Jumaat, 21 Januari 2011

Kerana Percayakan Siti

Kekecewaan pun tak boleh buat I berduka. Itu kebenaran tentang I. I seorang yang yakin pada diri dan tak mudah perasan. Kalau ada yang kutuk-kutuk I puji diri sendiri dalam blog I ni pun I tak kisah, sebab I hanya berkongsi apa pandangan orang lain terhadap diri I. Kalau orang lain dipuji sama banyak seperti I terima pun, tentu sekali mereka lupa diri. Cuma hebatnya I kerana boleh mengawal hamburan pujian yang menggunung dengan riak yang minima. Tapi I sedar diri, walaupun muka I sangat tampan, tapi I masih ada parut jerawat. Badan I juga memang sasa dan kelihatan gagah, tapi tinggi I cuma 1.64 meter, suara I sangat merdu tapi gigi I tidak tersusun rapi. Apa yang peliknya, orang nampak kelebihan I berbanding kekurangan I. Bukan I yang minta persepsi seperti itu dari orang lain. Namun, walaupun I ada sedikit kelemahan, itu tak pernah jadi penghalang untuk memiliki Siti, impian I tahun 2011 ini.

Sekali pandang Siti pun tentu ramai yang terpikat melainkan orang yang tidak mudah bersyukur dengan apa yang ada. Lelaki miang macam I memang pentingkan paras rupa sebelum membuat pilihan. Sebab hanya luaran yang dah boleh buat I terpikat, prestasi dan kenikmatan hanya boleh dirasai jika kita memilikinya. I yakin ramai lelaki yang mahukan kepuasan dan keinginan seperti I, melainkan mereka tidak bernafsu buas. I dah tanya pendapat kawan-kawan I tentang Siti dan ramai yang bersetuju dengan pilihan I. Ada juga yang menyatakan keinginan mereka terhadap Siti tapi I kena anggap ini sebagai ujian. Yang pasti I nekad untuk memilikinya tahun ini juga. Siapa tanak jika sesuatu kejadian itu diciptakan sempurna.

Walabagaimanapun, kebenarannya adalah, I dah merisik Siti awal tahun 2011 ini dan terus terang I cakap, I sudah beberapa minggu memilikinya. Cuma kali ini I merendah diri dan cuba untuk tidak memberitahu sesiapa. Biarlah sebelum ini semua dijadikan rahsia kerana I sendiri terikat dengan janji yang I dah beri. Lagi 9 tahun I akan betul-betul memiliki Siti dan I harap Siti dapat setia dengan I. I lap u Siti....

Selasa, 11 Januari 2011

Anda ada 60 saat

Semenjak tahun 2011, ini kali pertama I buka semula akaun blog I. Tahun 2011 ini nampaknya banyak perkara yang perlu diselesaikan dan itu membuatkan I kesuntukan masa. Bukan sahaja tiada masa untuk berhibur, kadang-kadang I tiada masa untuk tidur. Padat sangat jadual I. Bercerita tentang padatnya jadual I, I sempat juga menjadi peserta jemputan khas untuk rancangan Astro "Anda ada 60 saat". Tapi I tak bawa pulang duit. Bukan pula bererti I tak menang, cuma I sedekahkan duit-duit I itu kepada mangsa-mangsa banjir. Orang yang berkulit gelap tapi hati suci macam I, selalu berbuat demikian untuk menunjukkan tiada langsung perasaan haloba dalam diri. Macam kawan-kawan I cakap, I penuh dengan sifat-sifat mahmudah.

Hari Selasa lepas, I dipaksa hadir untuk show itu dan sebelum ini, dah banyak kali I menolak, cuma godaan dari pihak penerbit membuatkan I ambil keputusan untuk hadir juga ke rancangan Astro itu. I hadir dengan memakai jeans ketat I dan baju ketat I. Kalau muncul di khalayak ramai, I selesa memakai pakaian ketat supaya orang ramai dapat melihat bentuk badan I yang diidamkan kebanyakan lelaki. Nasib I pendek sahaja, kalau tak tentu majalah-majalah di Malaysia penuh dengan gambar-gambar setiap kali keluaran mereka. Dipendekkan cerita, dalam rancangan itu, I dah berjaya melepasi kebanyakan halangan dan I lihat Nabil (pengacara anda ada 60 saat) dah mula resah bila lihat kehebatan I. Mana taknya, bukan setakat I dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dalam masa 60 saat, I mendapat tepukan yang gemuruh dan gegak gempita jeritan wanita setiap kali I melakukan aksi-aksi yang diminta. Nabil tentu cemburu. Dia hanya dapat perhatian Irma dan kekasih comolotnya sahaja, tapi I dapat perhatian sokongan padu dari ratusan wanita.

"Waahh..hebat sungguh peserta kita kali ini..Kalau ramai peserta sehebat zulfaqar..rancangan ini juga boleh diubah kepada anda ada 10 saat.."

Eleehh...ayat bodek. Macamlah I tak tau niat dengki beliau. I cuma ukir senyuman yang tak ikhlas sambil berpaling dari beliau.

"Tapi masih terlalu awal utk anda gembira zulfaqar..halangan kali ini sangat-sangat susah dan belom ade orang yang berani cuba untuk buat..dan cabarannya zulfaqar..anda ada 60 saat untuk melakukannya..."

Dahi I berkerut. I suka buat muka serius supaya penonton-penonton di rumah juga dapat merasakan cabaran itu sendiri. Penonton di studio tak perlu kata apa-apalah, Nabil belum ceritakan apa yang perlu I buat, mereka dah menggigit jari.

"Cabarannya adalah mengorat 6 artis wanita yang cantik2 ini dan setiap artis yang berdebar-debar apabila digoda zulfaqar, maka dikira lulus. Anda akan berjaya jika keenam-enam artis ini berdebar dan berdegup deras jantungnya selepas digoda..."

I tengok muka Juliana Evans, Fazura, Maya Karin, Lisa Surihani, Tizz Zakiah dan Nora Danish kelihatan tenang sangat. Tak nampak pula I bayangan mereka akan tegoda dengan pujuk rayu I. Kusut pula I memikirkan I hanya ada 60 saat.

"Anda sudah bersedia zulfaqar...kalau anda sudah bersedia..anda ada 60 saat untuk menunjukkan bakat kamu..lagipun kamu kan bekas kekasih nasha aziz..mustahil kalau tak berjaya memikat gadis-gadis ini.."

Sakit hati pula bila diperli oleh Nabil Rajal Lawak. Rasa macam terlalu diperlekehkan pula.

"Saya sudah bersedia Nabil.."

"Anda ada 60 saat zulfaqar..Kita mulakan dari sekarang!"

I tenung muka-muka artis tersebut. Tiada apa-apa perubahan. I cuba bisik I love u pada telinga mereka, masih tenang dan tiada perubahan. I pula yang kelamkabut jadinya. Masa tinggal lagi 30 saat dan I terpaksa guna senjata rahsia I. Dengan dramatiknya, I keluarkan senjata I yang memang disimpan di dalam seluar. I acukan kepada setiap artis-artis tersebut, terkejut mereka I berani berbuat demikian di khalayak ramai. Tapi hasilnya, keenam-enam mereka bukan setakat berdegup pantas jantungnya, ada yang berdarah hidung dan sebagainya. Tapi disebabkan aksi berani I, episod yang melibatkan I tidak akan ditayangkan tapi kalau ditanya tentang I dekat Astro, mereka akan panggil I...LAGENDA~

Selasa, 28 Disember 2010

Igauan wanita

Jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang namun orang yang I tunggu-tunggu belum sampai lagi. I paling tak suka menunggu sebab I sedar yang I panas baran dan cepat hilang sabar. Sebenarnya ada perempuan yang ajak I jumpa sebab dia dah penat chatting, bbm dengan I. Lagipun dia dah mula rasa tak puas bila I cuma bagi gambar sahaja, dia nak tengok sendiri ketampanan I dan merasa sendiri kegagahan I yang masih boleh dilihat biarpun secara zahir. Maka pertemuan ini dirancang oleh perempuan itu sendiri, dan terus terang I tak excited langsung pun. I dah biasa sangat bersosial dan bermula dari semalam, pertemuan sosial ini adalah yang kelima yang I cuba. Maklumlah, I sangat cerewet dalam memilih pasangan.

Tiba-tiba mata I ditutup dari belakang.

"Cuba teka siapa ni?"

Ada suara yang bertanya dan kelebihan I pula berfikir dengan pantas. I terus jawab.

"Si bodoh!"

I ketawa dengan jawapan I dan tangan yang ditekapkan ke muka I dilepaskan. Rupanya perempuan yang I tunggu tadi yang cuba buat I terkejut dan lebih kelakar lagi apabila dia turut tergelak bila I panggil dia si bodoh. Melihat dia tergelak, hilaian I terhenti, terkejut dengan reaksi gadis di hadapan I yang turut sama tergelak bila I panggil dia "si bodoh". Unik betul I rasa.

"Lambat sampai?Zuhur 8 rakaat ke?"

"U ni kelakar laa..ade ke zuhur 8 rakaat...tadela..I datang sebelum zuhur tadi..tapi sebab I asyik sangat tengok u dari jauh..Sampai I terlupa nak sembahyang.."

I geleng kepala dengan rendahnya tahap gadis ini menilai sesuatu lawak. I tak bergurau pun bila tanya pasal zuhur 8 rakaat itu, sebab I nak perli dia, tapi dia anggap pernyataan itu sebagai humor. I tak boleh nak kata apa-apa. I perasan ada perempuan lain yang ikut bersamanya. Mesti kes bawa kawan ikut pergi blind date. Leceh betul perempuan yang takut sangat berjumpa dengan I. Memanglah I gatal, tapi silap-silap dengan kawan-kawan yang dibawa sekali itu yang I goda. Yela, boleh menggoda dari pandangan mata, itu kan kelebihan I.

"Siapa perempuan yang betul2 ade kat blakng u tu?Org tua2 ckp..kalau keluar berdua..pihak ketiga tu syaitan..boleh I tanye sape nama syaitan itu.."

Mereka tergelak. Rendah betul tahap humor perempuan zaman sekarang. I bergurau kasar pun mereka masih nak tergelak lagi. Ketawa sampai menitiskan air mata pula tu, bersungguh-sungguh betul.

"oohh..Ini kawan I..dia suka sangat dekat u..so dia cakap nak ikut sebab nak berkawan dengan u gak..die baru lepas kene tinggal ngn balak mat rempit die..name dia Tina.."

"Hai Tina..sori pasal panggil u syaitan tadi..orang sexy macam u tak sesuai langsung jadik syaitan..patutnye panggil u swimmer.......neway..name saya Faqar.."

I hulur tangan. Sengaja I labelkan sebagai swimmer, sebab I tengok pakaian dah macam bikini. Tina ambil tangan I dengan rakus dan cium tangan I. I tak cair langsung. Sumpah tak cair.

"Sebab u berdua ni dah ajak I kuar..dan memang nampak sangat tergila-gila dekat I..apa kata I sebagai lelaki budiman ni..tunaikan ape saje hajat korang..."

I senyum menggoda sambil menawarkan khidmat I. Mereka berbincang antara satu sama lain dan I dapat lihat seperti mereka sudah mempunyai kata putus apabila mereka tersenyum semula.

"So boleh saya tau hajat gadis2 zaman sekarang supaya I boleh tunaikan.."

"Kitorang nak kek yang bersalut coklat!"

Bersemangat betul mereka. I cuma senyum dan angguk sahaja. I bingkas bangun dan bahasa tubuh I itu memberi jawapan kepada gadis-gadis itu yang I sanggup tunaikan permintaan mereka. Masa I bangun I dapat dengar Tina berbisik kepada kawannya yang I ni romantik. Dah muak pula I makan pujian sejak akhir-akhir ini.

Selepas 10 minit, I kembali dengan piring dan kek yang bersalut coklat. Tanpa membaca doa makan, mereka terus makan dengan kelahapnya dan I sendiri tengok mereka dalam keadaan dahi berkerut dan terkejut. Mereka juga macam tidak mengunyah langsung, terus telan. I rasa mereka tercekik sebab dalam keadaan mulut yang penuh itu, I dapat lihat air mata keluar dari mata mereka.

"Sedap la sayang kek ni..u beli kat mane?secret eh?ke kings?mcm tak pernah rasa..tapi sedap sangat..u beli kat mane sayang..."

Plastik! I baru bagi nafkah berbentuk makanan dah mula panggil I sayang pula. Dah la datang jumpa I bawa kawan. Takut I apa-apakan sangat ke? Tapi persoalan yang mereka tanya tadi memang I tak sabar sangat nak jawab. I nak ajar sikit minah-minah yang berlagak kaya sangat dalam Malaysia ini. Bahasa Melayu pun ada style kononnya. Puh-Lease....

"Sayang..Apa nama kek ni..Best sangat la kek yang bersalut coklat ni sayang..."

"Appppoollloooo...I beli 30 sen je.."

Dalam kegedikan itu juga mereka terdiam. Biar mereka rasa perasaan kalau dapat boyfriend kedekut. Malas I nak habiskan duit banyak-banyak. Susah kalau perempuan yang suka makan tempat mahal-mahal dan eksklusif ini, walhal makan Apollo pun mereka dah rasa sedap. Mungkin malu agaknya kalau pakai BMW tapi makan kek 30sen, Wallahualam.

Isnin, 20 Disember 2010

Percutian yang dirancang

Hari ini I memohon cuti setelah kali terakhir I ambil cuti kira-kira tiga bulan yang lalu. Itu pun I ambil cuti sakit. Ini cuti tahunan dan I sebenarnya suka bila lihat cuti tahunan I banyak. Cuma keluarga I bercadang nak pergi bercuti dan tak salah rasanya I yang kuat bekerja ni mengambil peluang untuk tidak memikirkan kerja, lari dari ribuan teman wanita I dan menghirup udara selain udara di Seremban. I dah muak. Bau sama sahaja atau lebih senang I katakan, bau Seremban berpunca dari bau badan I. Wangi sangat. Bandar Seremban ini I perasan, perlu ada I, baru boleh wangi. Ramai penduduk yang sedar punca bau wangi dan kemeriahan bandar Seremban adalah berpunca dari I. Tapi mereka cuma sedar sahaja kelebihan I itu, tapi tak mahu beritahu. Takut sangat I kembang bila dipuji. Mereka tak tahu yang I dah biasa kena puji agaknya.


Maka cuti I telah diluluskan dan persiapan secara jujurnya belum dibuat lagi. I malas betul nak berkemas. Patutnya lelaki seusia I dah beristeri, dan boleh duduk rehat tengok isteri mengemas. Malangnya I jenis lelaki fussy dalam memilih pasangan. Lagipun siapa wanita yang mampu bertahan kalau inbox handphone I dah macam bank wanita. Macam-macam nama wanita ada. Tapi i tak balas pun, cuma I faham wanita kuat cemburu, kalau ada nama lain dalam inbox pun mereka dah melenting. Terus terang tu bukan salah I, muka tampan dan berkeyakinan pula adalah ciri-ciri lelaki idaman setiap orang. I anggap I mangsa keadaan. Itu sahaja.

I baring sambil memikirkan baju apa yang I nak sarungkan tatkala I mandi di pulau impian ini. Kalau ramai wanita yang mandi manda, tak salah rasanya kalau I mandi tanpa baju. Sesekali beri peluang wanita menjamah badan I. I akur sahaja dengan keinginan mereka. Tapi I fikirkan kalau I mandi di kawasan yang banyak lelaki atau ramai pelajar-pelajar sekolah. I rasa nak pakai baju tebal, kalau boleh baju hujan yang takde shape. Biar mereka tak sempat nak cuci mata pun. I tak mahu jadi seperti Azwan Ismail yang mengaku gay di youtube. Agak menggelikan bagi I. Kepada sesiapa yang tak tahu siapa Azwan Ismail, boleh buka website seksualitimerdeka.org. Memang pelik betul I bila ada kumpulan manusia yang rasa diri mereka ditakdirkan menjadi homoseksual. Lebih memburukkan keadaan, golongan homo ini menyalahkan orang yang normal (heteroseksual) tidak memahami mereka. Mereka perlu beriman kepada Al-Quran untuk memahami yang menjadi homoseksual adalah satu pilihan, bukan ketentuan seperti yang dicanangkan kumpulan yang menjelikkan itu. Kalau macam itu, I bolehlah cakap I ditakdirkan menjadi buaya di mata wanita, walhal perkara sebenar, I berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadi lelaki kegilaan ramai. I yang pilih menjadi buaya. Tak salahkan.

Esok hari Rabu dan I buat persediaan percutian I dan terus terang, I dah lama sangat tak bercuti. Percutian I yang terakhir di Cherating membuatkan I jadi serik untuk melakukannya lagi. Masa I nak tenangkan diri melayan perasaan I, ramai pula yang sibuk curi-curi gambar I, sentuh-sentuh I. Itu belum I petik gitar lagi. Pernah sekali, wanita yang sedang bermain bola tampar pantai pun, pernah tertampar kawan sendiri, kerana tidak melihat bola, sebaliknya kusyuk melihat I. I anggap percutian boleh jadi menakutkan jika I tak sorokkan identiti I. I ada kerja. Balik dari percutian I, I akan ceritakan pengalaman I dengan penuh riak dan takbur.

Sabtu, 11 Disember 2010

Hikayat Putera yang Sempurna

"Diciptakan seorang insan~
Lembut hati bak~ redup pandangan
Pabila berkata~
Seluruh alam menyaksikan kesyah~duan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan!!!"


Berkumandang suara I memenuhi setiap kekosongan yang sunyi dalam mahligai I. Walaupun I menyanyi dalam bilik air, tapi kemerduan suara I itu dapat dihayati setiap makhluk yang berada tidak jauh dari 800meter. Begitu hebat dan merdu suara I sehinggakan jika I sambung menyanyi di luar mahligai I, sekawan burung turut bersama-sama menyanyikan lagu yang I nyanyi. Pokok-pokok juga semakin membesar dan bunga akan menjadi semakin mekar. Tak ubah seperti dalam cerita-cerita fantasi yang kita dengar. Kemerduan suara I tiada tolok bandingannya dan lagu nirmala dari Siti Nurhaliza merupakan lagu wajib I ketika berada dalam bilik air kerana lirik lagu tersebut dekat sangat dengan diri I. Cuba hayati qasidah lagu tersebut, cukup jelas menceritakan tentang diri I.

I keluar dari bilik mandi tanpa dibaluti apa-apa pun. Maklumlah, bila tinggal seorang diri, aurat pun terdedah sana sini. I duduk di bawah kipas untuk mengeringkan badan. Ketika proses pengeringan badan ini, I takdelah duduk di hadapan cermin. Betul-betul tak tahu malu jika I buat begitu, tapi I bangga dengan diri sendiri. Kelihatan sangat sempurna sebenarnya. Walaupun I kelihatan sempurna dan I sendiri pun rasa begitu, I ada kelemahan. Setiap kali I pegang sesuatu benda, benda tersebut mesti cair. I pegang pensil pun jadi cair, I cuba pegang meja pun boleh jadi cair, dan kalau I pegang wanita. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Wanita boleh cair dan kalau I pegang hati wanita, mereka boleh jadi milik I selama-lamanya. Alhamdulillah I tak cair bila pegang anggota badan sendiri, kalau tak susah pula nak keras. Sebab tula I tak guna tuala untuk keringkan badan, tuala pun boleh jadi cair jika I pegang.

Maka dah banyaklah wanita cair dengan kehebatan I. I pun tatau sihir apa yang I gunakan sehingga I boleh mencairkan setiap objek dan juga wanita. Maka I buat pengumuman kecil-kecilan, siapa wanita yang boleh bagi objek atau bahan yang I pegang tak cair, dia dapat mengahwini I. Berduyun-duyun wanita dari pelbagai saiz dan kecantikan datang untuk memberikan bahan-bahan yang mereka rasa bila I pegang tak jadi cair, I jadi rambang mata sekejap. Ada juga yang bodoh bawakan air bagi I pegang. I tak sentuh langsung air yang diberikan. cuma I tanya dia balik samada dia mempunyai asas dalam subjek kimia atau pun tidak. Dia terus lari dan menangis, menjerit kuat-kuat mengaku kebodohan sendiri. I tak mampu nak komen apa-apa. Datang seorang wanita ini dengan harapan boleh tarik perhatian I. Dah la datang rumah I pakai bikini, beri I baju dalam untuk I pegang. I pun terpaksa menjawab.

"Cik adik yang manis dan sexy, patik nak cari bahan yang patik pegang tak cair, bukan cari bahan yang patik pegang, makin keras"

I tenung dia tajam. I dah mula give up dengan wanita-wanita ini tetapi ada seorang wanita yang I rasa membawa bahan yang lain dari yang lain. Kecil molek sahaja orangnya, dan dia memakai cermin mata. Dia beri I bahan itu untuk I pegang dan ajaibnya, bahan itu tidak cair langsung. Dia beri arahan untuk memasukkan ke dalam mulut. I ikut dan ajaib lagi sekali bila bahan itu mula cair di dalam mulut I. I terus menyanyi...

"Coklat susu m&m~
Cair di mulut~
Tidak di tangan~~"

Rabu, 8 Disember 2010

Wanita sering diutamakan

Awal muharram lepas, tahun baru bagi semua muslim dan I sebagai salah seorang dari muslim yang istiqamah juga berazam membuka buku baru bagi tahun ini. Dan kawan-kawan I, dari dulu lagi, setiap kali tahun baru, malam sebelum itu perlu diadakan futsal kerana setiap kali tahun baru, seluruh rakyat Malaysia akan mendapat cuti umum, dan kami gunakan sebaik-baiknya untuk beriadah dan mengeluarkan peluh. Lagipun futsal bukan sahaja bagus untuk kesihatan dan ketahanan stamina, malah boleh mengeratkan silaturrahim. Tidak kiralah apa jua sukan yang diceburi, bagi I semua sukan memberi impak yang baik dan sihat. Kalau ikutkan hati I, I teringin nak sukan renang menjadikan budaya bertukar pakaian dengan pihak lawan selepas habis perlawanan. Tapi biarlah renang berirama, gadis-gadis genit itu yang membangkitkan semangat kesukanan, kalau Danial Bego yang bertukar-tukar pakaian, I rela pengsan dari melihat entiti itu.

Maka perlawanan futsal malam itu telah diaturkan oleh kawan I di Kajang dan secara jujurnya, I terasa impak kenaikan minyak. I bukan kedekut sangat cuma bila datang semata-mata untuk bermain futsal dan terus balik, I terasa macam membazir sangat pula untuk ke Kajang dari Seremban dengan menaiki kereta. Lagi sekali I cakap, I bukan kedekut, sebab kalau ikut kemampuan I, I bole isi minyak dan memandu hingga ke Jepun. Begitulah gambaran kemewahan I. Cuma I terasa tanak memandu kereta ke Kajang, itu sahaja, maka I bercadang nak ke sana menaiki komuter. Komuter, definisi I adalah keretapi yang kononnya laju tetapi mengambil masa yang lama ke Kuala Lumpur.

Malam itu selepas membaca doa awal tahun, I bertolak ke stesen komuter. Riuh lagi suasana di stesen tersebut dan I tak rasa sunyi sangat walaupun I berseorangan. I beli tiket ke Serdang sebab kawan I yang akan datang ambil I dari sana. Nasib I baik, ada tren yang belum bergerak lagi dan I terus menuju masuk ke dalam tren tersebut. I ambil port di tepi pintu sebab kononnya senang nak keluar nanti. I lihat ramai wanita dalam tren tersebut. Itu yang buat I rasa I buat pilihan yang betul untuk memilih komuter berbanding kereta untuk ke Kajang. I senyum sorang. Dan perkara biasa yang berlaku pada I berlaku lagi. Semua wanita dalam tren tersebut memandang I, ada yang senyum, ada yang senyum juga, tapi nampak gigi. Ada juga yang pandang serong. Pandang serong maksudnya pandangan dari arah tepi, seolah-olah menjeling, tapi badan tak berpaling. I balas semua senyuman mereka.

I keluarkan telefon mudah alih I sebab I berjanji nak beritahu orang baru dalam hidup I jika I dah sampai ke tren atau tidak. I buat-buat busy dengan telefon bimbit I dan masih banyak mata memandang I. Sekarang baru I tahu kenapa perempuan rasa tak selesa bila dipandang lelaki-lelaki gatal. Walaupun I dah biasa dengan keadaan seperti itu, I sebenarnya tak suka bila wanita-wanita itu mencuci mata melihat I. Rasa I dipergunakan untuk kepuasan mereka pula. I makin geram, I tengok setiap seorang muka wanita di dalam tren itu dan salah seorang dari mereka menunjuk respon. Dia menunding jarinya ke arah satu notis pada dinding tren tersebut. Mata I pula seakan-akan dipukau mengikut arah yang ditunjukkan wanita tersebut. I baca dalam hati.

KOC WANITA - UNTUK WANITA SAHAJA

Em..Pelik kenapa perempuan rasa dipergunakan sebab pada I, lelaki tidak pernah rasa diutamakan......

Ahad, 5 Disember 2010

Lagenda berakhir

Telefon baru dan canggih yang I beli memang jarang berbunyi sehingga I terasa seperti membeli telefon baru yang rosak. Sejak minggu lepas, I dah jarang guna telefon mudah alih I yang baru I beli itu. Bagi I tiada kepentingan. Paras rupa I juga berubah. Dari seorang lelaki tampan yang menampilkan personaliti yang kemas dan menarik, I kini seorang lelaki yang hampir kepada kekusutan dan selekeh. Banyak peristiwa yang berlaku pada I dan I sendiri tak pasti kesan dari solat istikharah I atau pun kebetulan. Yang pasti I memang ada melakukan solat sunat istikharah itu dan matlamat I untuk melakukannya sebulan, cuma ada ketika yang I tertidur terus atau I terasa malas, maka ada lubang-lubang dalam matlamat I untuk lengkapkan sebulan. Namun banyak yang berlaku dan I harap dapat tempuhinya dengan tabah walaupun I tahu jalan yang I pilih itu banyak dugaannya.

Dulu masa-masa awal penulisan blog I, I pernah menulis tentang lagenda budak setan atau kasyah yang kononnya pencinta agung. Dalam post I tersebut, I tak percaya dengan kisah tersebut dan nyata, bagi kehidupan zaman sekarang, pencinta agung tidak akan wujud lagi melainkan mereka yang betul-betul kuat imannya. Dulu I seorang pencinta agung juga, maksud pencinta agung bagi I adalah seseorang yang setia kepada pasangannya dan bercinta sepenuh hati dan perasaannya. Tidak kira apa yang berlaku, dia akan mengalah, tak kira apa yang diminta dia rela berkorban dan tidak kira apa yang diimpikan pasangan mereka, dia penuhi. Tapi I tak kuat untuk berkomitmen seperti itu, lagipun I tiada langsung ciri-ciri idaman wanita. Harapkan paras rupa sahaja yang menarik, tapi I seorang yang kuat cemburu, gemar menghabiskan duit dan juga digilai ramai perempuan. Sengaja I masukkan cerita I digilai ramai perempuan supaya sedikit sebanyak boleh menambahkan keyakinan diri pada I.

Tidur yang lena juga sudah tiada dalam setiap malam I. I terpaksa gunakan intimate supaya boleh tidur lena walaupun dalam kebasahan. Jangan salah faham maksud I tentang kebasahan, orang yang berotak kuning dan kotor tentu berfikiran yang bukan-bukan. Maksud I tidur dalam keadaan berpeluh. I cepat berpeluh tapi I pun tak tahu mengapa, I tak pandai nak kaitkan dengan pertambahan berat badan I yang jelas, maka pertambahan berat badan bukanlah punca I cepat berpeluh. Tapi I kena lebih kuat, mungkin Allah menguji I atau sebenarnya akan memberi kebahagiaan kepada ex I. I mungkin bukan orang yang terbaik untuk dia dan I doakan dia bertemu dengan orang yang baik-baik dan boleh menjaganya. I juga yakin dengan pengalamannya dengan I, dia mesti lebih berhati-hati dan menyayangi orang sepenuh hatinya. I harap sangat dia bahagia.

Dan untuk I. Dah ramai perempuan hubungi I. Ada yang cuba dapatkan hati I semula, ada yang sanggup bagi segala-galanya untuk rebut I dan letak di hati mereka, ada juga yang terpaksa gunakan bomoh untuk mencuri hati I. Dalam masa yang singkat ini, I dikejar ramai perempuan namun itu bukan cara I. Seperti yang sebelum ini pun, I akan cuba mendapatkan seseorang dengan usaha I sendiri, bukan dengan cara memilih perempuan-perempuan yang memang sudah jelas tergilakan I. I buka bahagian contact dalam telefon I. Satu-satu nombor I lihat dan I mampu tersenyum semula. I berjanji akan cuba dapatkan hati perempuan ini. Dan bila I dah dapat, I hanya cuma boleh berdoa agar hubungan itu dikekalkan. Kalau ada yang kata I bertindak terlalu cepat, I hanya tidak mahu kesilapan I dahulu, terlalu lambat. Dan kalau ada orang yang kata I bertindak melulu, I cuma boleh cakap, I cuma merancang, tapi Dia yang menentukan. Dan terus terang, I pernah rasa keputusan dari Dia sebagai ujian kepada diri I. Memang sangat sakit cuma mungkin I perlu memperbaiki diri tapi I harapan utama I sekarang adalah menikmati hidup bahagia di dunia selain diterima disisi Nya. Amin