akan tegoda dengan pujuk rayu I. Kusut pula I memikirkan I hanya ada 60 saat.

"Anda sudah bersedia zulfaqar...kalau anda sudah bersedia..anda ada 60 saat untuk menunjukkan bakat kamu..lagipun kamu kan bekas kekasih nasha aziz..mustahil kalau tak berjaya memikat gadis-gadis ini.."

Sakit hati pula bila diperli oleh Nabil Rajal Lawak. Rasa macam terlalu diperlekehkan pula.

"Saya sudah bersedia Nabil.."

"Anda ada 60 saat zulfaqar..Kita mulakan dari sekarang!"

I tenung muka-muka artis tersebut. Tiada apa-apa perubahan. I cuba bisik I love u pada telinga mereka, masih tenang dan tiada perubahan. I pula yang kelamkabut jadinya. Masa tinggal lagi 30 saat dan I terpaksa guna senjata rahsia I. Dengan dramatiknya, I keluarkan senjata I yang memang disimpan di dalam seluar. I acukan kepada setiap artis-artis tersebut, terkejut mereka I berani berbuat demikian di khalayak ramai. Tapi hasilnya, keenam-enam mereka bukan setakat berdegup pantas jantungnya, ada yang berdarah hidung dan sebagainya. Tapi disebabkan aksi berani I, episod yang melibatkan I tidak akan ditayangkan tapi kalau ditanya tentang I dekat Astro, mereka akan panggil I...LAGENDA~