Selasa, 7 September 2010
Putera Salji Putih
Malangnya taktik dan strategi I dapat dihidu oleh segelintir kanak-kanak yang cintakan suasana bising. Mereka berkumpul di dalam bilik I, bercerita kisah-kisah seram yang pada I, lebih menggelikan hati dari menakutkan, mereka juga cipta teka teki yang sangat mudah dijawab dan macam-macam lagi perbuatan yang menggangu kesejahteraan hari-hari terakhir puasa I. I dah nekad, sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tak menganggu lagi ketenangan I. Lagipun, bagi I, tidur semasa waktu siang Ramadhan adalah satu ibadat dari I melakukan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin boleh mengurangkan pahala puasa I.
I tunggu peluang untuk menyergah kumpulan kanak-kanak ini yang merangkap anak-anak buah I. I dengar sahaja cerita-cerita mereka tentang kisah dongeng yang telah diubah suai supaya cerita mereka mudah difahami. Tapi pada I, cerita dongeng yang mereka cerita terlalu banyak pengubahsuaian menyebabkan cerita dongeng itu jadi lebih mengarut dan tiada moral. I tak berfikir panjang, kerana mereka semua kanak-kanak, I bercadang nak menipu mereka. Yes, I nekad I nak tipu mereka. I senyum sorang-sorang dalam keadaan I yang berpura-pura tidur.
I teruskan lagi kepura-puraan I dengan gaya sedang dikejutkan dari tidur, I gosok-gosok mata I dan memandang sekumpulan anti-ketenangan itu dengan mata kecil atau boleh juga dipanggil sepet.
"Korang tengah cerita pasal Snow White eh?"
I masuk ke dalam kerancakan cerita mereka. Semua pun terdiam memandang I tapi ada juga riak muka yang rasa bersalah kerana menyangkakan mereka dah menganggu tidur I. I dah dapat idea menipu, dan I nak teruskan niat I supaya mereka lari dari bilik I.
"Uncle ada cerita nk cerita kat korang..cerita ini mmg cerita betul..bukan cte dongeng mcm cte snow white tu..cte ni btol2 jadik kat umah tok mi ni..kat bilik uncle ni la.."
I perasan anak-anak buah I berminat untuk dengar cerita I. Tak sabar betul I nak menipu.
"Nampakkan cermin besa kat bilik uncle ni..cermin ni cermin ajaib..setiap hari uncle balik dari keje..uncle akan tanye dekat cermin ajaib ini..wahai cermin ajaib..siapakah jejaka yang paling kacak di seluruh malaysia?pastu cermin ajaib tu kuarkan imej uncle..maknenye uncle la jejaka paling kacak itu.."
Mereka mendengar cerita I itu bersungguh-sungguh, langsung tiada siapa yang mengesyaki I berbohong.
"Tapi ade satu hari tu kan..masa uncle faqar baru bangun tido..uncle faqar pon serulah dekat cermin ajaib ni..wahai cermin ajaib..siapakah jejaka paling tampan di seluruh tanah Melayu ini..tibe2 kuar dekat cermin tu..hantu yg menyeramkan..berdarah-darah muke die..die gosok mulut die dgn pisau..byk sangat darah..mata die tkeluar..rambut die kusut masai..idong die kemek..pipi die koyak rabak.."
"Momok ke uncle?"
Itu respon yang I nak dari pendengar cerita I. Biar die bertanya soalan supaya I boleh sambung cerita I sebab I pun dah tade idea nak memberi gambaran seram dekat mereka.
"Aah..memang momok..korang nak tgk tak macam mane muke momok tu..? uncle faqar seru dekat cermin ni eh"
"TAKNAK!!!"
Mereka berpakat lari ramai-ramai kuar dari bilik I. I lega proses penceritaan I tak perlu mengambil masa yang lama. Sebab dalam keadaan ngantuk, mana boleh I berfikir panjang, lebih-lebih lagi untuk mencipta suatu kisah dongeng. I baring semula, senyum sambil memejamkan mata I yang dah mula rasa berat akibat mengantuk. I membetulkan keadaan posisi I mengiring sebab I agak menggoda jika tidur dalam keadaan berbaring. I buka mata sekejap, dan tengok pada cermin besar dalam bilik I. Ternyata cermin itu tak pernah menipu, I nampak imej lelaki tampan dalam cermin tersebut. I senyum puas.
Rabu, 1 September 2010
Rancangan kegemaran
Kehidupan I kembali seperti masa I muda-muda dulu. Sekarang I tak busy lagi. Terima kasih dengan kecekapan I, I berjaya mengurus masa, kerja-kerja I, sosial I dan kehendak lelaki I. Jangan salah faham tentang kehendak lelaki, I sebenarnya maksudkan kehendak lelaki seperti bermain futsal dan berenang setiap petang. I tak tahu semua kehendak lelaki lain, sebab I yakin setiap lelaki berbeza dari segi kemahuan masing-masing. Ada juga kawan lelaki I yang berkehendakkan menjadi playboy dan ada juga yang mahukan kehidupan yang baik selepas akhirat. I tahu semua lelaki berbeza dan bagi I, bersukan dan menghabiskan masa I dengan Fairuz merupakan perkara yang ingin I lakukan sepanjang hidup I. Oh, I hampir terlupa untuk menceritakan lebih lanjut mengenai tajuk post I kali ini, berbezanya post I kali ini berbanding post lain sebelum ini, I takkan puji diri sendiri lagi dan menceritakan pengalaman-pengalaman I yang berlaku semalam, kelmarin atau beberapa tahun lepas. Apa yang ingin I tulis untuk post kali ini ialah suatu yang I jarang kongsi.
Secara jujurnya, I memang jarang bercerita rancangan kegemaran I kepada kawan-kawan I yang lain. I taknak kawan-kawan I nampak I seperti orang yang suka menonton televisyen, pemalas dan suka membuang masa. I hanya tunjukkan minat I pada televisyen semasa menonton bola sahaja. I tak minat menonton berita, menghayati MTV, mendalami Astro Ria, mempelajari Discovery channel atau menikmati rancangan hiburan yang lain. Kebenarannya I sepatutnya memerlukan rancangan-rancangan hiburan supaya I boleh jadi lebih matang, belajar tentang kehidupan, cuba lawak-lawak baru dan mungkin melihat fesyen-fesyen terkini. Walaupun I tahu kebenaran itu menjadikan I lebih sempurna, I masih lagi berfikiran kuno dengan menghalang diri I sendiri dari menonton rancangan televisyen yang I yakin boleh merosakkan minda manusia.
Tapi hati I dah terbuka sekarang. I berpegang pada janji I supaya tidak menonton rancangan hiburan di televisyen tapi sebaliknya I muat turun rancangan hiburan tersebut melalui internet. Satu-satunya rancangan televisyen yang I muat turun itu adalah "Chuck" dan I muat turun kesemua episodnya supaya I boleh terdedah dengan kebenaran macam I maksudkan tadi. I tahu hidup I akan berubah apabila menonton "Chuck" dan I dah bersedia menghadapi apa jua perubahan itu. Uniknya cerita "Chuck" pada pandangan I adalah wataknya itu merupakan watak impian I sejak dari kecil. I langsung tak maksudkan I mengidamkan untuk berlakon dan memegang watak itu, cuma I suka watak lelaki yang digilai wanita. I membesar dengan menanam sifat ingin menjadi kegilaan wanita supaya kehidupan I lebih bermakna. Memang pelik tapi itu merupakan watak idaman I untuk hidup dalam dunia realiti seperti ini. Lakonan-lakonan yang berkualiti dan lawak-lawak cara baru dalam cerita ini juga menjadi daya tarikan yang amat menarik sehinggakan I tidak pergi ke masjid untuk berterawih.
I berjaya menghabiskan kesemua episod bersiri ini dalam masa 4 hari dan I berbangga dengan catatan masa I itu. I rasa I dah berjaya membuktikan tanpa menonton televisyen, I masih juga seorang lelaki yang pandai membuang masa. Sekarang I dah menjadi peminat setia drama bersiri ini dan sedang menanti season ke 4 iaitu episod yang paling terkini. Walaubagaimanapun, macam mana I puji "Chuck" tak bermakna I tak jumpa keburukan rancangan seperti ini. I adalah seorang yang cerdik dan cepat belajar, takkan I tak dapat kesan keburukan cerita seperti ini. Keburukan bagi cerita ini adalah menggunakan heroin yang sexy dan pandai berlawan. Itu I anggap sebagai kelemahan semua lelaki dan itu juga termasuk diri I. Tapi sebab I masih lagi angau bercinta dengan tunang I, Yvonne Strahovski pun I dah anggap mirip sangat Fairuz Adlidna I. Cerita ini dah tiada kelemahan lagi :)Khamis, 26 Ogos 2010
Manipulasi...
Selesai I menunaikan tarawih tadi, I bercadang nak melawat orang yang sakit di hospital. Tidaklah I melawat keseluruhan pesakit di hospital, tapi salah seorang pelajar I dimasukkan ke dalam wad kerana kesihatannya kurang baik. Bekerja sebagai pendidik, I anggap ini merupakan tanggungjawab I untuk pergi melawat dan bertanyakan khabar. I rasa agak zalim jika I buat tak tahu atau lebih teruk lagi berpura-pura tidak mengetahui keadaan pelajar I. I sampai di wad yang diberitahu dan I lihat dia hanya seorang diri. Mungkin sebab kedua orang tuanya pergi menunaikan tarawih, dia bersendirian walaupun dia beritahu PSP merupakan temannya. I cuma tersenyum menghadapi kerenah pelajar I, yela, berpuas hati ditemani permainan video. Itukan pemikiran budak kecil. Sepatutnya umur sebaya dia dah boleh fikir jauh untuk memanggil jururawat dijadikan teman. I yakin itu cara I kalau I yang berada ditempatnya. Takkan semua jururawat sibuk, mesti ada seorang dua yang boleh dijadikan teman, lebih muda, lebih banyak perkara boleh dibincangkan. Rupanya pemikiran I yang sebegitu jauh mengundang tanda tanya pelajar I.
"Sir tengah pikir ape je tu? Tiba-tiba tak bercakap pastu senyum sorang"
I bagaikan tersentak dengan soalan itu, berani betul dia mempertikaikan individu yang bergelar pendidik, yang mendidik dengan pengetahuan supaya dia boleh jadi insan yang berguna sekaligus menjadi pelapis untuk barisan-barisan tua di negara kita! I tahu riak muka I berubah ketika itu, dari riak muka yang gembira membayangkan jururawat muda kepada muka yang masam seolah-olah tidak puas hati dengan persoalan pelajar tersebut.
"Hish! Mane ade sy senyum sorang..Cume sy kesian tengok awak mcm sunyi..takde kawan..tak boring ke?"
I cuba tukar topik supaya dia lupa perbuatan I yang senyum sorang-sorang tadi, I berharap sangat dia lupa! I rasa jawapan I tadi dah berjaya mengelirukan dia, sepatutnya kelebihan I adalah memanipulasikan pemikiran pihak lawan supaya dia lupa kelemahan yang I ada. I boleh tengok muka pelajar I tadi tersenyum dengan jawapan I. I dah rasa tak sedap hati.
"Sir nak tukar topik eh..Sir kalau senyum2 ni..mesti ade jmpe perempuan cantik tadi ni kan..ade nurse cun ke sir kat luar tadi?"
BIJAK. Sangat bijak. Membaca pemikiran I adalah sesuatu yang luar biasa lebih-lebih lagi apa yang difikirkan oleh I biasanya tidak mempengaruhi memek muka I. So I terpaksa hormat dengan cara pelajar I berfikir, tak sia-sia I mengajar dan memberi pengetahuan hidup kepadanya. Ternyata I pandai mengajar. Entah-entah semua pelajar I dah banyak belajar tentang kehidupan apabila bergurukan pendidik seperti I. I harap-harap macam tulah. Lagipun I ikhlas mengajar dan pengajaran I merangkumi keseluruhan aspek dalam kehidupan. I jawab soalan pelajar I tadi. I tak suka orang menunggu lama dengan jawapan.
"Sy tepakse bagitau awak..jawapan awak tadi menghampiri tepat..Ye..mmg sy tengah pikir tentang jururawat..tapi sy pelik la..kalau hal yg macam ni..awk bole plak teke hampir tepat..tapi kalau exam..jawapan asek salah..soalan pon awak tak faham..jawapan yg awak teka pon tak tepat langsung..berkaitan pon tak! Sy nak awak lepas kuar dari hospital..carik sy..buat semua kuiz awak balik..make sure awak blaja dlu! ok la..sy nak balik..tak bawak kunci rumah.."
I terus bangun dan betulkan kedut-kedut pada baju Melayu I. I tak pandang pun muka pelajar I. I tau dia terpinga-pinga kerana tiba-tiba ditengking begitu tanpa sebab.
" Terima kasih eh sir datang..Hari Isnin ni saya......."
Dia tak sempat habis cakap lagi I dah keluar dari pintu wad. I tak menoleh kebelakang pun semasa berjalan. Keseronokan jadi pendidik adalah apabila kita menguasai semua situasi. Walau apapun yang berlaku, cikgu adalah yang paling benar sekali dan apa yang dikatakan cikgu itu benar-benar belaka. Walaupun ayat I terang-terang menukar topik atau cover line. Tapi itulah tips menjadi pendidik, memanipulasikan pemikiran pelajar-pelajar adalah senjata paling penting. Barulah yang nakal boleh jadi baik, yang lem boleh jadi pantas berfikir, yang selekeh boleh jadi kemas, yang malas boleh jadi rajin, yang kafir boleh jadik yang soleh dan macam-macam perubahan yang lebih positif lagi. Selesai~
Rabu, 11 Ogos 2010
Siapa kata orang tampan tak pandai bertaubat?
Habis sahaja berbuka tadi, I terus menunaikan solat Maghrib. I termenung seketika, berkhayal tentang sempurnanya diri I semasa I masih muda dulu. Satu-satunya kejahatan yang I buat pun adalah lambat menghantar laporan amali kepada pensyarah I. Itu pun I dah rasa bersalah sangat dan tanda I betul-betul rasa bersalah, I memberinya hadiah kerana kesalahan sikap I. Beruntungkan dapat anak murid macam I? Itulah antara luahan-luahan hati pensyarah I yang kebanyakannya bersyukur apabila mendapat tahu I adalah salah satu pelajar mereka. Ada sekali I pernah mendengar konflik pensyarah-pensyarah yang tak sabar ingin membimbing I ke arah kejayaan. Kadang-kadang rasa kelakar juga bila teringat peristiwa zaman-zaman I masa belajar dulu. I senyum sendiri dan I tengok jam masih belum menunjukkan waktu I perlu ke masjid untuk solat terawih. Maka I bercadang nak terus berkhayal lagi.
Kali ini, I kembali ke zaman sekolah menengah I. Kebetulan semalam I baru menonton drama Lagenda Budak Setan yang telah dilakon layarkan di sekolah I. I bangga sangat bila melihat I masih menyimpan tali leher sekolah tersebut yang dipakai oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil. Tapi ini bukan blog tentang budak setan, ini merupakan blog seorang yang berpekerti mulia dan tinggi ilmu pengetahuannya. Buat apa cerita tentang Farid Kamil! Kalau ikut masa I di sekolah menengah dulu, kawan-kawan I menghasut supaya I tak jadi pengawas. Yela, masa tu I baru nak belajar berkawan dengan budak yang nakal, dan prinsip mereka mudah, pengawas adalah anjing sekolah dan kalau ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka, pantang larang yang perlu I patuhi ialah jangan menjadi pengawas. I rasa itu merupakan peraturan yang sangat mudah dan I tak rasa I akan melanggar peraturan kumpulan mereka. Sehinggalah masa pemilihan pengawas, I terpilih dan sebagai budak yang baru nak belajar jadi nakal, I menolak tawaran tersebut. Tapi desakan guru-guru lebih hebat tekanannya dan godaan dari perempuan-perempuan comel yang menjadi pengawas, I rasa I kena buat keputusan membelakangkan kawan-kawan I dan menjadi pengawas. Memang I rasa bersalah sangat tetapi I berjaya mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan I. Masa I jadi pengawas, I rasa seronok bila dapat pasangan perempuan yang comel-comel untuk memantau kawasan sekolah. Masa tula I selalu buat lawak sebab I tahu perempuan suka lelaki yang kelakar. Paling seronok masa I kena jaga padang sekolah dengan seorang perempuan comel yang namanya I rahsiakan.
"Tadi waktu rehat makan apa je"
I mulakan perbualan sebab I rasa lelaki sepatutnya memulakan dialog dulu. Lagipun bahasa tubuhnya memberi isyarat yang dia perlukan teman.
"Dah..dah makan..tadi makan banyak..makan nugget..daging burger ngn kopok lekor"
Dia jawab sambil memberikan senyuman yang paling manis pernah I tengok dalam sekolah waktu itu.
"Waaa..banyaknya yang awak makan..Tengah nak membesar eh?"
I buat reaksi muka yang kagum dan I cuba selitkan lawak-lawak double meaning mengharapkan dia faham lawak I itu. I mengharapkan jawapannya akan mengatakan dia ingin membesar. Sebab I dah sediakan soalan lain lagi supaya dialog jadi lebih nakal.
"Faqar dah semayang Isyak?!"
I terkejut. Kenapa pula waktu rehat macam ini soalan ni pulak yang ditanya. I tak rasa dia faham dengan lawak double meaning I tadi. Bosan betul kalau cuba ngorat pengawas. Lambat tangkap!
"Faqar dah semayang Isyak ke belum?!Tak g taraweh eh tadi?"
I buka mata dan gosok-gosok sikit mata I. I tengok jam dan jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Memang I dah terlepas pun solat tarawih.
"Tertido la umi..mimpi sekolah lama..."
I belum sempat habiskan kata-kata I, mak I dah tanak dengar dah.
"G semayang Isyak sekarang..Buat tarawih sendiri!"
I pasrah~
Khamis, 29 Julai 2010
I dah rasa hidup susah
Macam pagi tadi I memang pakai baju kerja dan ketampanan I terserlah bila memakai baju kemeja dan seluar cotton I. I pakai kasut kulit dan gaya I tula yang membuatkan ribuan mata di tempat kerja I tak jemu memandang penampilan I. Ramai yang inginkan kehidupan sempurna seperti ini, tapi peristiwa yang berlaku tadi menyebabkan I rasa seolah-olah dicabul. Macam hari-hari sebelum ini, memang I senyum dan melayan pandangan orang lain yang cuci mata melihat I, tapi hari ini seorang amoi berani membuat sesuatu yang baru. I boleh terima jika peminat-peminat I menggunakan mata sebagai cara untuk menjamah I tapi apa yang berlaku tadi dah keterlaluan. Bahu I bukan saja disentuh tapi digenggam dengan ghairah. I menangkis perbuatan itu kerana I klasifikasikan sebagai tindakan menyerang.
"Eh apa ni?!"
Amoi tu senyum dan menarik semula tangannya dan terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya. I terfikir juga mungkin dia rampas sesuatu dari I tadi atau ada kerengga pada bahu I dan dia cuba selamatkan I. Macam-macam boleh jadi bila perkara seperti itu berlaku depan ramai orang. Masa I pandang sekeliling, ramai juga orang yang memandang peristiwa itu, tetapi reaksi muka mereka seperti cemburu kepada amoi tersebut, tak menyokong I langsung walaupun I yang jadi mangsa keadaan.
"Sorry eh sir..I cuma teringin nak pegang.."
I tarik nafas panjang. I jadi serba salah dan bingung. Tak adil kalau I marah, sebab apa daya dia untuk melawan dugaan yang besar lalu dihadapan. I memang tak boleh nak salahkan dia dalam hal ini sebab I rasa dia betul-betul tak sengaja. I pejam mata, cuba letakkan diri I dalam dirinya, cepat-cepat I buka mata sebab kalau I, mungkin lebih teruk lagi. Mungkin bukan setakat bahu I gomol. Maka, I balas senyuman amoi tersebut walaupun dalam hati I ada rasa sedikit serba salah kerana orang lain hanya mampu memandang, tapi amoi ini pernah diberi peluang yang I rasa agak besar, iaitu mencuri pegang bahu I. Tindakan I membalas senyuman itu pun dah mengundang marah orang ramai kepada amoi tersebut walhal dia tidak bersalah.
"Lepas ni..kalau nak pegang..mintak izin la eh"
Amoi tersebut terus terduduk. I cuma berbisik sebelah telinganya dah boleh buat dia tak bermaya. I terus jalan masuk office I membiarkan ramai orang tertanya-tanya isi kandungan bisikan I yang boleh buat orang terus tak bermaya. I senyum, puas.
Sabtu, 24 Julai 2010
Majlis keramaian I..
Dua minggu sebelum hari pertunangan I, I busy sangat. Nak update blog pon I tak sempat. Penat sangat sebab I macam bekerja di Shah Alam setiap hari dan terpaksa berulang alik, tapi walaupun I penat, jangan samakan I dengan tak berstamina. I masih rasa I berstamina dan I boleh buktikan cuma I tak tahu dengan cara apa I boleh buktikan. Takpela, lupakan dengan cara I boleh buktikan, tapi apa yang berlaku dua minggu sebelum majlis I memang I anggap sebagai dugaan. I tempuh dengan sabar dan sangat tenang sehingga ketenangan I pernah ditegur oleh kawan-kawan I yang ingat I tak bernafas. I bernafas laa cuma nafas I tenang, langsung tak dengar bunyi. Itulah kelebihan berbanding lelaki lain. I pernah jumpa nafas lelaki yang tak menentu walaupun hanya melihat gadis cashier yang tak bertudung. I anggap lelaki macam tu bernafsu binatang, I fikir cara pernafasannya saja dah tak teratur, apa lagi..lupakanlah cerita I tu..I sambung cerita dugaan I balik. Kesibukan I sebenarnya mengundang pergaduhan I dengan Fairuz walaupun I dah cuba elakkan dengan mengalah. I letakkan ego I kebawah tapi tak berjaya membantu meredakan kemarahan Fairuz yang ingat I busy sebab melayan wanita lain. I dah cakap pada Fairuz yang I tak pernah terfikir untuk curang, melihat perempuan lain pun I tak pernah, inikan pula curang, memang tak sesuai dengan prinsip I.
Ok, I mengaku ramai perempuan yang SMS dengan I, tapi itu semua peminat I. Takkan I nak hampakan peminat-peminat I, I reply pun semua pendek-pendek menunjukkan I ada harga diri walaupun I meletakkan harga I pada kadar paling rendah supaya ramai yang cuba untuk berurusniaga. Tapi I tak pernah tergila-gilakan peminat I. Sehari sebelum I bertunang, I terpaksa off kan handphone I supaya I tak diganggu, kalau tidak, penat I nak layan semua yang tanya tentang pertunangan I. Fairuz baca juga inbox handphone I, dan dia mula meragui cinta I padanya. Yela, pertunangan pun bukan perkara main-main dan I faham kenapa dia rasa cemburu.
"Abang ni betul ke nak dengan sy..Ke abang nak main-mainkan sy?"
Persoalan macam tu betul-betul hilangkan konsentrasi I ketika memandu. I boleh lihat dari ekor mata I yang dia sedang memandang tepat pada I yang sangat fokus ketika memandu. Bukanlah I seorang yang sangat fokus cuma I tau dia bukan dalam mood yang baik selepas membaca inbox I, maka I ambil keputusan untuk memandang tepat ke jalan raya. Lebih hebat lagi, I tak pandang cermin sisi pun, maksudnya memang mata I pandang depan.
"Kenapa abang diam?Abang memang nak main-main....."
I letak jari telunjuk I menghampiri atas bibirnya sebagai isyarat tidak menyambung lagi apa yang ingin disampaikannya.
"Ssshhhhhh..."
I tambah bunyi yang merupakan isyarat bagi diam supaya situasi tersebut lebih tegang lagi. I dengan cekapnya dah berhentikan kereta tepi jalan, dan langsung tak menganggu lalu lintas Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk. Cuma I terlupa bagi signal sahaja, tapi I bercadang nak berhenti sekejap sahaja. Cara I yang memberhentikan percakapannya membuatkan dia terus memandang pada I. Disebabkan kereta pun dalam keadaan pegun, kali ini I balas pandangan matanya, dan I renung tepat ke mata hitamnya. Yang lebih menarik lagi I memang tak kerlip mata langsung, Fairuz yang terkelip sekejap. Kalau I buat pertandingan tenung mata tadi, mesti I menang. I alihkan tangan I dan mula menerangkan kepadanya apa perasaan I.
"Abang tak pernah ada perempuan lain selain dari Fairuz Adlidna yang abang sayang sepenuh hati ni..Dah lama sangat kita bsame dan abang tak pernah pikir ape2 psl orang lain..Sebab yang abg tau..dalam hati abg ada sayang sorang..dan orang ni yang abg akan jaga smpai mati.."
Ucapan dari I itu dijayakan dengan pandangan mata I yang tak berkelip langsung. Air mata I keluar sedikit, memberitahu keikhlasan hati I dan I rasa itu membantu. Dia beralih pandangan ke tempat lain, tarik nafas panjang dan minta I teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan itu, dia terus diam, I tak ganggu, sebab mungkin dia tengah berfikir atau berkhayal.
"Esok kite tunang, sayang la orang yang paling cantik dalam dunia"
Dia pandang I sambil senyum. Senyuman itu yang buat I tertarik padanya dulu, masa I muda-muda lagi. Kalau lah Cik Fairuz Adlidna baca post I ni..I nak u tau yang I SAYANG SANGAT PADA KAMU..KAHWIN LA CEPAT..TANAK KE!! :(
Selamat bertunang dengan I cik Fairuz, I doakan agar kita berbahagia dan berkekalan selamanya. Amiin
Rabu, 14 Julai 2010
Rasa Muda Semula
I teringin nak balik ke zaman muda I, masa I sekolah menengah, masa tu I dah mula nampak perubahan pada wanita dan mungkin itu merupakan faktor utama minat I terhadap wanita. Yela, melalui pemerhatian I sendiri, baru I tau anatomi lelaki dan perempuan berbeza. Mesti ada yang tak percaya dengan kenyataan I, tapi sebagai orang yang bercakap benar, I mengaku mengenali perempuan apabila I masuk ke sekolah menengah. Masa I sekolah rendah dulu, semua I anggap kawan, tapi bila I dah masuk ke sekolah menengah, I sedar yang perempuan dicipta untuk disayangi dan dicintai. Tapi kawan-kawan I ada prinsip yang lain, mereka berpendapat, memegang tangan wanita adalah satu kemenangan dan lebih-lebih lagi bila kita keluar berpegangan tangan dengan perempuan tersebut. Sebagai lelaki yang tidak pernah ketinggalan, I sendiri pernah pasang niat sebegitu. I sendiri tak tahu apa kelebihan dan keseronokan bila memegang tangan perempuan, tapi kalau ikut cerita dari kawan-kawan I, itu adalah syurga di dunia, begitu sekali gambaran mereka terhadap perilaku memegang tangan wanita.
Disebabkan I tak yakin pada diri, tiada perempuan mendekati I dan I tau cita-cita I takkan tercapai. Kawan-kawan I pula akan menghangatkan suasana dengan menceritakan pengalaman mereka membelai tangan teman wanita mereka. I cemburu, I mengaku I cemburu. I nak rasa pengalaman seperti itu dan I nak bercerita supaya orang lain denar cerita I, itu matlamat I. I cuba mencari kelemahan wanita supaya mereka boleh lemah dan masuk perangkap I. I tanak kasih sayang, harta benda atau apa-apa, I cuma nak pegang tangan je! Kadang-kadang I meracau dan berkelakuan liar mencari tangan wanita, I mula macam orang gila. Tapi penantian I tak lama...
Cikgu Azura merupakan cikgu praktikal dari Maktab Perguruan Raja Melewar. I berani bersumpah mukanya comel dan gaya cakapnya yang manja membuatkan semua pelajar senyap dan memberi perhatian seolah-olah dipukau masuk ke dalam dunianya. Cikgu Azura merupakan cikgu pendidikan seni dan kali ini I rasa I dah mula jatuh cinta. I berdebar-debar hanya dengan melihat dia bercakap dan kaki I yang jarang digoyangkan, kelihatan bergegar, membuktikan I dah tak senang duduk. I mula berangan yang jodoh I mungkin perempuan yang berumur sikit dari I. Kelas pertama I dengan dia, belajar melukis bawang. Pendidikan seni merupakan subjek I yang paling lemah tapi kelebihan I adalah I murid yang suka bertanya di dalam kelas. I angkat tangan dan terus mengaku I tak pandai melukis.
"Cikgu, saya tak pandai melukis mahupun menulis, cikgu tolong ajarkan boleh?"
I nekad tanya begitu, tapi I tak tahu adakah perbuatan I mendedahkan kelemahan sendiri akan membuatkan perempuan akan simpati atau sebenarnya memandang rendah pada I, I benar-benar tak tahu perasaan wanita. Arrggghh
"Ala..bagi cikgu tengok dulu cara kamu melukis, baru cikgu bole tengok kemahiran kamu dan betulkan apa yang patut"
I dah mula berdebar-debar, hati I berdegup kencang sangat. Suaranya betul-betul di sebelah telinga I, I dengar nafasnya dan bau wangian yang dipakainya. I keliru, dan yang paling I ingin tahu, inikah yang dipanggil orang dewasa sebagai cinta? Tapi I terfikir juga tentang perbezaan umur dan lebih-lebih lagi, dia orang yang I panggil cikgu!
"Cepat la lukis..ala..lukis bulat dulu sebagai asasnya, awak tambah siket rambut-rambut bawang tu.."
I macam tersentak semula. I mula melukis seperti yang disuruh. I cepat ikut arahan, I lukis bulat dan I lakarkan rambut-rambut yang kononnya akar bawang. Lukisan I mungkin boleh menimbulkan persepsi negatif pada pemikiran orang dewasa, tapi I tak berniat macam tu. Lukisan I menggambarkan suatu bahagian pada wanita, kalau belajar anatomi, takpela, I tak suka nak cerita panjang lebar.
"Isk awak ni dah lukis apa ni..Biar saya tolong awak.."
Huh! I terus pandang muka cikgu Azura kerana I sendiri tak percaya apa yang baru dibisikkannya. Ye, dia berbisik dan itu yang buat I rasa lebih berdebar-debar. Jantung I dah mula mengepam darah dengan kencang dan I sendiri tak tahu kemana arah darah itu patut pergi. Tangan lembut cikgu Azura tu merangkul tangan I dan pensil yang I pegang tadi dah mula tegak semula, bersedia untuk melukis. Dia goyang-goyangkan tangan I seperti membentuk satu tarian yang sangat klasik tetapi indah di atas kertas lukisan. I senyap, tahan nafas I tapi jantung I masih berdegup kencang. Mata-mata lelaki lain memandang penuh cemburu kejayaan I dan I sikit pun tak menoleh mereka. Apa yang I nampak adalah sepasang tangan yang menari penuh mesra di atas kertas lukisan, membayangkan kehidupan yang sangat bahagia ketika itu.
"Cantik tak lukisan kita.."
I terkejut. Baru tadi I dengan dia menari di atas kapal, sekarang dah ada dalam kelas balik.
"Lukisan kita cikgu?"
I senyum puas. Dihadapan I ada kertas lukisan dan atas kertas tersebut adalah bawang kami. I tak sedar yang dia dah bagi I harapan. I belajar melukis, datang setiap kelas, semuanya untuk dia dan bukan diri sendiri. Tapi I kehilangan dia, dia tamat praktikal dan tak menghubungi I langsung. I tak berharap lagi padanya lagipun perkara seperti itu boleh mengundang pergaduhan dengan girlfriend I, Fairuz. I biarkan dia pergi dan berharap dia akan bahagia. Alaa, I tak rasa rugi sebab apa-apa pun, memang I tak memegang tangan wanita, tapi I dipegang tangan wanita. So cerita I pada kawan-kawan I lebih hebat lagi.

