Isnin, 3 November 2025

Selamat Hari Lahir Cik Bunga

    Kisah cinta lagenda macam I tentu tak sama seperti kebanyakan orang biasa. Tak macam pasangan lain, I tak pernah sambut harijadi Cik Bunga sebelum berkahwin. Hari jadi Cik Bunga hanya disambut selepas I pilih untuk berkahwin dengan beliau. Betul..Sebab I pilih untuk bercinta selepas berkahwin. I terus terang, memang I yang mulakan langkah mengorat Cik Bunga dulu. Berbekalkan muka kacak, funny dan penuh dengan kaliber, agak sukar untuk Cik Bunga tidak membalas effort I. 


    Sambutan harijadi Cik Bunga hari ini pastinya merupakan yang ke 14 diraikan bersama I dan juga anak - anak. Maka kenapa I menulis blog pada ulang tahun kali ini, supaya anak - anak I tahu, kisah lagenda ayah mereka tidak hanya berhenti pada anak - anak, tetapi diwarisi zaman berzaman, mungkin lebih baik dibukukan, kerana lebih besar nilainya dari kisah - kisah hikayat.  Anak - anak I perlu tau, effort berterusan, menjaga hati, dan tanggungjawab perlu seiring dengan paras rupa yang tampan. 


             Jika I tak jumpa Cik Bunga,
            Mungkin I masih mencari cinta, 
            Jika I tak jumpa Cik Bunga, 
            Tak mungkin ada anak - anak lagenda,
            Jika I tak jumpa Cik Bunga, 
            Mungkin I hidup melara,
            Jika I tak jumpa Cik Bunga, 
            Mungkin I leka dengan dunia,
            Jika I tak jumpa Cik Bunga, 
            Mungkin hidup I tiada jenaka,
            Jika I tak jumpa Cik Bunga, 
            Tiadalah teman, untuk I bahagia. 


    Itu sahaja yang I dapat bebel. I nak kena letak hadiah dalam kereta pagi - pagi ni. Cik Bunga korang gerak kerja pagi. Happy Birthday Cik Bunga! Harap kawan - kawan I dapat doakan kesihatan dan kebahagiaan beliau.

Selasa, 30 April 2024

Rindu Abah

 Deringan telefon mengejutkan seisi rumah I, ketika I sedang sibuk melayani kerenah anak perempuan I, anak - anak lelaki I sedang bermain di luar rumah, I tidak menyangka, panggilan telefon dari abang ipar I itu, sebenarnya membawa berita duka, cuma menunggu pengesahan sahaja.

"Faqar..Sori kacau..boleh pergi rumah abah tak? Naquib call abg Firdaos ni, beritahu abah tengah nazak"

Bagai gugur jantung ini, mendengarkan perkhabaran seperti itu, ketika hati ini tidak menyangka, sosok tubuh ayah berkemungkinan akan pergi selama-lamanya. Dalam keadaan tenang, I panggil anak - anak lelaki I untuk masuk dan bersiap ke rumah ayah, yang jaraknya hanyalah 15 minit dari rumah. 

"Danish..Firas..masuk dalam kereta..Uncle Firdaos nak kita tengokkan atok, mungkin atok dah nazak..Danish Firas doa banyak - banyak ya"

Anak - anak I diam, menurut kata I, mungkin memahami keresahan hati I. Luaran I nampak tenang, tapi jantung yang berdegup kencang, debaran di dada ini, bagaikan mengetahui ayah I sudah tiada. Ruang fikiran I penuh dengan bayangan - bayangan memori bersama abah, seperti wayang gambar, seolah-olah I yang memerhati lakonan pentas dunia I dan abah. Ketika itu, semua memori bergerak laju, seolah-olah satu drama ulangan, yang memfokuskan babak, seorang anak, dan seorang ayah.

Sunyi di dalam kereta, hanya kedengaran bacaan Al Fatihah yang I baca tidak henti - henti. Anak - anak I juga diam, memahami keadaan yang berlaku. Anak perempuan I yang selalunya banyak bertanya, masih terpinga-pinga, cuba memahami keadaan yang membuatkan I dan abang - abangnya, diam seribu bahasa. 

Ketika I sampai di rumah, I terus dapatkan sekujur tubuh, yang sudah hampir 15 bulan duduk di katil yang sama, di bilik hadapan rumah. Tubuh ini adalah tubuh yang pernah menyelamatkan I ketika lemas di Port Dickson, tubuh ini adalah tubuh yang tidak pernah gagal menghantar anaknya untuk mendaftar di setiap menara gading, tubuh ini adalah tubuh ayah yang pernah datang ke wad tengah - tengah malam, sebelum I melakukan pembedahan, hanya kerana risaukan I. Tapi tubuh ini sekarang kaku, dengan mata yang tertutup rapat.

"Abah..abah bangun abah..ni Faqar yang datang.."

Abah tidak memberi reaksi. Keras. Tiada apa - apa.

"Abah..Faqar lambat sikit datang abah..tapi faqar dah cuba bawak selaju yang boleh tadi"

Tangan I pergi ke arah leher abah. Mencari nadi yang mungkin lemah. Tapi tiada tanda ada nadi. Yang kedengaran bunyi tangisan tersesak - esak dari adik I.

"Abah..Faqar minta ampun ya abah..Faqar banyak abaikan abah..Faqar sibuk dengan kerja..Faqar sibuk dengan anak - anak..Faqar harap abah masih hidup....."

I lihat anak - anak I melihat perilaku I. Tak dapat berbuat apa - apa, itulah manusia yang lemah, dalam keangkuhan kita mencipta bangunan yang tinggi mencakar langit, dalam perlumbaan kita mengejar harta keduniaan, tidaklah mampu kita untuk melawan takdir kematian.

Cerita rindunya I kepada abah, akan I pendekkan. Kedatangan ambulans yang hanya datang mengesahkan kematian abah I, meminta I menandatangani satu borang. Disitu tertera tarikh 1 Mei 2023. Tarikh hari pekerja. Seumur hidup I, I lihat rajinnya ayah I bekerja, siapa yang menyangka, perginya seorang ayah, yang selalu menjadi pembakar semangat I untuk rajin bekerja, perginya pada Hari Pekerja.

Al Fatihah untuk abah. Tanpa abah, I bukanlah sesiapa. Titik peluh abah untuk mencari rezeki supaya adik beradik I mendapatkan pendidikan dunia akhirat, diharap mendapat pahala yang berpanjangan di alam yang akan I singgah nanti. Rindu abah. Rindu yang tak terungkap. Rindu yang tidak dapat digambar. Hanya rindu. Al Fatihah.

Ahad, 9 Oktober 2022

Hati yang telah mati

 

Hati tak punya hati,

Hati boleh terus disakiti,

Hati pandai minta dirindui,

Tapi tidak pada fisiologi,

Hati hanya organ anatomi,

Hati cuma jalankan fungsi.


Hati - hati menjaga hati,

Banyak hasad dan juga dengki,

Hati - hati menjaga hati,

Diberi bunga, dibalas tahi,

Hati - hati menjaga hati,

Lebihkan orang, merana diri


Tuhan pemilik semua hati,

Rindukan Tuhan, terawatlah hati,

Memilih hati untuk disakiti,

Memilih hati yang telah mati.

Ahad, 16 Mei 2021

Cikgu Azura

 "Krrinnnggggggggg"

Loceng dibunyikan agar semua pelajar berhimpun di tapak perhimpunan sebelum bermulanya kelas sesi petang. Ketika itu, I merupakan pelajar Sekolah Menengah King George V, Tingkatan 2 Melewar, berjalan bersama kawan - kawan I, Hafriz dan Al-Jufry. I akan gunakan nama sebenar dalam penulisan kali ini, dengan harapan Cikgu Azura jumpa dengan blog I.

Ketika itu puan Sharifah Sabariah, penyelia petang sekolah, memulakan ucapan dengan mengingatkan para pelajar berkaitan peraturan sekolah dan hukuman yang akan dikenakan ketika melanggarnya. Kemudian dia mengakhiri ucapan dengan memperkenalkan 3 orang cikgu dari maktab yang akan menjalani praktikal di sekolah ketika itu. Dua daripadanya akan mengajar kelas 2 Melewar, Cikgu Azura mata pelajaran Pendidikan Seni dan Cikgu Zulfaqar, Pendidikan Jasmani. Ya, nama cikgu tersebut sama dengan nama I, dan dia memakai superbike Kawasaki Ninja berwarna hijau, digilai pelajar - pelajar perempuan ketika itu, kacak dan bergaya. Tidak ada banyak cerita mengenai Cikgu Zulfaqar, cuma dia pernah menjadi bualan ramai ketika di sekolah kerana soalan pertama ketika dia masuk ke kelas kami, adakah kami pernah mel*nca*? Nasiblah di sekolah KGV, pendidikan jasmani, pelajar lelaki dan perempuan diasingkan, bayangkan kalau Ain dan TikTok dah ada ketika itu, sudah tentu lebih viral lagi.

Penulisan kali ini adalah penulisan yang menjadikan I manusia sekarang, apabila Cikgu Azura masuk ke kelas kami. Diantara subjek-subjek yang diajar di sekolah, I paling tidak suka mata pelajaran Pendidikan Seni. Mungkin kerana I tiada bakat dan tidak kreatif, I cepat membuat kesimpulan, subjek seni tiada faedahnya.

"Kelas bangun..Assalamualakum dan Selamat Sejahtera Cikgu~"

Rindu bukan kepalang dengan rutin setiap kali guru masuk ke kelas. Semua pelajar bangun ketika Cikgu Azura, pertama kali menjejakkan kaki ke kelas 2 Melewar. Muka yang redup bertudung itu, mengenakan tudung hijau, dipadankan dengan baju kurung berwarna kuning gelap menyerlahkan keayuannya sebagai guru praktikal, yang masih muda, masih lagi pelajar. Memakai kasut bertapak leper, dia melangkah laju dan terus ke meja guru. Setiap langkahnya menunjukkan beliau mempunyai karisma sebagai guru, gaya bahasa tubuhnya, bagaikan sudah takdir, dia menjadi guru.

"Waalaikumussalam kelas..Semua dah makan tak waktu rehat tadi?"

Maka berebut-rebutlah pelajar lelaki menjawab soalan yang ditanya rawak itu. Semua jawapan yang menunjukkan miangnya kami semasa 14 tahun. Dah kenyang lepas tengok cikgulah, belum makan sebab tak nampak cikgulah dan macam-macam lagi. I pilih untuk diam. I memandang dia, membaca reaksi dari jawapan-jawapan nakal pelajar lelaki tadi. 

"Alaa..ada yang makan..ada yang tak makan ya..ok..siapa tak makan nanti makan ya..By the way..kalau siapa ada masa perhimpunan tadi..dah tau nama cikgu kan..nama cikgu Azura..akan ajar korang subjek seni..nanti bagi kerjasama dengan cikgu tau.."

Mendengarkan introduction yang seperti itu, membuat keadaan di dalam kelas lebih bingit. Pelajar-pelajar lelaki seolah-olah tidak dapat dikawal. Keayuan dan gaya manja Cikgu Azura ini dilihat dapat merancakkan lagi pengalaman hidup kami, pelajar-pelajar remaja khususnya pelajar lelaki. Yang pelik, I seakan-akan tidak bersama kawan-kawan I, sedangkan perangai I tidak jauh berbeza dengan mereka. I masih pilih untuk diam, dengan menganggap perbuatan kawan-kawan lelaki I menjengkelkan. Takkanlah I jatuh cinta, arhh I sambung fokus semula.

"Ok kita berkenalan dahululah..Cikgu nak tau nama korang"

Maka sesi perkenalan pun berjalan seperti biasa. Kelas 2 Melewar kalau tidak silap mempunyai 28 orang pelajar sahaja, tidak ramai. Maka perkenalan yang singkat itu mengambil masa yang tidak lama.

"Ok..cikgu akan ambil masa nak ingat masa nak ingat satu-satu nama..tapi cikgu akan cuba.Sekarang cikgu nak semua keluarkan kertas lukisan..Cikgu nak kamu semua lukis bawang"

What?Bawang?Jangan kata bawang, I lukis epal pun bentuk hati. I tarik muka. Kertas lukisan I letak atas meja dan I mula memandang ke luar kelas, melihat burung-burung yang mencari makanan di lorong koridor kelas-kelas. I duduk di meja paling belakang, bersebelahan dengan pintu belakang kelas. Banyak kenangan duduk di lokasi yang strategik seperti itu. Jika ada yang nak hantar surat-surat cinta, I lah orang yang akan menerima surat itu untuk dihantarkan. Kalau kenangan pahit pula, disebabkan main bola di dalam kelas, I lah orang pertama yang dilempang cikgu sejarah, cikgu Hong Kim Yong. Sakit. Tapi selepas beberapa tahun, I rasa kelakar. Kepala I dipegang dan ditampar dua kali, cikgu Hong terkenal dengan gaya cakap dengan mulut yang tidak terbuka habis. Memang Korean habis ketika dia maki dan menampar I. Kenangan~

"Zulfaqar kenapa tak lukis lagi?"

TIba-tiba namaku disebut ketika I sedang menggelamun memerhatikan gelagat burung di luar kelas. Cikgu Azura melangkah ke meja I.

" Saya tengah cari idea cikgu"

Cikgu Azura terus berjalan ke meja I. Berdiri betul-betul belakang I.

"Cuba try lukis, cikgu nak tengok.."

I baru je nak mengagumi Cikgu Azura. Dipaksa melukis pula. I ambil pensil 2B Staedler, berbelang kuning hitam, pensil yang cukup popular dahulu. I membayangkan bagaimana rupa bawang. Mata pensil sudah melekat ke atas kertas lukisan, tiba-tiba..

"Pernah turun dapur tak..bentuk bawang ni mudah je.."

Tangan I yang sedang memegang pensil, dirangkul kemas jari jemari Cikgu Azura. Tangan I jadi terikut - ikut dengan layangan tangan Cikgu Azura yang ingin membantu I melukis bawang. I diam. Air liur pun tidak ditelan. Mata I hanya memandang lukisan bawang yang hampir sempurna. Katika itu, kawan I Juffry memandang I dan mencebik. I faham maksud tu. Cemburu. I pun dalam keadaan yang bingung.

"Faqar..cikgu percaya dekat Faqar..Cikgu dengar Faqar baca doa masa perhimpunan tadi sedap..Cikgu ni pompuan..cikgu takut kalau cikgu termarah ke kalau kawan-kawan faqar gurau-gurau kasar ke..x senonoh ke..sebab cikgu praktikal je dekat sini..sekejap je..cikgu percaya Faqar..Faqar boleh jaga cikgu dekat sini.."

I mengangguk, bagaikan dipukau. Bagaikan tanggungjawab itu mesti dikotakan. I akan lindungi CIkgu Azura. Biar I putus kawan, hilang persahabatan, I nekad akan melindungi Cikgu Azura dari diganggu. Saksi kejadian tersebut adalah Hafriz, kawan sebelah meja I.

"Haaa dah siap bawang dah..kan cikgu dah cakap senang..yang lain semua dah siap?"

Tangan I dilepaskan Cikgu Azura. Terkulai. Lemah. Pensil 2B yang tadi dipegang kuat bersama-sama Cikgu Azura terbiar di atas kertas lukisan, minta dipegang semula. I hanya memerhatikan Cikgu Azura berlalu pergi meninggalkan I dan pergi melihat lukisan pelajar-pelajar lain.

Cikgu Azura mengajar I erti kepercayaan dan juga pentingnya seseorang untuk melindungi. I bersungguh-sungguh dengan tanggungjawab yang diberikan kepada I. Tidak pernah lagi I kelihatan beriya-iya menjaga nama baik Cikgu Azura dari dialog-dialog nakal pelajar lelaki. Cikgu Azura juga kelihatan tidak terancam dan berpuas hati dengan peranan I setiap kali di dalam kelas. Sebelum tempoh praktikalnya berakhir, dia ada memberi alamat, namun I gagal untuk menghubunginya lagi. I ringkaskan cerita ini kerana Cik Bunga baca blog I ni. I taknak berasingan tempat tidur sebab cerita Tingkatan 2 ni.

Sempena hari guru ini, adalah tidak wajar jika kita menunding jari perbuatan maksiat, perbuatan jenayah dan salahlaku remaja berpunca dari kurangnya didikan sivil di sekolah. I selalu berpendapat, sekolah adalah tempat untuk mendapatkan kepelbagaian pengalaman, namun hormat menghormati guru dan juga sesama rakan adalah amat penting untuk kita mencapai erti ketamadunan manusia matang. Selamat hari guru...Cikgu Azura~



Ahad, 9 Mei 2021

Nukilan Hari Ibu

 "Abang..Abang"

Panggilan jam 2.30 pagi yang merencatkan mimpi indah I. I bingkas bangun. Melihat Cik Bunga berdiri dalam keadaan janggal.

"Kenapa plak tu yang?"

Pelbagai persoalan dalam fikiran I. Melihat wajah Cik Bunga, dia nampak tidak takut, tetapi tidak juga tersenyum. Mukanya kebingungan.

"I rasa macam air ketuban I leaking lah..I ingat kan nak terkencing, tapi non stop dia keluar"

I bangun dari katil, memegang bahunya dan mengiringinya ke katil. Sambil berfikir langkah seterusnya, jantung I berdegup laju, lebih kepada kepada perasaan excited untuk melihat bayi yang dikandung Cik Bunga selama 9 bulan. I cuba untuk mengawal perasaan excited I, cuba untuk menjadi lelaki yang matang. Kebetulan I berada di rumah mak I, tiada panik, masih bertenang sebelum menganalisis apakah yang sedang berlaku pada Cik Bunga.

"Jomlah kita ke hospital..Kita mandi jap..terus gerak.."

Bersiaplah kami berdua jam 3 pagi, untuk ke hospital. I kejut mak I, dan beritahu apa yang berlaku, mak I pun mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Dalam perjalanan ke hospital, I menghubungi juga ibu mertua I, kerana pada ketika itu, ibu dan ayah mertua I sedang bergilir-gilir menjaga abang ipar I di ICU, koma selepas kemalangan. I pesan kepada ibu mertua I untuk tidak datang ke Seremban, kerana I yakin boleh mengendalikan Cik Bunga dengan baik.

Selepas pemeriksaan di hospital, isteri I masih belum dibenarkan untuk melahirkan, kerana tiada contraction dan bukaan, tanda yang ada hanyalah pecah air ketuban. Maka doktor membuat keputusan, jika tiada tanda-tanda lain, mereka akan induce kelahiran anak pertama I jam 9 malam. Dipendekkan cerita, isteri I dimasukkan ke wad biasa dan masih lagi tiada tanda-tanda lain sehinggalah jam 9 malam. Sepanjang hari kami berbual perkara-perkara yang menyeronokkan, berkongsi rasa tidak sabar untuk menimang cahaya mata, dan memori - memori indah lain, agar Cik Bunga tidak rasa takut untuk melalui saat bersalin. 

Tepat jam 9 malam, katil isteri I ditolak keluar dari wad masuk ke labour room. Ketika melihat isteri I ditolak, perasaan excited dari pagi pecahnya air ketuban tiada lagi, kini yang tinggal hanyalah kerisauan dan kegelisahan. Pelbagai imaginasi negatif menjelma bersilih ganti. Kali ini jantung I berdegup kencang kerana kerisauan. I mundar mandir di ruangan menunggu, melihat ragam suami yang sedang menunggu, ada yang sedang tidur, sedang membaca Yasin. I pilih untuk mundar mandir tanpa henti, hati ini risau, mulut boleh berdoa tetapi tak memadamkan rasa susah hati. Baik kita minum dlu, bisik hati kecil, melihatkan mesin air dengan gambar air soya Yeos nampak menyegarkan. 

"Suami Norazyani Mohsin!"

Panggilan dari jururawat bertugas menghentikan proses nyahdahaga akibat kerisauan yang tiada terhenti. I toleh kepada kepada jururawat tersebut sebagai respon, dan terus membuang air tin yang sedang diminum.

"Sain dekat sini. Sebelum tu nak tanya, pernah pengsan tengok darah?Baca semua syarat-syarat ini dan tandatangan jika bersetuju mematuhi semua syarat yang telah diberikan"

I terus menurunkan tandatangan. Yakin dengan kemampuan diri I. I berjalan masuk ke labour room ditemani jururawat tersebut. 

"Betulkan ini isterinya, jangan salah isteri pula"

I senyum kepada jururawat tersebut. Memberi isyarat yang I faham dan memberi reaksi dengan gurauan tersebut. Sempat juga dia mengusik.

"Sayang ok?"

I lihat Cik Bunga cemas. Bertemankan latar belakang degupan jantung bayi di dalam rahim Cik Bunga, suasananya agak mencemaskan dan membawa lebih debaran. I pegang tangan Cik Bunga, memberitahunya yang I akan bersama-samanya walau apa juga yang terjadi. Melihatkan Cik Bunga dalam ketakutan, I jadi lebih panik, di dalam kepala I, hanya nak kedua-duanya selamat, Cik Bunga dan bayi yang bakal menjadi anak sulung I. 

Masa terus berjalan, kesan ubat tersebut sudah dapat diperhatikan, setiap kali berlakunya pergerakan tsunami di bahagian abdomen Cik Bunga, dia mengenggam kuat tangan I. I dapat rasakan kesakitannya bukan kepalang, kudrat yang digunakan untuk mengenggam tangan I semasa menahan kesakitan menunjukkan tenaga yang luar biasa. Ya Allah, isteri I sedang bergelut menahan kesakitan. I perhatikan wajah Cik Bunga yang semakin sakit. Muram.

"Abang..I macam dah tak tahan sangat..sakit sangat ni.."

"Iyee..abang dapat rasa syg tengah sakit..Tahan sikit ye sayang..sebab tinggal lagi sikit je..Tadi doktor cakap bukaan dah 6cm"

Kami tak berbual seperti biasa. I banyak berkumat kamit dengan doa dan juga kalimah suci yang I harap dapat membantu proses tersebut berjalan dengan lancar. Satu-satunya pengorbanan I, adalah memberi peluang tangan I untuk digenggam sekuat hati oleh Cik Bunga setiap kali dia diserang rasa sakit yang amat. Setelah  9 jam melayan contraction, akhirnya Doktor siapkan diri dengan set untuk menerima kelahiran. Suasana hingar bingar. Doktor tersebut seolah-olah memberi isyarat, peperangan ini harus dihentikan, maka siapkan peralatan, kuatkanlah mental dan berjuang.

I lihat Cik Bunga bagai mendapat semangat baru. Dia membetulkan posisinya. I ada betul-betul di sebelah, berdiri dalam keadaan yang tidak selesa. Mulut ini tidak pernah lekang dari membisikkan kata-kata semangat kepada isteri kesayangan I.

"Ok..saya kira 1..2..3 Puan tahan nafas..teran sekuat hati puan ya!"

I juga bersedia walaupun arahan itu kepada Cik Bunga. Proses kelahiran bukan mudah. Banyak kali I dapat lihat kepala bayi sudah sampai ke bahagian mata, tetapi dek tenaga Cik Bunga yang sudah semakin berkurangan. tenggelam semula, membuatkan proses teranan itu dimulakan dari awal semula. I yakin jika lelaki yang melalui proses kelahiran ini, sudah tentu sudah mula hilang sabar.

Akhirnya, setelah 40 minit proses meneran, bayi pertama berbinkan Zulfaqar, lahir jam 6.40 pagi. Melihatkan proses kelahiran itu dari awal, perjuangan Cik Bunga yang tiada penghujung. I terus memeluk isteri I dan membisikkan ungkapan yang I sendiri tidak ingat, tetapi memberitahu yang I bangga dengan usaha dan pengorbanannya. Air mata I berjuraian.  I menangis tersedu-sedu. Proses kelahiran ini sangat menginsafkan. I nekad I tidak akan derhaka kepada Umi I. I keluar dari labour room dan bertembung dengan ibu mertua I. Melihat I nangis teresak-esak. Ibu mertua I pula jadi gelisah. Ditanyakan I keadaan Cik Bunga. Setiap kali I cuba menjawab, air mata ini tidak berhenti mengalir, sehingga satu perkataan yang keluar dari mulut I tidak difahami, lalu ibu mertua I bertanyakan keadaan Cik Bunga di kaunter. I bergegas menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Setiap bacaan solat I diiringi dengan tangisan seperti bayi yang sedang merajuk. I masih tidak dapat melupakan perjuangan yang dilalui setiap ibu semasa proses kelahiran. Itu belum dikira simptom awal hamil dalam 3 bulan, kaki bengkak, tulang belakang yang sakit, kerap terkencing, berpuluh kali dicucuk untuk bacaan gula dan lain-lain. Setiap ibu perlulah diraikan, diingati oleh setiap anak-anak yang tidak pernah melihat proses kelahiran. I bertuah, ketiga-tiga anak I, I berpeluang melihat proses kelahiran itu, dan oleh kerana itu, anak-anak I yang cuba protes arahan Cik Bunga, berdepan dengan amarah pelindung dan pencinta sejati....

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu. Sudah tentu tanpa kehadiran ibu, tiadalah kita untuk mengenal dunia. I harap penulisan ini dibaca oleh anak-anak I suatu hari nanti, walaupun bacaan masih tidak menunjukkan betapa sukarnya, kerana sukar diungkapkan dengan ayat-ayat, tetapi ketahuilah yang Cik Bunga sentiasa melakukan yang terbaik untuk anak-anak. 

Jumaat, 16 April 2021

Langkah Lagenda - Part II

 "Aku kacau ko malam-malam macam ni..pakwe ko tak marah ke?"

Dalam kerancakan Cik Bunga dan I berhubung melalui Yahoo Messenger (ym) dah masuk hari ke tiga, I beranikan diri untuk tanya soalan yang lebih personal. Soalan ini penting bagi memastikan tindakan I dalam memulakan langkah tidak terbantut. Menunggu jawapan dari Cik Bunga bagaikan menanti keputusan ujian memandu kereta, jika I lulus, I akan mendapat lesen P, tempoh percubaan. I menunggu dengan penuh sabar, beberapa kali juga I hirup kopi yang I sengaja letak di sebelah laptop, supaya I dapat isi masa menunggu setiap kali mesej I tidak dibalas dengan cepat. Berpuluh-puluh mesej gadis lain di ym tidak I endahkan, I hanya memberi tumpuan kepada perbualan I...dan Cik Bunga... Keburukan menggunakan ym adalah kita tidak tahu mesej yang sudah dihantar sudah dibaca ataupun tidak. Maka penantian masih diteruskan, perasaan I masih resah, cuba untuk tidak berharap tetapi fikiran masih berteka teki.

"Aku takde pakwe..sbb aku tak percayalah couple ni..aku nak carik orang yang betul betul nak kahwin dengan aku.."

Walaupun hanya membaca di ruangan chat ym, sudah cukup untuk membuat hati I berbunga-bunga dan kalau I boleh lihat diri I di dalam cermin, I pasti akan nampak diri I yang senyum sendirian memerhatikan paparan laptop. Begitulah dasyatnya percintaan. Ada yang rasa mereka sudah biasa dengan percintaan, tetapi itu tidak dapat memadam kebenaran kadang kala kita akan melakukan perkara bodoh dan kelakar dalam percintaan, termasuklah perbuatan I senyum melihat berulangkali mesej yang diberikan oleh Cik Bunga. Jantung I berdegup pantas. I nak berterus terang. Walaupun baru beberapa hari berhubung melalui ym, I nak Cik Bunga tahu, I dah mula suka dan selesa dengannya.

"So kalau serius nak kahwin kena jumpa parents ko dulu ke cmne?"

Gelojoh dan tidak berfikir panjang, itulah sifat seorang lelaki yang terdesak. Kenapa terdesak? Biarlah, hanya keluarga dan kawan-kawan rapat I yang tahu.

"Memanglah kena jumpa dlu..takkan lah tibe-tibe nak kawen plak"

"Eh..ko konvo kan nanti..aku nk dtg tengok boleh?"

Inilah langkah yang I boleh putuskan, sebagai langkah yang terbaik untuk jumpa ibu bapanya. I dah berangan ambil gambar bersama Cik Bunga dan parentsnya nanti. Malah dalam imaginasi I, Cik Bunga sedang memegang bunga dengan jubah konvonya bergambar dengan I. I senyum sendirian lagi, angau.

"Haa ko nak datang ke?Boleh jugak sebab mak ayah aku pun tak datang konvo aku nanti.."

Jawapan yang menimbulkan keraguan kepada I, I mula risau. Apa yang terjadi kepada mak ayah Cik Bunga? Sebab I tak nampak Cik Bunga mempunyai masalah keluarga ketika itu, I tau Cik Bunga balik ke Pontian setiap minggu. Dari I terus berteka teki, baik I bertanya terus, sebab keresahan dan persoalan I hanya akan mengundang lebih banyak andaian. I jenis lelaki yang caring dan concern kepada kawan - kawan I (Pernyataan ini khas untuk dibaca anak-anak I bila dia cukup umur - Baca part I kalau tak faham)

"Asal weh mak ayah ko tak datang..baru ingat nak jumpa mak ayah ko..kenal kenal..borak-borak..hehe"

Miang bukan.

"Mak, ayah dgn adik I g bercuti..Dorang dah tempah dlu..So rugi kalau cancel"

Jawapan yang melegakan, tetapi dah cukup untuk menepis andaian pelik I. I nampak inilah peluang untuk I menunjukkan betapa budimannya diri I.

"ohh..kalau macam tu biar aku jela yg teman.."

"Serius ni ko nak teman?takde orang marah?

Kali ini giliran Cik Bunga pula bertanya tentang status I. I sedar dengan soalan begini, I sebenarnya tidaklah bertepuk sebelah tangan. Cuma I tidak mahu berharap, maklumlah, walaupun sudah beberapa bulan bekerja di tempat yang sama, tetapi I dan Cik Bunga baru beberapa hari sahaja berhubung dengan menggunakan mesej-mesej, itupun melalui ym. 

"Haha siapa nak marah? Ko mcm tatau je kisah aku tu..satu opis kan tau.."

"Yela..aku tanya je..anything can happen"

I boleh rumuskan yang Cik Bunga rasa insecure. Apa yang Cik Bunga tak tahu ketika itu adalah I dah mula obses untuk mengenalinya lebih rapat lagi. Perbualan di dalam ym diteruskan, malam tersebut dan malam-malam berikutnya. 

Minggu itu berjalan sehinggalah hari Jumaat tiba, disebabkan  I dah tau Cik Bunga akan balik ke Pontian pada minggu tersebut. I selitkan nota pada pintu keretanya yang bertulis "Hati-hati dalam perjalanan nanti, take care dan baca doa"

I tak dapat respon apa-apa dari Cik Bunga. Akhirnya, disebabkan I sendiri yang berasa kusut, I membuat panggilan telefon, itu adalah kali pertama I menghubungi Cik Bunga. I nak tanya tentang status kertas tersebut.

"Assalamualaikum..dah gerak balik Pontian ke tu?"

"Wslm..dah gerak dah..lepas thumbprint terus pecut"

"Laa..jgn laju2 sgt tu..kalau ngntok berenti..nnt benti makan kt mana tu?"

"Memang plan nk makan kt pontian..smpi sana terus makan"

"haa ok2...hati tu..bawak laju boleh..tapi hati2..(I ketawa sebab I galakkan Cik Bunga bawa laju"

"OK..ok..by the way..ko ada tulis sesuatu ke kat pintu kereta aku tadi"

Yes. Rupanya dia baca.

"Haah, aku mcm segan nak mesej ko nak suruh hati-hati driving..kang nnt ko ckp aku menyebok plak"

"Alaaa..yeke ko yang tulis..aku igt orang mana yang tulis..aku dah buang!"

Luluh hati ini. I sangkakan tinggalan nota I, adalah paling romantik sepanjang perkenalan I dan Cik Bunga, dibuang begitu sahaja. Tapi disebabkan satu panggilan telefon itu, I dah mula seronok mendengan suaranya di telefon pula. Next episode will be less ym, more calls hahaha

Kisah lagenda ini akan bersambung ke drama pada hari konvo - Part III


#satudekadbersamacikbunga

Jumaat, 9 April 2021

Bermulanya sebuah lagenda - Part I

 "Abah..macam mana abah boleh kahwin dengan mama?"

I pandang mata anak I. Ini kali pertama anak pertama I tanya soalan yang bersifat peribadi kepada I. I tak menjawab. Perlahan-lahan I hirup kopi yang tak panas. I letak semula cawan ke piring dan anak I melihat setiap tingkah laku I. Menantikan jawapan yang tidak akan dijawab.

"Belum masanya lagi kau nak tau cerita seorang lagenda di dalam percintaan ni. Belajar dulu. Dah besar nanti, dah sampai masa nak cari jodoh, carilah blog penulisan sempurna. Disitu terdapat kisah seorang lagenda"

I menjawab tanpa melihat muka anak I. I nak dia tau, I serius bila I katakan, I tidak akan bercerita kepadanya kisah peribadi I. Dia masih terlalu mentah kisah lagenda percintaan ibu dan bapanya. Dia boleh mendapatkan kisah - kisah cinta sejati Kisah Putera Katak atau Puteri Salju dan 40 penyamun di mana - mana toko buku atau lebih mudah membelinya di atas talian, tetapi tidak akan sama dengan kisah percintaan seorang Zulfaqar dan Norazyani.

"Dah..pergi masuk bilik. Jangan nak tido lambat. Praktis bangun awal sikit..lagi pun minggu depan dah nak sahur"

I mencapai handphone dan terus menuju ke bilik tidur, membiarkan cawan kopi itu di atas meja. Mengharapkan cawan kopi tersebut boleh bersih dengan sendirinya ketika I melalui semula meja makan tersebut. Soalan anak I tadi betul - betul mengimbas nostalgia bersama isteri I. Setiap kali menulis, I akan memanggilnya Cik Bunga, malah kawan-kawan I juga memanggilnya dengan nama Cik Bunga. Tahun 2021 ini merupakan tahun yang istimewa kerana tahun ini merupakan satu dekad hidup bersama-sama. Maka I bercadang menulis semula, untuk menjawab jawapan kepada anak I.

Cik Bunga merupakan rakan sekerja dan yang peliknya adalah, sepanjang 3 bulan duduk di bawah satu department, kami tidak pernah berbual selepas masing-masing memperkenalkan diri. Bagi yang mengenali I, I tak bercakap dengan perempuan, tetapi perempuan-perempuanlah yang inginkan bercakap dengan I. Menjadi bualan gadis-gadis remaja dan wanita-wanita yang berusia, I boleh katakan Cik Bunga pada ketika itu amatlah berani, kerana dia tidak pernah menampakkan hasratnya untuk memulakan perbualannya dengan I. Sehinggalah pada suatu hari dia bertanyakan tentang rumah untuk disewa.

"Abang tau ke kat mana - mana rumah untuk disewa"

Ya. Dia panggil abang semasa kali pertama dia memulakan perbualan. Ini kali pertama I berhadapan dengan Cik Bunga. Beza umur I dan Cik Bunga adalah 2 tahun dan panggilan abang itu mungkin merupakan penghormatannya kepada I. Tapi, macam I cakap tadi, I merupakan rebutan gadis-gadis, mana mungkin I terpengaruh dengan satu panggilan abang sahaja.

"Aku taktau lah. Tapi dekat area umah mak aku. Banyak je umah untuk disewa. Nanti aku tengokkan"

Nah. Begitulah jawapan I kepada Cik Bunga. I gunakan kata ganti diri aku, menunjukkan I tidak berminat untuk menggunakan kata ganti diri yang lebih sopan. Walaupun dalam jawapan I kepada dia, I berjanji untuk mencari rumah untuk disewa di kawasan rumah mak I, realitinya I tak mencari. I beri harapan palsu kepada setiap gadis-gadis, wanita-wanita yang ingin mendampingi I. Cik Bunga mengakhiri perbualan, dan meninggalkan satu senyuman manis sambil matanya tertutup. Walaupun ianya kelihatan agak pelik, tapi I kira, mungkin dia berasa comel dengan memek muka yang begitu. I biarkan dan berlalu pergi.

Disebabkan I tak mencari pun rumah untuk disewa kepada cik bunga, maka kami tidaklah lagi berbual dan berhubung, walaupun kami berada di jabatan yang sama, dan position yang sama. Kami berdua merupakan pensyarah dan yang menariknya, kebanyakan pelajar - pelajar lelaki nampaknya tertarik dengan Cik Bunga dan mereka selalu bercerita mengenai Cik Bunga kepada I, itu yang membuatkan I mengenali Cik Bunga berdasarkan testimonial pelajar-pelajarnya. Dipendekkan cerita, pada semester yang seterusnya, dia perlu mengajar subjek Biokimia Klinikal I dan ketika itu, I lah yang ketua kluster subjek biokimia dan ketika itulah Cik Bunga banyak bertanya mengenai penyelesaian masalah untuk bacaan spektrofotometer. Walaupun kali ini, Cik Bunga dan I banyak berbual, I tidak pernah meminta nombor telefonnya dan I kira, dia juga tidak mempunyai nombor telefon I.

Sehinggalah pada suatu hari, I rasa seronok pula untuk mengajar dia, dan I mengharapkan Cik Bunga bertanyakan soalan lagi, tapi nampaknya dia dah betul-betul faham, sampai tiada lagi soalan yang ditanya lagi. Sebagai seorang lelaki yang tampan dan sempurna, takkan lah I pula yang nak memulakan perbualan, itu dah dikira sebagai perbuatan mencemar duli bagi lelaki seperti I. Maka disebabkan terlalu lama tidak berbual walaupun berkaitan dengan kerja, I beranikan diri minta nombor telefon Cik Bunga. Yang menariknya, I tak minta dari Cik Bunga, I minta dari ketua I, dengan alasan I ada tertinggal nota di dalam buku Biokimia Klinikal I yang dipinjam oleh Cik Bunga. Ketua I berikan nombor telefon Cik Bunga dan akhirnya, setelah 5 bulan bekerja bersama, barulah I ada nombor telefon Cik Bunga.

Walaupun I dah mempunyai nombor telefon Cik Bunga, I masih tidak mahu melanggar prinsip I dengan memulakan langkah I dahulu. Mungkin kerana I pernah ditipu oleh wanita, I menjadi lebih berhati - hati. Akhirnya setelah mendapat nombor telefon pada waktu petang, I beranikan diri untuk memulakan mesej pada waktu malam, dan mesej pertama I adalah ;

"yani..aku ni faqar..ko dah tido ke?ada ym tak?"  

Berbunga-bunga hati I ketika memulakan mesej tersebut, berguling-guling atas tilam sambil memegang handphone, menantikan jawapan yang akan diberikan oleh Cik Bunga. I buka semula sent item, baca semula ayat yang I bagi kepada dia, untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tiada unsur-unsur gedik dan macam-macam lagilah. I teruskan berguling-guling dengan gedik sambil menunggu jawapan balas dari Cik Bunga. Bagi yang tidak pernah mendengar perkataan ym itu, pada zaman ketiadaan whatsapp atau sistem pesanan ringkas yang lain, kami menggunakan yahoo messenger (ym) untuk berhubung. Ketika itu, ym lah yang boleh menjadi penghubung kepada yang berjauhan dengan keluarga, pasangan jarak jauh, dan pasangan yang gedik-gedik untuk berlawan sticker dan juga video call. Lebih malang lagi kehidupan pada zaman tersebut, ym hanya boleh diakses melalui laptop atau pc. Handphone boleh ambil gambar, tetapi terasa mahal ketika itu untuk membayar servis MMS sebanyak RM1.

Hampir 90 minit I berguling-guling, senyum sorang, tengok inbox dalam handphone, dan refresh ym I. I buat kesimpulan dia tidak berminat untuk membalas mesej I. Lebih parah lagi, I membayangkan dia tengah bergayut dengan boyfriendnya, sebab dalam tempoh kami berbual-bual, I tidak pernah tanya status dia. Maka aktiviti guling-guling gedik I yang hanya mendatangkan penat, terhenti dan I pun tertidur.

Kemudian sekitar jam 3 pagi, notifikasi mesej berbunyi dan I tersenyum kembali. Cik Bunga membalas mesej I. Walaupun jawapannya ringkas tetapi cukup memberikan makna kepada I.

"Ada..Kenapa?"

I terus membalas walaupun jam menunjukkan jam 3 pagi.

"Nak id ym boleh..boring laa haa"

Proses guling-guling gedik itu berlaku semula. I ulang semula proses yang awal tadi, buka inbox untuk berulang kali baca mesej yang sama, tengok bahagian sent item untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, dan macam-macam lagilah perkara yang kalau diingatkan semula, rasa malu juga. Penantian itu satu penyeksaan. Cik Bunga sekali lagi tidak membalas terus dengan mesej yang I berikan, walaupun I membalas dengan cepat. Di dalam fikiran I ketika itu, confirm Cik Bunga dah ada boyfriend, mungkin dia sedang berhubung dengan teman lelakinya. Walaupun ianya hanya sangkaan, tetapi ianya sangat mengecewakan. Ini kerana I sendiri dah lama tidak rasa excited untuk berkawan. I tertidur semula. Kecewa memikirkan jika Cik Bunga benar-benar sudah berpunya.

Jam menunjukkan jam 6 dan I sudah bangun untuk menunaikan solat Subuh. Kecewa dengan apa yang berlaku pada malam berikut, I dikejutkan dengan notifikasi mesej. I bingkas bangun dan mencapai handphone I, mengharapkan balasan dari Cik Bunga. Ternyata benar mesej itu dari Cik Bunga.

"Sorii tertido. ym aku yani_mohsin"

I tersenyum. Kali ini I tidak berguling-guling. Penat. I terus menuju ke laptop dan buka ym.

Part II coming up - #satudekadbersamacikbunga



Ahad, 28 Jun 2020

Malam yang tak dirindukan


“Abah, 3 x 8 = 24 kan?”

“Tak payah tanya abah pun takpe kan?! Abah tengah sibuk! Takkan tak boleh nampak! Ko pergi tengok dekat belakang buku sifir pun boleh nampak dah jawapan!”

I menjawab dalam keadaaan yang sangat marah. Hampir setiap hari anak-anak I dimarah sepanjang bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan bagi membendung penularan Covid 19. Ini pengalaman baru I, sepanjang 35 tahun hidup, tidak pernah lagi arahan seperti ini dilakukan, dan bagi I, ianya sangat membebankan.

    Isteri I berkerja di hospital, dan disebabkan virus Covid 19 ini, cutinya dibekukan dan I pula perlu menjaga tiga orang anak-anak I disebabkan taska yang ditutup di atas arahan kerajaan dalam perlaksaan PKP ini. Menjaga anak-anak bukanlah masalah utama I, kerana anak-anak I memang rapat dengan I, tetapi untuk menjaga anak sambil “bekerja di rumah” dan juga untuk memenuhi permintaan guru sekolah anak-anak, ianya menjadi cabaran yang sangat besar kerana I juga perlu menjaga “amoi” (anak kecil perempuan I) yang berusia 1 tahun 4 bulan.

    I perhatikan anak I yang dimarahi kerana persoalan sifir tadi. Dia termenung memandang kerja rumah yang perlu dilakukan. I sedar dia juga bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja rumahnya kerana I tawarkan waktu bermain ps4 selama 3 jam jika dia habis kerja sekolahnya. Itu menjadikan satu tekanan untuknya menyiapkan kerja rumah dengan cepat kerana dia lebih suka jika dapat bermain lebih awal, itu yang menyebabkan hampir setiap soalan, dia datang berjumpa I. Annoying!

“aba..aba..aba..aba...aba..”

    Amoi datang membawa handphone yang I berikan padanya. Rupanya video dalam youtube kids yang I berikan kepadanya sudah pun terpadam. I terus mendukung amoi sambil membuka semula video yang hendak ditontonnya.

“Nape sayang..takde orang kawan dengan dia ke..abah tengah ada kelas online ni..nanti abah abes kelas..abah suap makan ea..abah sayang sangat kat echa..tapi abah sibuk sikit..”

     I baringkan dia semula dan berikan handphone kepadanya. Hati I kecewa kerana I sendiri yang berikan handphone kepadanya yang mungkin akan menyebabkan dia ketagihan! I tiada pilihan, kerana I masih lagi perlu bekerja, kelas perlu dijalankan, aktiviti selain aktiviti akademik juga perlu dilakukan bagi melahirkan graduan – graduan yang lengkap dan berdaya saing. Tiba-tiba I teringat bubur yang I masak di dapur. Bergegas I ke dapur.

       Kering. Bubur yang I tinggalkan untuk sarapan amoi tadi tak menjadi. I ambil periuk lain dan terus masak semula. I tak buang masa kerana I risau amoi akan lebih sukar dipujuk jika dia betul – betul lapar. Selesai urusan di dapur, I sambung kelas semula. Anak – anak lelaki I masih lagi tidak dapat menyelesaikan kerja rumah mereka. Dalam hati I, I sedar mereka perlukan bimbingan ketika melakukan tugasan sekolah, tetapi I sendiri ada tanggungjawab pelajar I. I abaikan anak-anak I. I fikir malam nanti I akan bimbing mereka melakukan kerja sekolah. Itu plan I.

“Danish..Firas..dah takpayah buat kerja sekolah tu..g makan breakfast abah dah beli tadi..pastu main lah ps4..malam nanti baru buat kerja rumah.”

            Anak-anak I seolah-olah tidak percaya apa yang baru I arahkan. Mereka teragak-agak kerana takut akan dimarahi lagi.

“Cepatlah! Nanti abah nak suruh jaga adik (amoi) lagi!. Pukul 11 abah ada meeting!”

         Hampir setiap hari I beli makanan menggunakan perkhidmatan Food Panda, Grabfood dan lain-lain yang berniaga menggunakan medium Whatsapp. I dah tak kira pasal duit, ramai yang dapat menyimpan duit ketika PKP, tapi bukan I. Sarapan dan lunch, semua I beli atas talian, kerana masa yang begitu padat. Makan malam kebiasaannya isteri I akan masak, itupun kalau dia tak oncall. Ada juga yang cadangkan I minta isteri I bangun untuk masak sarapan dan lunch pagi-pagi, I tak pernah terfikir begitu pun sebab I memahami penat dan lelah isteri I. Dia pun bekerja juga, perlulah ada waktu rehat juga untuk dia, tidur yang secukupnya bagi memastikan kesihatan dan fizikalnya dalam keadaan yang baik.

      Selesai anak-anak I sarapan, mereka pun mula bermain ps4 dan amoi masih lagi menonton video dari handphone. I pula sedang melakukan kelas online, mesyuarat, perbincangan dengan pelajar bagi memastikan program yang akan dijalankan berjalan dengan lancar. I curi masa sekejap untuk suap amoi kemudian buat kerja semula. Anak-anak I bermain ps4 hampir sepanjang hari sehinggalah isteri I pulang kerja.

        Jam 5.30pm dan isteri pulang. Ketika itu, I masih lagi bekerja, menyiapkan beberapa laporan untuk dihantar.

“Abang, nape rumah bersepah sangat ni? Nape abg tak kemas tadi dah duduk kt umah?”

       To be frank, I kecewa dengan persoalan yang bersifat sarcasm. Soalan itu pula keluar dari mulut isteri I yang percayakan I. Dia sendiri pernah cakap dia beruntung kahwin dengan lelaki yang rajin macam I. Dia sendiri terkejut selepas kahwin, kerana I selesaikan cucian pinggan mangkuk, sidai baju dan pelbagai lagi.

“Abang sibuk sangat tadi. Kerja budak-budak sekolah pun abang tak sempat nak guide..sbb cam pack sangat..sempat lari-lari untuk suap chicha (amoi) makan je..”

       Walaupun I menjawab persoalan isteri I, tapi hati ini telah pun sakit. Jantung I bergedup dengan laju, I kecewa dengan diri I. I kecewa kerana walaupun I rasa I sangat sibuk, tapi I tak dapat impressed kan isteri I, and its a big disapointment. I terus siapkan kerja tanpa mempedulikan bebelan isteri I kepada anak-anak pula. Selesai menghantar report I menggunakan email, I terus masuk ke bilik untuk mengadu hari I yang sangat padat. Sebelum I sempat membuka cerita.

“Abang tahu tak, tadi I geram betul dengan orang yang block kereta I. Dah la dia block.............”

      I pula mendengar masalah dari isteri I dan sebagai pendengar yang baik, I dengar dan respon bila perlu. Cuma kali ini cerita I tak dapat nak disampaikan kerana cerita I nanti hanya akan menganggu momentum cerita isteri I.

“Abang, nanti jap lagi I masak..pastu kte kemas rumah sama-sama n rehat ok”

“Ok sayang”

      I pun bawa amoi untuk pergi bermain di luar rumah. Kesian pula dia hanya duduk di rumah dan tengok handphone sahaja.

      Malam selepas makan, I tolong isteri untuk sama-sama kemas rumah and guess what, badan ini terlalu letih untuk guide anak-anak untuk buat tugasan sekolah. I terus tidur. Apa yang berlaku pada hari ini bagaikan diulang-ulang sepanjang PKP. Diam tak diam masa tu dah masuk minggu ke 3 PKP dan anak-anak lelaki I tak belajar, tugasan sekolah hanya sekali sekala dibuat. I menjadi seorang ayah yang cepat baran, amoi menjadi seorang kanak-kanak yang ketagih dengan video youtube kids. Family I rosak! Disebabkan PKP, family I rosak dan tiada siapa pun tahu, not even my boss, cikgu – cikgu sekolah, kawan-kawan sekerja. They dont even care kalau I ada masalah pun! I kecewa dan ada sedikit tekanan di dalam hidup I, sehinggakan I mengadu dekat mak I, setelah sekian lama tak pernah mengadu. Cuma kali ini, pujukan mak I tak memberi kesan, mungkin kerana I pun dah matured, maka hati ini masih lagi dalam keadaan tertekan.

     Jika anda sudah membaca cerita I sehingga ke tahap ini, I ada soalah untuk anda semua. Tahukah anda dengan siapa yang anda boleh ceritakan masalah dan rasa lapang selepas anda bercerita? Berceritalah masalah kepada yang Maha Berkuasa, Maha Mendengar dan Maha Agung. Mengapa? Sebab Dialah yang tahu kelemahan kita, Dialah yang menciptakan hati manusia, malah Dialah yang hadirkan masalah ini untuk jadi ujian kepada kita, maka setelah sekian lama, I mulakan kembali solat 1/3 malam I.

      Bangun pada awal pagi, mengambil wudhu’ dalam keheningan malam dan dengan kedinginan air. Melakukan solat sunat dengan tanpa gangguan bunyi manusia, meletakkan kepala lebih rendah dari punggung dan merintih dengan masalah-masalah yang I hadapi, rosaknya keluarga I, meminta perlindunganNya. Kemudian tidur semula untuk bangun pada waktu subuhnya.

         Lapang! Hati ini tiada lagi bebanan. Allah menjawab rintihan hati I. I kejut anak – anak lelaki I, beritahu mereka perancangan supaya semua berjalan dengan teratur. I nasihatkan mereka bahawa jika kita tidak mengisikan masa kita dengan baik, kita akan berada di dalam kerugian. Masa itu juga makhluk Allah, gunakan sebaik-baiknya supaya kita berada di dalam keberkatanNya. Alhamdulillah, semua itu sudah berlalu, waktu I menulis, kita sudahpun berada di hari ke 19 PKPP (pemulihan). Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan sentiasa di dalam rahmatNya.

Ahad, 9 September 2012

Pandangan Kanak-Kanak Terhadap Orang Dewasa

"90..91..92..93..94..95..96..97..98..99..seratus!"

I menanduk kuat bola ke arah pagar rumah. Badan berpeluh-peluh seperti sudah bermain bola 90 minit. Isteri dan anak masih statik menonton televisyen di dalam rumah. Macam-macam cara I pujuk untuk sama-sama menjalankan riadah di luar rumah tetapi menemui jalan buntu. Pengaruh televisyen zaman sekarang lebih kuat dari pujuk rayu I. Hujung minggu sekarang berbeza dengan hujung minggu masa zaman I belajar dahulu. Tiada lagi jemputan untuk bermain futsal, main badminton bersama-sama abang ipar juga sudah semakin berkurangan. Pertambahan berat badan I juga sudah menjadi isu. Masakan isteri yang tersayang terlalu sedap untuk ditolak malah untuk memburukkan lagi keadaan, I yang minta tambah nasi dan lauk setiap kali menjamu selera. Mujurlah I sentiasa mengamalkan senaman walaupun sekejap, perut I tidak terlalu ke depan dan menggelebeh.

"Kenapa abg x main bola kat court atas tu?"

Ada seorang kanak-kanak yang menegur I. Sebenarnya dia sudah lama berada di hadapan rumah I menyaksikan kehebatan  I dalam melakukan pelbagai jenis freestyle tadi.

"Malas la..budak2 kecik je yang main kat atas sekarang..Abg da besar..nnt orang x nak kawan abg.."

Kalau ikutkan hati, malas nak jawab soalan dari budak-budak yang masih setahun jagung, tapi ramah seperti orang dewasa. Sebab I takut jika I layan, lagi banyak persoalan I kena jawab. Suara I sedap, malas nak cakap banyak-banyak.

"Tapi budak2 kt atas tu baik abg..dorang mesti nk kawan ngn abg.."

"Hmm..ok lah..esok abg turun court eh..slalu abg main malam2 dekat atas tu ngn org2 besar.."

I cuba untuk matikan perbualan. I dah jangka dia ingin berborak lama dengan I. I bukanlah jenis orang yang tak suka budak-budak, tapi I tengah tumpukan perhatian semasa beriadah kerana masa yang terhad.

"Tapi kenapa abg main bola tak pakai baju?"

Ada pula lagi soalan dari mulut si kecil ni. I rasa muka I tak kelihatan seperti orang dewasa yang sukakan budak-budak. Kenapa I diganggu dengan soalan-soalan yang tak perlu I jawab?

"Kenapa dik?

"Takdelah..kakak slalu tengok abg bersenam x pakai baju.."

Dengan pengakuan oleh kanak-kanak tersebut, I tak tahu patut rasa bangga atau rasa malu. Kalau sebelum I kahwin, memang I akan rasa bangga sebab ada orang yang intai I semasa I dalam keadaan seksi seperti itu. Tapi dalam pada masa yang sama, I dah berkahwin dan mempunyai anak, apa pula orang cakap kalau orang tua bersukan di luar rumah dengan hanya memakai seluar pendek sahaja.

"Emm..abg main bola kat dalam rumah je dik..kalau kt court abg pakai la baju..nnt kakak adik tengok abg..malu la abg nnt.."

"Alaa..abg pakai jela baju kt dalam rumah pon.."

"Kenapa plak?"

"Sebab bulu ketiak abg panjang.."

Yes. I terkena dengan ayat dari seorang kanak-kanak yang tak pandai menipu atau takut untuk menipu atau lebih mudah, tidak pandai menjaga hati seorang dewasa. I diajar oleh kanak-kanak yang agak kurang ajar dalam perbualan ringkas yang I tidak inginkan. Tapi sebagai orang dewasa yang mempunyai ego, ada I kisah?

Ahad, 1 Julai 2012

Bila Dah Lama Tak Dapat


I mengekori rapat ke mana sahaja isteri I pergi. Pergi ke dapur, masuk bilik, ke ruang tamu dan ke luar rumah untuk membuang sampah. Tindakan itu telah menimbulkan ketidakselesaan kepada isteri I.

"Ape ni bang.."

Wajahnya masih senyum walaupun tindakan I itu boleh menimbulkan ketidakselesaan kepadanya kerana I ikut sahaja ke mana-mana pun dia pergi.

"Takde ape2 la yang..tapi bolehlah..malam ni je..please.."

I buat muka comel yang meminta-minta. I harap dengan cara I itu, isteri I boleh berlembut hati dengan I. I angkat kening sehingga dahi I berkerut, kemudian I juihkan bibir ke depan, antara muka kesian yang comel paling berkesan digunakan untuk menarik hati isteri I.

"Kan hari tu dah..takkan malam ni pon nak lg.."

"Ala..tu hari tu...x puas la yang..boleh la syg mlm ni..please....."

"Apa yg best sgt?bosan je kan.."

I buat muka kesian lagi. I dah capai seluar pendek I dan nekad hendak mencuba lagi.

"Ok..minggu ni last..kalau hari lain abg mintak lg..syg tak kasik dah xpe..abg boleh tahan smpi minggu depan.."

"Betul ni?Promise?"

"Promise.."

Muka I dah mula girang sebab I tau potensi untuk mendapat kebenaran sangat tinggi.

"Ok..I rasa I benarkan..tapi janji jugak jgn lame..aritu sampai sejam..boring tau tggu.."

"Isk..mana boleh janji yang..tp abg cuba la cepat sikit..aritu sejam pun tak puas..rasa mcm kejap je..sbb dah lame kot puasa.."

"Ok..I benarkan"

Girang di hati hanya Allah saja yang tau. Cepat-cepat I sarung seluar pendek I, buka kain pelekat I, dan capai kunci.

"Abg kunci gate yang..jgn risau..syg ade kunci..abg pon ade kunci..tgk la kalau abeh awal..abg balik la awal.."

Muka isteri I pasrah. Semenjak court futsal di kawasan rumah I ni dibuka, I jadi gatal kaki. Cuma I sedar juga yang I dah berkeluarga, tak boleh main selalu, kesian juga bila tinggalkan isteri yang dah penat bekerja dan masak, menjaga anak pula. Tapi I dah sedapkan hati I dengan menetapkan jadual bermain futsal, taklah terasa seperti mengabaikan tanggungjawab.

Jumaat, 29 Jun 2012

Makin Tua Makin Mantap


I buat tak tahu. Sudah ramai mata yang memandang. I buat lagi. Peduli apa I apa orang nak cakap. Anak I, pandai la I jaga. I teruskan menimang tinggi walaupun tidak sampai ke cucur atap. Pelik juga kalau nak ditimang terlalu tinggi,gayat pula anak I yang baru berusia 3 bulan ini. Anak I dah pandai ketawa mengilai. Maka, setiap kali ditimang, anak I akan ketawa melekek-lekek menarik perhatian pengunjung lain yang datang ke Aeon Seremban. I masih lagi menunggu isteri I yang sibuk dan tidak keterlaluan jika I kata sedang rambang mata memilih kain untuk dibuat kain langsir. Tapi disebabkan kedai kain itu tidak mempunyai penghawa dingin, berpeluhlah I anak beranak, itu yang menyebabkan I dan isteri berada di dua tempat yang berlainan. Sedang seronok melayan kerenah anak, ada juga orang yang ramah menegur.

"Anak ke? Comel.."

"Haah..anak..comel ikut muka mak.."

"Daddy dia x comel?"

"Nilai la sendiri"

I jawab bukan seperti respon yang dikehendaki. I dah berkahwin. I tak layan perempuan-perempuan yang terlalu ramah. Bukan sombong, tapi mengelak fitnah. Orang kacak selalu menjadi mangsa fitnah, I ambil iktibar dari sirah, bukan pakai lojik akal. So, I elakkan diri dari terjerumus.

"Kalau I nilai..I rs baby ni ikut muka daddy dia..cute.."

I senyum. Sebab takde bukti yang boleh menyangkal fakta yang diberi oleh perempuan tersebut. Muka comel anak I sudah tentu diwarisi oleh ibu bapanya.

"Ni sape nama dia yg cute ni?"

"Yg mane?"

I keliru. Sebab kalau diikut dari penilaian, I rasa kami anak beranak sangat comel di mata orang lain.

"U ni kelakar la..baby ni la..tp its ok..sape name u?"

"I panggil anak I Danish.."

"oo..i c..nama u?"

I mendiamkan diri. Malas nak jawab. I berborak pun tak pandang dia. Mata I ke arah anak I yang sedang pegun di dalam kereta sorong. Dia masih kecil kalau I cerita yang situasi itu akan berlaku pada dia tentang kesempurnaan yang bakal diwarisinya nanti.

"Ok..u jual mahal la ni..tanak gtau nama..ade diskaun ke?"

"I bukan Aeon nak buat mega sale..n i tak jual diri je..cuma I tanak anak I fitnah.."

"Laa..baby takkan la nk anggap mcm tu..u takut baby u nampak n report kat mummy die eh.."

Dia ketawa sinis. Lagak yang I lihat seperti memerli I.

"Shopping complex camni ade ramai yg dewasa dari baby..Lg pun I bukan takut ngn manusia je..U takpe la..Macam x takut dengan apa2.."

Kali ini giliran I pandang sinis terhadap dia. I rasa I berjaya menyakitkan hati dia. Sebab I perasan dia dah mula tak selesa. Mana tidaknya, kalau tengok dari bawah, macam tak pakai seluar, tengok dari atas, macam tak pakai baju.

"Sape ni abg?"

Isteri I sergah dari belakang.

"Entah..die tegur Danish td.."

Muka isteri I tak percaya.

"Oo..ni ke mummy Danish yg cute ni..patutla baby ni cute..u dari mana td?"

Soalan itu I tau diajukan kepada isteri I. Tapi I terasa seperti nak mencelah. I terus potong perbualan mereka.

"Isteri I dari kedai kain td..nak beli kain nak buat baju tutup aurat.."

Perempuan itu terus meninggalkan kami anak beranak. Isteri I masih terpinga-pinga. Tak faham apa yang berlaku. I tersenyum puas. Walaupun dakwah I agak kasar, tapi I cuba.

Jumaat, 22 Jun 2012

Cahaya Mata

Buah-buah hati I
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Melihat telatah bayi kecil yang berada di hadapan I membuatkan I bangga. Bayi ini sudah tentu akan mewarisi wajah tampan I, aura popular I dan yang paling penting kesempurnaan I.Hasil perkongsian hidup I dan Norazyani sudah membuahkan hasil.

Alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak lelaki yang menjadi bukti cinta I pada isteri. 10 Mac 2012 menjadi tarikh bersejarah kerana hari itu juga merupakan kali pertama I melihat sendiri proses kelahiran bayi. Sekarang I dah sedar kenapa kebanyakan ibu menangis jika anak-anaknya derhaka, jika anaknya lari menjauhkan diri atau anak yang tidak mengenang budi. Proses yang I tidak akan rasa sampai bila-bila itu sebenarnya boleh memberikan kesakitan pada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Tak dinafikan, menjadi seorang bapa juga, I berubah menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab. Kalau dulu malam I, I isi dengan melayari internet, menonton televisyen atau keluar bersama kawan-kawan, I dah ubah jadual I dengan melayani keluarga yang sekarang ini hanya ada isteri dan seorang anak. Ini menjawab persoalan kenapa I tidak update blog mahupun facebook I. Sekarang anak I dah berusia 3 bulan dan kelincahannya dapat dilihat. Dia sudah mula meniarap, beramah mesra dengan dialek bayi pada setiap individu yang melayannya, dan yang paling penting, dah mula menangis dengan kuatnya. Ditambah pula dengan matanya yang bersinar-sinar, pipi yang gebu membuatkan I teringat kepada perumpamaan seperti benih yang baik, kalau dicampak ke laut, boleh menjadi pulau. I betul-betul berharap kedua-dua benih yang bersifat haploid ini akan menjadi diploid yang sempurna. I berjanji akan berusaha yang terbaik untuk sahsiah anak I dan mengharapkan pertolongan dari Tuhan dengan mengkabulkan doa-doa yang I pohon. Semoga kelahiran anak lelaki pertama I ini akan menjadi peransang untuk kami membentuk sebuah keluarga yang hebat dan disegani.

Maklumlah, sekarang ini pun I dah tanamkan niat bekerja dengan ikhlas kerana I yakin rezeki yang I cari untuk keluarga bergantung kepada keikhlasan I bekerja. I tak mahu dipandang oleh majikan seperti mengharapkan sesuatu daripada mereka. Kerana I tahu penilaian yang dibuat oleh manusia tidak pernah adil dan I tak pernah menyalahkan sesiapa kerana I juga manusia yang banyak kelemahan. Setiap manusia tidak dikurniakan sifat Maha Adil dan Maha Melihat, menjadikan keikhlasan bekerja hanya boleh diukur oleh Allah. Perkara paling penting yang wajib kita percaya apabila kita bekerja di bawah mana-mana majikan adalah rezeki di tangan Allah. Bekerjalah kita seolah-olah kita akan mati pada esok hari.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Suami, Isteri dan Dot Dot Dot

I mencebik. Menjuihkan bibir I yang tak kering. Dia ikut sama. I sambung dengan menggeleng kepala. Dia membalas dengan senyuman. I ingatkan dia nak berhenti, rupanya dia masih lagi mempunyai semangat untuk mencari apa yang dikehendaki. Satu per satu baju yang diselaknya, meminta pandangan I yang bernas. Namun, sehelai baju pun tak menarik perhatian I. Begitulah ragam I jika keluar membeli belah bersama isteri tersayang. I jadi sangat cerewet. Walaupun sikap I bukan seperti itu, I bentuk sikap seperti itu supaya perbelanjaan jadi tak boros. Selain dari ketampanan, I sangat cermat dan pandai berbelanja. Isteri I pula tak putus asa, dia akan terus mencari sehingga I mengalah. Pada I, semangat seperti itulah yang menyebabkan dia sangat comel di hati I.

Disebabkan hari masih muda, kami sambung berjalan. Mata memandang kiri dan kanan mencari kedai-kedai yang menarik untuk dikunjungi. Tiba-tiba mata I terpaku pada kedai elektrik dan elektronik. I ajak isteri I masuk. Dia menolak. I masuk seorang. Dia tunggu tepi pintu kedai. Satu per satu televisyen LED yang memukau I. I terhenti di hadapan barisan LED itu. I buat muka girang dan memanggil isteri I untuk berkongsi cerita. Dengan langkah yang berat, dia tetap datang. I minta dia tenung rimbunan televisyen LED yang berada di hadapan kami, untung-untung dia tertarik dan bernafsu untuk membeli. Rancangan I gagal. Dia pandang I. Juihkan bibir dan menggeleng kepala. Hancur hati I. I buat perkiraan supaya dia berfikir.

" 18 helai baju 100 heng macam td dapat beli tv ni yang..warranty 5 taun..berbaloi2.."

I senyum girang sambil menganggukkan kepala. Nampak tak cool juga perbuatan itu kalau diperhatikan orang. Isteri I masih geleng-geleng kepala. I mengalah. I buat janji palsu lagi.

"Kalau kita beli tv LED ni yang..kte bukak MTV hari2..CSI..HBO setiap masa..baru la gamba cantik yang..br nampak justin biber hensem..kalau tidak mcm nok je yang.."

Kali ini I yakin dapat perangkap dia. Ayat jenis mengumpan seperti itu, kalau kena pada lubuknya, boleh dapat banyak hasil. I senyum sendiri.

"Abang kalau pakai tv lama tu..negeri sembilan lawan felda pon nk tgk smpai habis..ni kan tv baru..silap2 tak pegang remote I tau.."

I buat muka sedih. Yela, dah tau plan I kecundang. I faham bila dah berumahtangga, bagusnya minat tidak sama dengan isteri, adalah supaya tidak membazir dan membeli sesuatu mengikut kehendak hati. Bayangkan kalau I dan isteri sama-sama minat televisyen tersebut. Bayar Astro pun sudah tentu lebih. I mesti nak tengok rangkaian sukan, isteri I tentu sahaja mahu rancangan hiburan. I perasan keunikan seperti ini pada kebanyakan pasangan. Contohnya isteri yang suka melihat langsir, tapi suami lebih gemar melihat sinki, kabinet, jubin yang menarik atau aksesori kereta.

Ada yang beranggapan, hidup berkeluarga perlu mewujudkan satu kehendak atau citarasa yang sama, berkongsi minat yang sama atau hobi yang sama. Pada I, bagaimana berbeza pun sesuatu pasangan itu, yang paling penting adalah komunikasi. Komunikasi yang baik tentu sahaja dapat mengeratkan ruang perbezaan itu.

Khamis, 29 September 2011

Manisnya Madu

Sudah ramai orang yang hidup berkeluarga. I tak terkecuali. Baru beberapa bulan I mendirikan rumah tangga, kematangan sudah hadir dalam diri I. Matang dari segi aspek, itu maksud I. Perancangan juga sudah menjadi tabiat I. Merancang perbelanjaan, merancang waktu atau merancang destinasi. Tapi I percaya, dalam sesebuah institusi keluarga, perkara paling penting adalah merancang bersama-sama. Maksud I, jika I sahaja yang merancang, sudah tentu akan menjadi tidak adil, sedangkan I nak apa yang dirancang menjadi sesuatu yang indah dan sentiasa diingati. Seperti post yang lepas, I merancang untuk makan angin memandangkan anak didik I akan bercuti lama selepas tamat semester. Maka I mulakan perbincangan dengan nada yang sangat soleh bersama isteri tercinta.

"Abg igt nak g jalan2 la..student pon nak cuti lama..ade suggestion nak g mane2?"

"Kita g korea la abg..skrang kan ramai org g sana..jalan2.."

Telan air liur I. Nasib baik takde kahak, kalau tak mesti ikut turun sekali.

"Jauhnye..knape tanak jalan2 europe..boleh abg jmpe ruud van nistelrooy.."

I beri respon dengan nada yang agak bersesuaian, suara I perlahan sahaja, memang lagak seorang yang penyabar.

"Alaa abg..kte kan lom g hanimun lagi..anggapla g korea ni jalan2 smbl hanimun..kang da anak da susah nk jalan2 kt luar.."

Hasil perbualan yang I anggap perbincangan itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada I. Apa yang diperkatakan oleh isteri tercinta I itu tiada silapnya. Semasa perkahwinan I beberapa bulan lalu pun, I dan isteri tak ambil cuti, sibuk bekerja, hanya dapat meluangkan masa di rumah. Hujung minggu pula akan dihabiskan di rumah ibu bapa, bergilir-gilir antara Johor atau Seremban.

"Ok..nanti abg fikir dlu..abg love syg sgt2.."

Seronok tengok isteri I senyum dengan jawapan I tadi. Itu yang membuatkan I bahagia. I senang hati jika layanan yang I beri memberi kegembiraan buatnya. I tak buat istikharah untuk pergi berbulan madu. Pendekatan I kali ini agak mungkar jika dibandingkan dengan pendekatan Islam I sebelum ini. Kali ini I dengar lagu-lagu K-pop, I tonton semula Fullhouse dan Witch Yoo Hee, semata-mata nak mendapatkan mood ke Korea. I dah mula mencarut dalam bahasa Korea dan pelbagai lagi perkara-perkara yang berkait rapat dengan negara mata sepet itu. Akhirnya, setelah beberapa lama merancang dan berusaha, I berlepas juga ke Korea untuk melancong dan berbulan madu. Pengembaraan I berlangsung selama beberapa hari, dari 16 September 2011 hingga 21 September 2011.

Kesimpulan yang boleh I buat, Isteri I dan Korea memang BEST GILER aaaa... :)













Jumaat, 9 September 2011

Menghampiri Rumah Terbuka

Syawal semakin berlalu dan perut I tidak ketinggalan untuk membesar, seiring dengan rumah terbuka yang I hadiri. Tidak kiralah kawan-kawan di pejabat, saudara mara yang jauh dan dekat, masing-masing beriya-iya menjemput I dan isteri. Mujurlah I sering tidak mengecewakan mereka. Di mana ada jemputan yang menarik menu makanannya, I akan berada di sana, mengunyah sambil berborak, antara hobi I yang sukar untuk ditinggalkan. Uniknya I, I tak pernah tersedak atau pun tercekik semasa makan walaupun dalam keadaan rancak berborak. I dah ajar isteri I teknik mengunyah yang sama, supaya kami dapat berborak-borak ketika makan. Ramai kawan-kawan I yang kagum. Mana tidaknya, I seorang sahaja yang gila bercerita perihal orang lain, yang lain suka mendengar dan menokok tambah. Mereka suka agaknya tengok cara I bercerita sambil mengunyah, mungkin nampak menyelerakan.

Sibuk I bercerita, kawan I menegur.

"Faqar..ble nk datang open house rumah ko ni..asek jmpe ko kat open house orang lain je.."

Kali ini I tercekik. Tercekik dengan air liur sendiri. Persoalan tadi menampakkan kesungguhan I makan di rumah orang sahaja, tapi tiada usaha untuk mengajak orang datang ke rumah. I kira sifat I tak ubah seperti orang yang pelahap dan nak makan percuma sahaja. I cari alasan.

"ala..datang jela rumah..aku takde la nk buat open house..tapi rumah aku slalu open.."

I jawab dengan jujur. Gaya percakapan memang nampak macam mencari alasan. Tapi bagi I, I memang tak kisah jika ada tetamu yang nak datang beraya, cuma menu makanan tidaklah banyak pilihannya. Yang penting pintu rumah I sentiasa terbuka untuk semua, tidak kiralah saudara mara, sahabat handai, pelajar-pelajar I atau kanak-kanak yang ingin beraya.

"ala..aku nak je datang rumah ko..tapi takkan la aku sorang je datang..aku nk kawan-kawan lain pun datang..btol tak kawan2?"

Tiba-tiba makin ramai yang bersuara. Rupanya I ada ramai kawan, baru I sedar. Yang peliknya mereka suka majlis keramaian. Mereka tak suka datang bersendirian atau dengan keluarga sendiri.

"ala..taun depan aku buat la open house..ms tu rumah aku da siap kot..sekarang ni korang nk datang ramai2 pon boleh..tadde masalah..cume bgtau la ble..senang aku prepare ape2.."

I jawab dengan penuh keyakinan. I boleh nampak reaksi muka mereka yang tak sabar nak datang rumah I.

"ok..ktorang serang rumah ko mlm ni..orait?"

"cun..tade masalah..aku tak buat banyak menu pon sbb bukan open house..tapi sbb alang2 ramai..aku masak la sket..sape lagi nak join ni?"

I dah semakin bersemangat. Seronok sebenarnya bila tau ada kawan-kawan yang bersungguh-sungguh nak datang. I kira jumlah mereka yang angkat tangan untuk beraya di rumah I.

"Ok..15 orang eh..siap!datang tau mlm ni..aku igt muke sorang2!"

"mestila datang..ktorang nak mandi swimming pool depan rumah ko tu.."

Ramai kawan-kawan I pakat gelak. Kebetulan rumah sewa I berdekatan dengan loji rawatan air, mereka suka kenakan I. I terus minta diri dari open house tersebut, nak membuat persediaan untuk jamuan kawan-kawan yang nak datang beraya. Dalam perjalanan balik, I beritahu isteri I.

"yang..rumah kte ada mihun kan?"

Isteri I angguk, senyum.

Rabu, 7 September 2011

Dah Lama Puasa Menulis

Setelah beberapa bulan I tak buka akaun blog, statistik masih tidak mengecewakan. Masih ramai yang buka blog I dalam masa sehari, cuma yang mengecewakan adalah post yang dibaca setiap hari adalah "cerita orang dewasa". I yakin kebanyakannya tak sengaja buka blog I. Masing-masing hendak menambah pengetahuan tentang aktiviti orang dewasa, lalu pembacaan dari internet dijadikan sumber. Malang bagi mereka adalah blog I tidak mempunyai cerita-cerita yang meransangkan sebaliknya cerita-cerita kosong I sebagai seorang lagenda. Sebelum ini I ada janji nak tunjukkan gambar kahwin dan plot cerita perkahwinan I, namun Dia tidak mengizinkan. Seminggu selepas I bersanding di Seremban, I dimasukkan di hospital selama seminggu kerana jangkitan pada tekak I yang menjejaskan paras rupa menarik I. Alhamdulillah, sekarang I sempurna semula. I banyak ingat Tuhan ketika berada di hospital, isteri I banyak tolong I, membuatkan I bertambah sayang padanya.

Bulan puasa pada tahun ini berlalu dengan sangat bermakna kali ini. Alangkah bahagianya I apabila dapat bersahur dan berbuka bersama seorang isteri. Seronok juga hidup sebagai orang dewasa, dulu I dikejutkan oleh umi, tapi sekarang I dah pandai bangun sendiri, i senyum sendiri melihat perubahan yang ada pada diri I. Perbezaan paling ketara adalah ketika membeli juadah di bazar Ramadhan, kalau dulu memang ramai kaum hawa yang menegur I, ramah dengan I tapi sekarang I jalan peluk pinggang isteri, tiada siapa yang berani tegur. Tapi I perasan juga orang yang curi-curi pandang, I halalkan sahaja, mungkin tak sanggup nak puasa pandangan mata.

Kesibukan di pejabat juga sudah menghampiri ke penghujung, pelajar-pelajar I akan menghadapi kertas peperiksaan akhir dan akan bercuti panjang. I pun nak berehat lama. I bercadang nak makan angin bersama yang tersayang. Untuk Norazyani..I sayang u banyak-banyak!

Selasa, 14 Jun 2011

Cuti Sekolah

Suasana dalam kelas masih seperti dua minggu lepas. Tak pernah berubah. Bising, malah lebih bising dari yang sebelum ini. Maklumlah, cuti sekolah baru berakhir, ramai yang suka bercerita pengalaman cuti sekolah masing-masing. Ada yang menokok tambah dengan rekaan cerita dan olahan yang lebih menarik. Kalau I, I suka mendiamkan diri, duduk tepi dinding, tengok pemandangan dari tingkap sekolah. Seronok lihat pemandangan dari tingkap sekolah, pemandangan yang boleh buat I tenang.

"Kelas bangun!"

Tersentak I apabila cikgu Rosdalinda masuk ke dalam kelas yang sememangnya hingar bingar. I alihkan pandangan ke hadapan, menghormati cikgu yang memberikan pengetahuan kepada I.

"Selamat pagi cikgu!"

Satu kelas ikut sama-sama mengucap selamat kepada cikgu Rosdalinda yang sudah pun berumah tangga. Dia tak bawa banyak peralatan datang ke kelas, beg tangan dan buku kedatangan sahaja. Mungkin tak perlu banyak alat bantu mengajar untuk mengajar subjek bahasa Melayu.

"Macam mana cuti sekolah kamu semua?"

Cikgu Rosdalinda memulakan induksi dengan melemparkan sedikit senyuman, supaya mengurangkan tekanan pada setiap pelajar. Soalan cikgu Rosdalinda itu memberi kesan kepada kesepian kelas kerana setiap pelajar memberi respon. Ada yang sambung bercerita semula dengan kawan-kawan, ada yang ingin mula berkongsi pengalaman cuti sekolah, tapi malu, hanya mengeluarkan suara untuk didengari oleh diri sendiri.

"Wah..cikgu rasa semua pelajar-pelajar memanfaatkan cuti sekolah kamu semua..siapa yg nk kongsi bersama-sama dengan cikgu?"

Kelas kembali sunyi. Kebiasaan pelajar-pelajar zaman sekarang, malu apabila ditanya. I masih macam tadi, duduk meminggirkan diri. Rindu pada seseorang.

"Haa Zulfaqar..dari tadi diam..muka nampak penat sangat..apa awak buat cuti sekolah haritu..?"

"Saya berkahwin cikgu.."

Jawapan yang ringkas tetapi mengejutkan semua orang. Tapi I malas nak berahsia lagi. I dah jadi suami orang sekarang.

"Ha?! awak biar betul zulfaqar..awak kawin cuti sekolah aritu?sbb sy nak suroh kamu semua buat karangan pengalaman cuti sekolah kamu semua.."

Cikgu Rosdalinda seperti tidak bercaya apa yang didengarinya. Susah nak terangkan kepada cikgu yang tak percaya cakap anak murid.

"ok..macam ni la cikgu..lepas ni sy buat karangan tentang hari perkahwinan sy..sy lekatkan gambar sekali cikgu..sy akan pastikan penulisan sy sempurna utk hari bahagia sy..cikgu tunggu penulisan tentang pengalaman cuti sekolah sy ye.."

I sambung pandang luar kelas. Cari idea dan layan rindu pada orang rumah. I love u Norazyani Mohsin :)

Isnin, 30 Mei 2011

Jalan Seiring

Jumaat lepas I dah tak senang duduk. Khabar angin yang mengatakan saudara Zakuan Azizi diijabkabulkan dengan sekali lafaz ternyata benar. Bukan I tak percaya dengan kredibiliti beliau, tapi I ada sedikit cemburu terhadap beliau dan berita seperti itu juga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada I. Tetapi, disebalik tekanan yang I rasai, I sebenarnya tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dinikmatinya hasil perjanjian hidup bersama beliau dengan pilihan hidupnya, Ilham. I doakan mereka akan terus meneruskan kisah percintaan mereka selama-lamanya. Dalam kegembiraan yang saudara Zakuan kecapi, pilihan beliau memilih I untuk menjadi pengapit dikatakan pilihan paling bijak. Bukan I nak bangga diri, tapi ketampanan, ditambahkan pula gaya peradaban yang bertamadun, membolehkan kedua-dua mempelai tampak berseri-seri hanya dengan kehadiran I sebagai pengapit. I cuba bayangkan gambar-gambar pengantin diapit oleh kawan-kawan I yang lain, tak tercapai akal I. I cuba bayangkan Husni, Mustaqim, Zakirun dan lain-lain lagi, pakej mereka tak lengkap seperti I.


Sabtu yang bersejarah itu, I bangun awal pagi untuk sesi bercukur. Kalau di kawasan muka, I cuma tinggalkan bulu mata, kening dan sedikit janggut. Kawasan lain I tak cukur. Cuma I simpan agar kelihatan kemas. Kain ela yang dihadiahkan oleh saudara Zakuan telah siap menjadi sepasang baju Melayu yang sangat berseri jika dipadankan dengan muka kacak I. Selesai bersiap, I terus capai kunci kereta, bergegas ingin menjemput steady girlfriend I, sebelum pergi ke majlis perkahwinan Zakuan yang berlangsung di bandar Manjalara. Perjalanan sangat mengambil masa yang lama disebabkan kesesakan lalu lintas, namun kesabaran I jelas kerana langsung tiada kesan kerut pada dahi I atau rungutan tentang kesesakan lalu lintas, I tenang, sesuai dengan peribadi I.

Bersama-sama rombongan pengantin bukan kali pertama dalam hidup I. Sebelum ini, kawan-kawan artis I banyak juga ajak I dalam majlis-majlis perkahwinan seperti ini, sebab itu I langsung tak menunjukkan rasa kekok atau janggal. Sampai di dewan tempat perkahwinan, ramai yang sudah menunggu di pintu masuk. Tidak adil jika I sebut mereka hanya menunggu pengantin sampai, sebenarnya dewan yang penuh dengan orang menunggu itu menantikan pasangan mempelai dan pengapit untuk sampai ke dewan dan meneruskan acara. Ya, mereka juga menunggu pengapit, selain dari pengantin. Begitulah hebatnya I jika dilantik menjadi pengapit. Tapi seri pengantin memang tidak dapat dikalahkan, ramai yang senyum kepada pengantin berbanding senyum kepada I. Tapi, gadis-gadis door gift nampak berebut-rebut nak ambil gambar I, bagi I, itu tanda positif. Sebagai hadiah kepada mereka, I senyum senget seperti Kan Jun Sang dalam Winter Sonata, tanda I menampilkan gaya berbeza dari lelaki Melayu yang lain.


Maka, hari bahagia Zakuan dan Ilham berlangsunglah dengan kehadiran seorang putera dari masa lampau jalan beriringan bersama-sama ke atas dewan bagi menjamu selera. Jalan yang lebih perlahan dari biasa sebenarnya menyebabkan I tersepak kaki pengantin sebanyak dua kali. I rasa bersalah juga tapi disebabkan saudara Zakuan tak menoleh ke belakang, I teruskan ketaktersengajaan menyepak. Memang seronok rupanya berkahwin, patutlah kebanyakan lelaki suka kahwin ramai perempuan, rupanya keseronokan dipandang oleh orang ramai. I tahu juga, kalau perempuan diberi peluang kahwin ramai, entah-entah tiap-tiap minggu kahwin lain. I tak mahu komen lebih isu tersebut.

Duduk di sebelah Zakuan ketika beliau menjadi pengantin sangat berbeza semasa duduk di sebelah beliau zaman belajar dahulu. Nasi yang dimakannya sedikit, lauk yang diambilnya bukan kuantiti yang diambilnya dahulu semasa zaman belajar. I bagaikan terpaku dengan diet yang diamalkan saudara Zakuan. Atau mungkin isterinya telah mengenyangkan beliau dengan senyuman ikhlas dari seorang isteri, I tak mahu fikir lebih dalam lagi. Bagi I, walaupun saudara Zakuan makan sedikit, I tahu dia gembira, sebab dia asyik minta I tambah. Zakuan gembira jika I yang makan lebih.

I pengapit paling ramah. Saudara pihak Ilham juga seolah-olah seronok berborak ketika sedang makan, dengan I. Sehinggakan I terlupa yang ikan ada tulang, I kunyah dengan tulang-tulang sekali. Selesai upacara makan-makan, khidmat I sebagai pengapit tidak diperlukan lagi, tapi I perasan di dalam dewan, ramai yang memanggil-manggil I dengan nama komersil I minta I turun dan berborak-borak. I turuti panggilan tersebut. I berborak sampai ke petang.

Kehadapan saudara Zakuan, I bahagia sangat melihat perkahwinan yang I tunggu-tunggu, dan I doakan agar dikurniakan cahaya mata yang cantik, kacak, tampan, jelita, pandai, dan yang paling penting.. Sempurna~ Tahniah Zakuan dan Ilham.. Raya datang rumah :)

Jumaat, 13 Mei 2011

Lama tak pekena

"Bang..masuk dalam lagi bang..."

Jeritan itu membuatkan I tersentak. Mungkin I terlalu berhati-hati. Tapi I kurang selesa juga kerana khuatir orang lain dengar, I juga yang malu.

"Bang..boleh masuk lagi bang..abg masukkan je.."

I masukkan hati-hati. Risau juga I takut tergelincir. Lagipun I jenis lelaki yang tak suka gopoh.

"Opppp oppp bang..masuk straight abg..dah jumpe da tu landasan dia.."

Bersemangat I. Bila dah jumpa landasan, I rasa lebih senang lagi. Pemanduan jadi lebih lancar.

Pap..

"ok abg..da masuk abes da tu..i love u abg.."

Senang handle Siti. Tak banyak kerenah. I boleh handle tanpa banyak merungut. Siti banyak ikut cakap I. Siti banyak puaskan I dari pelbagai sudut. Pemanduan, keselesaan dan macam-macam lagi. Disebabkan itulah I jaga Siti baik-baik, hari ini I nak mandikan Siti. Cuma disebabkan jadual kerja yang lebih padat sejak kebelakangan ini, I terpaksa mengupah orang mandikan Siti I. Lama rasanya tak update blog, I mengaku I memang betul-betul busy dengan kerja. Bukan disebakan kekeringan idea atau malas nak menulis, I sibuk dengan kerja yang I rasa tak akan habis sehingga I pencen nanti. Menyesal rasanya bekerja makan gaji.

"Bang..basuh dalam ke..luar ke..enjin ke..atau kesemuanya sekali...?"

"Basuh sume..siap polish skali tau..ni wallet abg tebal ni..dalam ni ada seribu tau.."

I sengih. Pembasuh kereta itu juga senyum pada I. Mungkin dia tau I bergurau. Mustahil I ada simpan ribu-ribu dalam wallet, kalau I ada simpan pun, I tak beritahu orang lain. I campakkan kunci kepada pembasuh kereta tersebut. Pembasuh kereta yang bernama Mail itu cekap menyambut. Dia senyum pada I sambil menuju ke Siti. I kerap juga basuh kereta di kedai Mail, penduduk di sini semua panggil beliau Mail Lambung kerana dia suka melambung kunci kereta kepada pelanggan-pelanggannya. Tak sangka namanya digunakan oleh Zizan dalam Maharaja Lawak. Popularlah kedai Mail lepas ni.

I duduk di ruang istirehat kedai Mail. Kelihatan seorang jejaka kacukan Pakistan sedang membaca suratkhabar di ruangan berhawa dingin itu. Dengan T shirt dan seluar pendek, I anggap dia macam pemuda biasa sahaja. Sehinggalah dia senyum pada I. I balas senyum balik. Lagi manis senyuman I berbanding lelaki Pakistan itu. I duduk sebelah dia, ambil suratkhabar, dan nak mula baca.

"basuh kereta mana?"

"tu..yang cantik tu..."

I muncungkan mulut ke arah Siti. Dia pun menoleh ke kereta I.

"U basuh kereta yang mane?"

Sibuk je I nak tanya pasal lelaki kacukan ini. I ada sedikit ciri-ciri perempuan, I sebok nak jaga tepi kain orang. Tak kisahlah kain batik ke kain pelekat, asalkan I sibuk-sibuk tanya.

"Tu ha.."

Dia menunding ke arah Accord yang bersinar-sinar di bawah pancaran matahari.

"ooooooo....."

I dah mula cemburu dah. Nampak macam orang kebanyakan, tapi mampu beli kereta macam tu. I tanya lagi.

"bulan2 brape boss?"

"600 sahaja.."

I terkejut. Mesti letak duit muka puluh-puluh ribu ni. Bukan calang-calang Pakistan depan mata I ni. Mesti bukan jual carpet, kurang-kurang syarikat perabot gak ni dekat Nilai 3. I sambung baca suratkhabar. Takut rasanya nak berbual panjang dengan mamat Pakistan ini.

Mail masuk ke ruang istirehat. Dia lambung kunci kereta kepada mamat Pakistan sebelah I. I dan jejaka Pakistan itu saling terkejut. Mail bersuara.

"Ahmed..ko g basuh kereta Accord kat tepi tu..dari tadi nak basuh..tak basuh2..cepat!"

I terkebil-kebil. Rasa macam bodoh sangat. Sekarang ni I berharap Siti I cepat-cepat mandi, sebab I nak update blog.

Ahad, 24 April 2011

Anak anakku

Ahad lepas I tak pergi mana-mana, tak berminat nak makan angin di bukit-bukit tinggi, tak berminat nak mandi peluh dengan bersukan dan I sendiri malas nak mengangkat kaki keluar dari rumah pun. Mujurlah kakak-kakak dan abang I datang ke rumah untuk berjumpa dengan parents I, kehidupan I hujung minggu lepas tidaklah berapa sunyi. Anak-anak buah I pula memang suka duduk melepak di bilik I, mungkin kerana persekitaran bilik I yang bersih, ditambah pula dengan aroma yang membangkitkan semangat remaja, itu semua menjadi faktor kenapa bilik I menjadi pilihan anak-anak buah I untuk beristirehat. Sedang asyik mereka bercerita, I mencadangkan mereka untuk mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran, sebab bagi I, dari mereka membuang masa berborak kosong, adalah lebih baik mereka menelaah pelajaran, lagipun I mempunyai otak yang cerdik, pasti I boleh bantu mereka belajar. Mereka ikut cakap I, semenjak I cerita tentang putera salju putih pada mereka, mereka dah tak banyak ingkar arahan I. Bagi mereka yang mengikuti blog I, tentu sahaja tahu cerita putera salju putih I pada anak-anak buah I dulu.

Anak-anak buah I pun datang dengan buku masing-masing. Ada juga yang masih kurang berminat lagi hendak belajar, sebab masih lagi bawa buku mewarna dan colour pencil datang ke bilik I. I tak marah, sebab I tak mahu anak-anak buah I hilang minat untuk belajar, tapi bila dia dah habis mewarna nanti, pandailah I mengarahkan dia untuk belajar subjek yang lebih kritikal lagi. Bersungguh-sungguh mereka belajar, ada yang buat kerja rumah, ada yang buat latihan Matematik, ada yang buat latihan bahasa Inggeris, I puas hati dengan minat yang ditunjukkan oleh mereka. I harap semangat mereka ini berkekalan hingga tamat ijazah pertama nanti sebab bagi I, zaman millenium ini, pengajian peringkat tertinggi diambil kira bagi menjamin kehidupan yang cerah.

"Uncle..4x8 sama tak dengan 8x4?"

"Sama sayang..kalau darab atau tambah..tade masalah kalau persamaan itu diterbalikkan..tapi jaga-jaga..kalau bahagi atau tolak..persamaan yang diterbalikkan mampu memberi jawapan yang lain dari yang sepatutnya..awas ya.."

"Baik uncle"

Begitulah layanan mesra yang I beri kepada anak-anak buah I. Perhatian yang penuh supaya mereka tidak rasa bosan untuk belajar. I menggunakan pendekatan yang seperti ini sebab I tahu pelajar-pelajar zaman sekarang cepat memberontak apabila dimarahi atau tidak mendapat perhatian yang lebih. I pula lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita, romantik dan pandai menjaga hati kanak-kanak. Kalau tak mana maunya I dipanggil sempurna oleh kebanyakan pihak.

"Uncle..Seks tu apa?"

Terkejut I dengan pertanyaan salah seorang anak buah I. I tak beritahu nama sebab menjaga maruah anak buah I itu. Pertanyaan seperti orang dewasa seperti ini dah ditanya oleh pelajar yang berumur 8 tahun atau lebih tepat lagi, pelajar darjah dua. I sedar yang ini adalah kesan globalisasi yang menyebabkan generasi muda senang untuk mendapatkan maklumat, media juga banyak bercerita isu-isu yang tidak patut dibincangkan. Isu video seks, pembunuhan, pergaduhan, dan macam-macam lagi tidak lagi ditapis dan dengan banyaknya permasalahan negatif muncul dan semakin menular. I juga tidak terkejut dengan salah satu kajian yang dibuat di Malaysia yang menunjukkan 60% remaja hilang dara sebelum berusia 18 tahun. Takut I mendengarnya bahkan anak buah I sendiri pun bertanyakan soalan yang I tahu jawapannya tatkala I baligh dahulu.

"Seks tu sebenarnya tak elok tau..tapi uncle cuba jawab k..sebenarnya macam ni..bile kumbang dah jumpa bunga idamannya..ble bulan dan bintang kelihatan secocok..satu perasaan cinta mula terbit dari hati..perasaan yang sukar digambarkan tapi dapat dirasa..satu perasaan yang kte tak nampak tapi kte tahu kehadirannya..."

Kesemua anak-anak buah I kelihatan kagum dengan jawapan I. Mereka yang tadinya tekun membuat kerjanya, terus memberi perhatian kepada jawapan I yang I pasti dapat menjawab pertanyaan tentang seks tadi. I sambung semula.

"Apabila perasaan cinta itu mencapai tahap klimaks..di situlah lahirnya sentuhan-sentuhan fizikal yang menzahirkan perasaan cinta itu..tapi ingat..pergerakan dan sentuhan-sentuhan fizikal ini perlu dibuat dengan cara saluran yang betul..sebab cinta hanya hadir jika perhubungan itu antara lelaki dan perempuan..sesama jantina tak boleh.."

Anak-anak buah yang kelihatan tekun tadi tercengang. Tak faham dengan apa yang I cerita agaknya. Tapi I akui olahan ayat I tu tadi berat juga untuk difahami. Yelah, macam mana nak huraikan perkataan seperti itu, tentu jawapan akan berbaur lucah nanti, tak elok untuk perkembangan minda mereka.

"Panjang nye jawapan uncle..tapi ruang dekat buku ni pendek je.."

Dia beri I buku sekolahnya kepada I. I senyum. Senang rupanya jawapan yang sepatutnya I jawab. Atas buku itu tertera....

Name: ............................
Age : .............
Sex : .............