Rabu, 23 Mac 2011

Selamat Hari Kejadian

Kalau tengok jam, masih 23 Mac lagi. Hari ini masih lagi hari Rabu, cuma langit di luar sudah gelap. Kepada calon-calon SPM tahun 2010, selamat mendapat keputusan impian masing-masing. Menyentuh tentang peperiksaan SPM, I merupakan calon SPM bagi sesi 2002. Sudah lama rasanya I meninggalkan bangku sekolah. Tapi kawan-kawan I masih segar berada dalam ingatan I. Kisah suka dan duka yang dilalui bersama, semuanya menjadi memori yang terindah bagi I. Apa tidaknya, pelbagai aktiviti nakal I, tak pernah I lakukan seorang diri, tentu ada saja kawan yang jadi peneman I.

Tapi apa yang pentingnya pada hari ini adalah hari kejadian kawan I. Sudah genap sedekad I mengenali beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah Zakuan Azizi bin Shamsul Harumain. Berkongsi minat yang sama dengan I, I boleh anggap beliau sebagai teman rapat I. Pelbagai pengalaman lucu yang kami kongsi bersama dan pernah juga bertikam lidah. Maksud bertikam lidah juga adalah perselisihan faham bagi sesiapa yang tidak tahu maksudnya, kerana I khuatir ada yang salah faham dengan kenyataan I. Bermula dari tingkatan empat, maktab rendah sains mara Jasin merupakan tempat pertemuan I dan dia dimana kami tidak serapat mana, cuma mengangkat kening atau menggoyang pinggul sahaja jika bertembung.

Matrikulasi UIA merupakan tempat kami mula-mula rapat. Ditempatkan sebilik, disitulah bermulanya perkongsian hobi dan masalah yang membuatkan I lebih rapat lagi. Minat bermain alat muzik, futsal dan lain-lain lagi, kebanyakan masa terluang kami diisi bersama. Buat pengetahuan saudara Zakuan, aku makin geli plak susun ayat poyo2 untuk ko...haha

Aku tanak wish pkai facebook..tanak pakai SMS...tanak pkai email...aku nk wish ko pkai blog aku ni..wpon aku tau ko jarang online..tapi aku nk tgk kalau ko online..ko baca tak blog aku..kalau tak baca..jgn harap aku hanta jahit baju nk jadik pengapit ko gile! Selamat hari kejadian bro!! gua sayang lu ketat2..wahahaha

Rabu, 16 Mac 2011

Hikayat Merong Mahasuasa

Hamba pun berdukalah sepurnama lamanya setelah mendengar khabar mangkatnya saudara hamba sendiri, raja yang gah di Langkasuka, maut angkara Geruda. Merong Mahawangsa telah hamba anggap seperti adik hamba sedangkan boleh dibilang jari perjumpaan hamba dan Mahawangsa. Perkhabaran bahawa Langkasuka tiada beraja membuatkan huru hara, semenanjung emas hilang ketua, tiada gantinya, tiada yang sehebat Merong Mahawangsa untuk dijadikan pengganti takhta. Maka pencarian raja itu dilakukan secara besar-besaran, mencari ahli keluarga terdekat Merong Mahawangsa, yang dianggapnya dewa sekalian jelata. Kesum, pendeta yang memberikan firasat ada seorang jejaka, tampan, hebat menunggang kuda dan gemar bermain futsal boleh menggantikan kehilangan raja Langkasuka yang gegak gempita, haru biru dek kehilangan raja kesayangan. Menurut Kesum, jejaka tersebut merupakan jejaka masa hadapan dan dilahirkan pada tahun 1985, umat akhir zaman.

Perutusan mencari hamba oleh Kesum akhirnya berjaya kerana hamba duduk di Seremban, 320 batu sahaja jauhnya dari Langkasuka. Hidup bertemankan wanita-wanita yang dijadikan pelayan, hamba dikatakan sepertalian darah dengan Merong Mahawangsa. Perutusan Kesum sampai ke rumah hamba, ingin menjadikan hamba sebagai Raja sebelum membesarnya anak Merong Mahawangsa yang sudah berada di kandungan Embok. Hamba bersetuju tetapi bersyarat. Perutusan dari Kesum sangatlah gembira sehingga mereka menyanyi lagu kebangsaan Langkasuka di hadapan hamba. Maka berangkatlah hamba ke Langkasuka, gabungan dua kampung yang pernah dahulunya berpecah belah. Pemergian hamba meninggalkan Seremban menerbitkan rasa sedih gundik dan pelayan wanita hamba di Seremban. Akan tetapi, hamba telah meninggalkan kucup dan rasa rindu hamba dengan potret yang diukis (ukir+lukis) menggunakan batu, kayu dan pelbagai lagi. Berebut-rebutlah mereka menyimpan potret hamba.

Tiada singgah berehat, Langkasuka sudahpun berada di depan mata. Sekalian jelata menunggu waris terdekat Mahawangsa dan jamuan besar-besaran diadakan bagi menyambut perlantikan hamba menjadi Raja semenanjung emas. Waktu gelap itu jugalah hamba memberitahu Embok yang hamba ingin memperisterikannya kerana sudah menjadi lumrah, menjadi Raja, wajib ada permaisurinya. Namun cinta Embok pada Mahawangsa amatlah dalam sehingga beliau menolak untuk hidup bersama dan menggantikan Tompok, adiknya yang masih dara. Terlepas jugalah peluang hamba untuk beristerikan Embok kerana hamba ingin juga merasa kelazatan yang digambarkan Kamawas dan Merong Mahawangsa. Tidak kurang hebatnyanya, Tompok pula seorang gadis yang lemah lembut dan digambarkan seperti Juliana Evans mirip mukanya. Maka, perkahwinan hamba dan Tompok diadakan besar-besaran dan diadakan jamuan sehingga dua kali kenyang setiap jelata. Adapun pelik dengan namanya Tompok, malam pertama telah menjawab persoalan yang bermain di kepala hamba. Dinamakan Tompok kerana terdapat kesan comot di tempat keluarnya kencing, namun kelazatan Tompok lebih hebat dari Gardenia yang disapukan Nutella ke atasnya.

Perkongsian hidup hamba dan Tompok amatlah bahagia, sebelas anak menjadi saksi kebahagiaan pasangan bulan dan bintang. Hamba tuliskan kisah ini di atas batu bersurat dan akan dihantar ke Seremban, tempat asal hamba. Dan selepas keturunan yang ke sebelas, akan lahirlah seorang lagi keturunan hamba yang suka menulis. Mengikut firasat hamba, namanya Merong Zulfaqar, tampan dan hebat orangnya. Gemar bermain futsal dan digilai ramai wanita. Penulisan yang sempurna. Sekian.

Sabtu, 5 Mac 2011

Kisah Lima Penyiasat

Cuti akhir tahun sudah hampir tiba. Cuti ini yang ditunggu-tunggu oleh Hoshini, Dominic, Husni dan Sharifah Fathiyah untuk bersama-sama dengan I pergi mengembara. Dan seperti geng-geng penyiasatan yang lain seperti geng tujuh penyiasat, tiga penyiasat atau geng bas sekolah, jika terdapat sebarang kemusykilan sepanjang pengembaraan, maka jatuhlah hukum wajib untuk geng pengembaraan I menyiasat kes tersebut. Sudah menjadi lumrah, menjadi sekumpulan pelajar-pelajar pandai di sekolah, kami semua dianggap layak untuk menganggotai kumpulan "Lima Penyiasat" yang diketuai oleh I sendiri. Malah upacara perasmian kumpulan kami juga dirasmikan oleh guru besar sekolah iaitu Haji Ibrahim bin Bachik. Begitu hebat dan besarnya impak kumpulan di bawah naungan I. Setiap masalah yang dapat diselesaikan akan direkod untuk dibentangkan setiap hujung tahun bagi tujuan audit.

Tok! Tok! Pintu markas lima penyiasat diketuk orang. Ahad pagi merupakan hari bagi mesyuarat mingguan "Lima Penyiasat".

"Kata laluan?"

"Faqar hensem!"

I buka pintu markas. Kelihatan Husni termengah-mengah di hadapan pintu.

"U ni macam baru lepas kena kejar hantu sahaja..apa yg u buat smpi tmengah2 ni.."

"Hoshini mengamuk tuan, sy cuma kacau adiknya sahaja..die kejar saya dengan anjingnya Bobo..lintang pukang sy tuan.."

Nampak tak bagaimana I menerapkan rasa hormat ahli kumpulan I kepada I. I ajar mereka panggil I tuan. Walaupun hanya kumpulan penyiasat, I nak mereka sedar yang I adalah pemimpin mereka. Maka secara tidak langsung, mereka menghormati I lebih dari mereka menghormati ibu bapa atau guru-guru di sekolah.

"Takpelah husni..u masuk dlu..jgn lupe buatkan air untuk mesyuarat yang nak mula sekejap lg..yg lain lama lg nk smpi?"

"Sekejap lagi smpi la tuan..mereka ke rumah dominic dahulu sebelum bersama-sama akan datang ke markas nanti.."

Tok! Tok! Tok! Tok!

"Kata laluan?"

"Faqar hensem!!"

Ramai suara yang memberi kata laluan. Taulah I semua ahli kumpulan hadir ke mesyuarat mingguan. I buka pintu. Kelihatan Hoshini, Dominic dan Sharifah Fathiyah tercegat di hadapan pintu. I jemput mereka masuk ke markas. Hoshini menjeling Husni yang sedang membuat air. Husni cuma tersengih seperti kerang busuk.

"Woof! Woof!"

Bobo menyalak sambil menggoyang-goyangkan ekornya. Seperti kumpulan penyiasat yang lain, mereka biasanya mempunyai haiwan peliharaan untuk dijadikan pembantu. Tidak kurang hebatnya dengan kumpulan kami. Bobo adalah anjing peliharaan Hoshini yang banyak membantu siri penyiasatan "Lima Penyiasat". I selalu beri Bobo makanan manusia supaya dia berubah menjadi manusia, tapi usaha I gagal. Bobo masih seekor anjing. Tahun 1995, fikiran I masih penuh dengan imaginasi, sebab itu I berharap Bobo dapat bertukar menjadi manusia.

"Apa isu-isu yang kte selesaikan sepanjang minggu lepas?"

"Ini laporannya tuan..tak banyak isu atau konflik sepanjang sesi persekolahan..semua kes kecil sahaja"

I baca laporan mingguan itu. Dominic berjaya melepaskan anjing tersepit, Husni betulkan rantai basikal Raju, Sharifah Fathiyah dan Hoshini membuat kelas tambahan bagi pelajar-pelajar kelas bawah. Apa yang menariknya, kumpulan I bekerjasama menyelesaikan sesuatu perkara. Walaupun Dominic hanya melepaskan anjing tersepit, namun semua ahli kumpulan hadir untuk memberi kata-kata semangat kepada Dominic. Itu kerjasama yang sangat I harapkan dalam pertubuhan penyiasatan ini.

"Apa rancangan kita untuk cuti akhir tahun kali ini? Kita perlu mengembara..barulah dapat jumpa kes-kes seperti tengkorak hidup..misteri jam tua..barula menarik isu-isu bila mesuarat nanti"

Semua diam. Sejak pertubuhan tahun lepas, sebenarnya kumpulan "Lima Penyiasat" masih belum pernah pergi mengembara lagi. Sebab tu masih belum ada kes besar yang kami pernah sertai atau melibatkan diri. Paling jauh kami pernah mengembara adalah ke Kampung Dato Mansor, itupun balik awal disebabkan Husni menjolok sarang tebuan. Semua lari bertempiaran dan pulang ke rumah masing-masing. Selepas dua jam berdiam diri, akhirnya I putuskan untuk menangguh mesyuarat dan memikirkan agenda akhir tahun pada mesyuarat hadapan. Namun malangnya, sehingga tahun 2011, masih hampa. Malah kawan-kawan Lima Penyiasat sudah gagal dihubungi walaupun dicari menggunakan facebook. Tamatlah kisah Lima Penyiasat.

Jumaat, 25 Februari 2011

Cita Cita

I tak tahu patut bangga atau tidak. I berdiri di hadapan kawasan pembinaan sebuah rumah banglo milik I. Kira-kira 80 pekerja asing sedang sibuk mengerah keringat untuk menyiapkan sebuah rumah impian milik seorang lelaki berwawasan. Tentu sahaja lelaki berwawasan itu I sebab dari kecil, I dah tanam cita cita. Banyak impian I dah jadi kenyataan mungkin disebabkan kesempurnaan I. Walaupun hidup sempurna, tidak semestinya I lupa pada Pencipta, I taat padaNya cuma I selalu terikut hasutan syaitan. Mungkin itu sahaja kelemahan yang I ada. Jangan tanya pasal jodoh, itu bukan kelemahan I, itu kerja Dia. I tak boleh nak ubah apa-apa, macam mana I susun perancangan I, macam mana I usahakan untuk segala-galanya, macam mana I bina kasih sayang kepada ramai perempuan, tapi kalau Dia mahu mengubahnya, I hanya boleh pasrah dan kadang kala berduka. Apa yang I tahu Allah pasti akan memberi kebahagiaan kepada I kelak dan I hanya boleh berdoa. Tak sangka I boleh menulis perkara yang baik begini. Sekarang baru I rasa I patut bangga dengan diri sendiri, rumah impian sahaja tak cukup, bekalan hari akhirat yang penting.

Melihat seorang pekerja asing menyiram air membersihkan tapak pembinaan, I terkenang cita-cita I seawal 7 tahun. I merupakan pelajar yang paling pendek dalam sekolah, cuma disebabkan ketampanan I, ramai yang cuba mendekati I. Dulu cikgu kelas I, Puan Fadhilah Ali ada bertanyakan setiap pelajar cita-cita mereka dan tujuan mempunyai cita cita. Maka ramai yang gah bercerita dengan bahasa tubuh yang menarik perhatian semua orang. Dengar sahaja jawapan Afiq Fahmi, semua orang sudah kagum.

"Saya nak jadi petani cikgu..Saya nak tanam sayur banyak2 dan bagi orang makan.."

Afiq Fahmi bercita-cita nak jadi petani dan dengan bahasa tubuhnya meniru gaya orang mencangkul, ramai yang menganggap Afiq Fahmi seorang lelaki yang baik dan bercita-cita murni. I berdebar-debar menunggu giliran I, pelbagai cita-cita dah dipilih oleh rakan sekelas I. Ada yang nak jadi askar, cikgu, akauntan, doktor dan bermacam-macam lagi. I tak suka sama dengan orang lain. Sampai giliran I.

"Saya nak jadik ahli bomba cikgu..sy nak menyelamatkan orang.."

I pandang semua orang. Semua orang nampak tak kagum dengan cita-cita I. Kenapa masa Afiq Fahmi nak jadi petani, mereka menganggap beliau sebagai perwira, bila giliran I jadi ahli bomba, mereka tidak menghiraukan cita-cita suci I. Sampai sekarang perkara itu masih menghantui I. Ada kawan I yang nakal masa sekolah dulu, suka kenakan I.

"Kalau tinggi takat pokok bunga..tak usah berangan la jadi bomba..orang pkai satu tangga..ko pakai 6 tangga.."

Mungkin sebab itu ramai yang tak ambil endah cita cita I. Sebab bahasa tubuh Afiq Fahmi seolah-olah mencangkul itu menyentuh hati ramai pelajar lain. Masa I beritahu cikgu I nak jadik bomba pula, bahasa tubuh I menunjukkan I tengah memanjat tangga. Mungkin nampak lucu cita-cita I ketika itu walaupun cita-cita yang mulia, semulia cita-cita Afiq Fahmi.

Sekarang I dah bekerja. Tapi I masih lagi tidak tahu cita-cita I. Sebab impian I cuma jadi kaya. Tak kisah bekerja sebagai apa pun, I cuma nak hidup mewah. Itu impian I. Proses pembesaran I juga menyaksikan I bertukar cita-cita. Kejap I nak jadi perdana menteri, kadang-kadang I teringin nak menjadi ahli perniagaan. Kesudahannya I makan gaji buta. Tapi kalau cikgu Fadhilah Ali jumpa I sekarang bertanyakan cita-cita. I bercita-cita nak jadik kanak-kanak semula. Seronok!

Sabtu, 19 Februari 2011

Manusia Mati Meninggalkan Nama

Kalau jalan tak sesak, I mungkin boleh sampai Seremban dalam pukul 7. Perancangan untuk bersolat Maghrib di rumah mungkin tercapai. I tak yakin dengan kesucian seluar I. Ayu tidur atas peha I, menyebabkan I duduk jadi tak menentu, rasa tak selesa betul. Jalan pula berliku-liku bagai menggalakkan perubahan fizikal diri I. Nasib iman I setebal kulit bawang, membuktikan I masih ada iman. I pura-pura asyik memandu. Kereta mewah I menyusur laju supaya cepat pulang. Tapi papan tanda Jeram Toi tadi betul-betul mengubah perancangan I, syaitan pula cepat berbisik dan kadang kala I mendengar nasihatnya. Itulah keburukan iman setebal kulit bawang, terlalu nipis dan mudah koyak. Syaitan berbisik kepada I bahawa dia berjanji akan menemani I dan Ayu ketika kami berdua-duaan nanti di Jeram Toi. I percaya. I tau kalau ditangkap, I boleh jawab yang I bukan berdua, tapi bertiga kerana ditemani syaitan. Maka I masuk ke jalan hutan tersebut untuk melengkapkan perjalanan cinta I.

I berhentikan kereta mewah I bila sudah nampak kawasan yang sesuai. I tenyehkan muka Ayu yang sedang nyenyak tidur atas peha I, sebab seluar I pun basah dengan air liur basinya. Hilang keayuan Ayu. Ayu terjaga dan pura-pura terkejut bila melihat keadaan sekeliling. Kononnya I ada niat tak baik.

"Tempat apa ni darling?!"

Nada yang terkejut tu membuatkan I rasa lagi bersalah. Seolah-olah I memang ada niat tak baik pada dia, sedangkan I cuma dengar bisikan syaitan.

"Jeram toi honey bunny..jangan risau..i dah halau syaitan supaya kita hanya berdua..dan kte akan selamat dan tak dengar hasutan syaitan"

I sendiri terkejut dengan jawapan I. Nampak sangat jawapan itu dari syaitan. I tak bermaksud pula nak menakutkan Ayu. Untuk menenangkan Ayu, I peluk dia supaya dia tidak takut lagi. I ajak dia keluar kereta bagi mengelakkan fitnah. Sebab I tahu syaitan masih berada di sekeliling kami. I jeling-jeling takut syaitan menjelma. Kami keluar kereta, duduk di atas batu. Terus I ukir "Faqar luv Ayu 4eva" atas batu. Tengok cara I mengeja dah menunjukkan I lelaki yang sangat unik. I menolak bila Ayu memberi cadangan untuk kencing di atas batu tersebut, bagi membuat sempadan dari dimasuki pasangan lain. I beritahu Ayu yang perilaku tersebut seperti haiwan dan Ayu pun bersetuju. Untung Ayu dapat lelaki cerdik macam I. Kami berdua termenung jauh sambil bercerita tentang masa depan yang tak pasti.

"Darling..kite nak namakan anak kita nanti apa darling"

I diam. I paling tak suka bila bercerita tentang anak. Sebab nanti I lebih berminat untuk bercerita tentang proses sebelum mempunyai anak itu sendiri. Tapi berbekalkan iman I yang sedikit itu, I layan persoalan Ayu.

"Kita carik dalam nama-nama Islam nak tak honey bunny"

"Alaa....I nak gabungkan nama kite darling...nama darling zulfaqar..nama I bayu ungu azqara'i..mesti nama anak kite unik nanti.."

Kreatif juga Ayu ni. Walaupun tiada tahi lalat pada leher, masih lagi kreatif. Tapi lagi pelik kenapa I selak tudung Ayu di Jeram Toi untuk carik tahi lalat pada leher. I sambung layan perbualan Ayu.

"Ok..kalau anak lelaki..I nak namakan Fazqara'i tapi kalau perempuan, Qara'izul.."

"Tak best la darling nama yang u cipta..ala..kita gabungkan faqar dan ayu je..tayah complex2.."

I mengaku teruk juga nama yang I beri tadi. Tak sesuai langsung dengan arus moden zaman sekarang. Lagipun I mengaku I tak kreatif. I dah tunjuk kehadiran tahi lalat pada peha I pada Ayu membuktikan I tak kreatif. I tak pasti kenapa I perlu tunjuk, mungkin sebab bisikan syaitan.

"Ok honey..u ade idea yg lagi baik?"

"emmmmm.....faqar dengan ayu kan....emmmm faqyu..ok x?"

I terus tinggalkan Ayu. Pada I, dia kurang ajar. Ayu kejar I dari belakang. Syaitan ikut sama berlari. I tak berpaling. I tunjukkan isyarat jari tengah kepada Ayu. faqyutu Ayu.

Sabtu, 12 Februari 2011

Belum baligh lagi

Bob dah mula bising. Baru sebentar ustaz Yusri keluar untuk mengambil barang, Bob dah mula sakat pelajar-pelajar perempuan. I tak suka sangat bila Bob buat kerja gila seperti itu, I malas nak layan pelajar-pelajar perempuan yang suka minta perlindungan dari I. I cuma pengawas sahaja, bukannya pengawal keselamatan pun, tapi pelajar-pelajar perempuan sekolah ini memandang I lebih dari pengawas. Mereka pandang I sebagai penyelamat maruah mereka. Bob pula, walaupun nakal, takut sangat pada I, mungkin kerana kalah dalam pertandingan ceper (jentik tutup botol) yang dianjurkan pelajar-pelajar kelas I sebelum ini. Maka perempuan-perempuan itu selamat sangat bila bersama dengan I. Kalau bawah meja orang lain penuh dengan buku teks, meja I pula penuh dengan hadiah-hadiah dari perempuan yang terselamat dari Bob. Ada segelintir pelajar perempuan sahaja yang memberikan hadiah ciuman, itu pun mereka kecewa kerana I tak balas balik.

Ustaz Yusri masuk semula ke dalam kelas. Semua pelajar kembali diam dan duduk di tempat masing-masing. I sahaja yang duduk di atas riba Murni. Sengaja mengundang kemarahan ustaz. Ustaz Yusri pula tak marah bila I buat macam tu, sebab dia sendiri mungkin dapat mengagak I yang dipaksa duduk di pangkuan Murni. Ustaz percaya dengan I. Murni pula yang dimarahinya atas alasan mencabul I. I diamkan diri I walaupun Murni cuba mempertahankan dirinya. Nampaknya ustaz Yusri lebih percayakan I. Sebagai hukuman, Murni terpaksa menyanyi lagu "Iman adalah Mutiara" dari kumpulan Raihan di hadapan kelas.

"Siapa yang nak mula dulu ujian PAFA? Ustaz bagi markah lebih kepada sesiapa yang mula dlu"

Seperti biasa, tiada seorang pun pelajar kelas 5 Melur berani tampil ke hadapan untuk memulakan penilaian PAFA yang sudah dimaklumkan minggu lepas. Seolah-olah semua tidak bersedia. Termasuk I, semua pelajar-pelajar kelas 5 Melur tidak berani bertentang mata dengan ustaz Yusri. 5 Melur merupakan kelas terpandai bagi pelajar-pelajar darjah 5 di sekolah I tetapi keyakinan masih kurang lagi.

"Kalau macam ni..tak de sape yg berani nak mulakan dlu..ustaz panggil nama sorang-sorang lah!"

Ustaz Yusri meninggikan suara. I rasa tak sedap hati. Peluang untuk I dipanggil sangat tinggi. Ada beberapa sebab yang menyebabkan kemungkinan nama I dipanggil sangat tinggi. Pertama, nama I di dalam buku kedatangan merupakan nama terakhir selepas disusun mengikut huruf depan. Zulfaqar bin Ayeop adalah nama terakhir dan di atas nama I baru ada Zarirah Adzni binti Mokhtar. Lecehnya bila nama berada pada hujung sekali. I berdoa biar ustaz Yusri memulakannya dari atas, biar Azlan bin Yunus yang kena. Sebab kedua nama I mungkin dipanggil, disebabkan I anak kepada ustazah dan siak masjid. Mungkin ustaz membayangkan I seorang yang beramal soleh dan warak. Kenyataannya adalah iman tak dapat diwarisi, I cuma takut ustaz terlupa tentang fakta seperti itu. Sebab ketiga adalah kerana I wakil sekolah dalam pertandingan Kuiz Agama Islam peringkat daerah dan naib johan azan antara sekolah-sekolah di Seremban. Jantung I berdegup kencang. I menanti nama siapa yang dipanggil dahulu, tak berani I nak pandang mata ustaz Yusri waimah meja guru sekali pun.

"Zulfaqar..awak mula dahulu"

Seperti yang dijangka. Nama I dipanggil dahulu. Tapi sebagai pelajar sekolah rendah, tak berani I nak mempersoalkan atas dasar apa yang digunakan ustaz Yusri untuk memilih I. I datang depan dengan separuh keyakinan. Baju biru sahaja tak cukup untuk menambahkan keyakinan I, orang seperti I perlu sentiasa ditemani orang perempuan, baru I tak tak gugup.

"Sy nak awak mengucap dua kalimah syahadah dan beri pengertiannya sekali.."

I tersenyum. Senang sangat soalan yang diajukan. Keyakinan I tiba-tiba bertambah. Mendengar jawapan I, ustaz Yusri mengangguk-anggukkan kepala. Soalan yang kedua dan ketiga pun I dapat jawab dengan mudah. Tapi soalan yang terakhir mencetuskan kegelisahan I.

"Baca niat mandi wajib dan bila kita perlu mandi wajib?"

I cuma dapat jawab niat dan beberapa sebab utama mandi wajib seperti datang haid atau nifas, selepas bersetubuh dan sebagainya. Tapi persoalan kedua ustaz Yusri membuat I terdiam.

"Macam mane awak nk tau awak dah baligh?"

I diam. I tak pasti jawapannya. I dengar Bob ada sebut tentang mimpi tadi. I cuba ingat kembali apa jawapan Bob tadi. Sebab dia menggunakan isu mimpi tersebut untuk mengacau perempuan. Lama I fikir, tapi I rasa seperti mendapat jawapan yang tak tepat.

"Orang lelaki dapat mimpi ustaz.."

"Mimpi macamane?"

"Mimpi buat jahat ustaz.."

Ustaz Yusri tersenyum. I tahu senyuman itu seperti mempersendakan jawapan I.

"Buat jahat macamane pulak?takkan awk mimpi buat jahat sebelum baligh?"

"Buat jahat seperti mencuri..menipu ustaz..tapi sy tak pasti.."

Ustaz Yusri terus ketawa. Tapi I tahu dia ingin bantu I. Sebab I masih suci lagi, masakan tahu isu-isu besar begini.

"Kalau dalam mimpi awak..awak dengan seorang perempuan...dalam satu bilik..ape awak nak buat?"

"Mane sy tau ustaz..sy belum mimpi lagi..."

Ustaz Yusri diam. Terus suruh I duduk di tempat I semula. Selepas akhir tahun tingkatan 1 baru I tahu maksud mimpi yang diperkatakan ustaz tersebut. Yang penting, I lulus ujian PAFA tersebut. Alhamdulillah~

Sabtu, 5 Februari 2011

Hari ini dalam Sejarah

Bunyi hujan menggalakkan I untuk terus tidur lagi. Macam lelaki lain, I juga turut rasa seronok jika dapat berada di atas katil, dengan cuaca yang sejuk dan suasana yang kondusif untuk tidur. Tak kisah pun kalau tiada mimpi semasa tidur, cuma kepuasan yang dicari selepas melalui minggu-minggu bekerja yang memenatkan. Kalau tengok muka I tidur waktu ini, pasti terkejut. Walaupun muka tak nampak gembira, tapi hati tetap ceria, comel sangat. Tapi malang, disebabkan I dah pasang jam loceng I untuk berbunyi pukul 6, jam itu tetap menurut perintah. I masih lagi menunggu teknologi jam loceng yang hanya berbunyi mengikut cuaca. Tak perlulah menjerit-jerit ketika waktu hujan macam ini. Satu Malaysia pun tahu waktu hujan adalah waktu tidur. I kecewa sangat bila jam itu berbunyi. I tahu I perlu bangun kerana sebagai umat Islam, bersolat adalah rukun Islam. I cuma tanak dihukum disebabkan tidak bersolat, sebab I dah himpunkan banyak dosa-dosa lain. Boleh sempit kubur I nanti!

I tutup bunyi jam loceng itu. Sebenarnya I sengaja beli jam loceng yang berbunyi kuat dan menyakitkan hati, supaya I boleh terus bangun. Pada awalnya, I seronok sangat ada jam yang dapat kejutkan I pagi-pagi tapi bila setiap hari bunyinya tak pernah berkurang dan masih kuat, I dah jadi sakit hati. Berdendam. Dah banyak kali terlintas di fikiran I nak campak jam itu dari tempat tinggi, nak rendam dalam air panas atau I nak masukkan dalam kotak vakum. I pernah fikir semua itu untuk menenangkan hati I yang sakit hati angkara bunyi jam loceng. Mungkin seronok kalau berumahtangga, isteri mesti pandai mengejut. Mungkin lembut, tak perlu jerit-jerit. Barulah hati senang nak bangun. Kalau dah berumahtangga, I dah boleh rendam jam loceng itu dalam air, baru padan dengan muka. I senyum sorang-sorang pagi itu.

Seronok sejuk-sejuk macam ini. Berat rasanya nak bangun, tapi bila tengok selimut dah jadi kulit babi, siapa yang nak tidur lagi. Cuba jadi kulit Jessica Alba atau Juliana Evans, I mungkin bawa selimut itu ke bilik air juga. Kesejukan boleh menyebabkan objek-objek menjadi keras. Yelah, air pun boleh jadi ais, inikan I. Tapi manusia sempurna macam I boleh tahan sejuk lagi dan tidak beku, cuma I kasihankan burung yang pastinya menggigil kesejukan. Kalau burung boleh berkata-kata, sudah tentu dia mengadu kesejukan. I bingkas bangun. Malas melayan perubahan diri waktu sejuk-sejuk begini. I takut pula nak masuk ke bilik air, bila terbayang air yang sejuk terkena pada tubuh yang luhur ini. I lelaki yang gagah, maka I beranikan diri masuk ke bilik air.

Leceh rasanya bila ada perasaan hendak buang air kecil pagi-pagi begini. Tak bolehkah urin beku dalam pundi kencing kalau cuaca sejuk begini? I terpaksa juga buang air walaupun I tiada niat untuk berbuat begitu. I tak kencing berdiri sebab I tahu I pendidik. I cuma ingat peribahasa "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari". Maka I tak mahu anak murid I kencing berlari, sebab I tahu suasana bacin yang akan menghantui kelas nanti. Itu masalah pelajar sekarang, sepatutnya jika guru kencing berdiri, anak murid sepatutnya ikut kencing berdiri, bukannya berlari. Ini menunjukkan pelajar-pelajar yang ingkar pada arahan. I berehat sekejap selepas buang air kecil. Orang kaya macam I, ada set sofa dan karaoke di dalam bilik mandi. I panggil kawasan tersebut"karaoke jamban". I bina "karaoke jamban" kerana kebanyakan orang rasa suaranya sedap apabila berada di dalam bilik air, termasuklah I. I rehat sebentar.

"Faqar, dah siap ke belum?!!kita nak jalan jauh ni!!!"

Jam loceng yang kedua ini I tahu I tak boleh berdendam. Suara mak I tak bergantung pada cuaca. Tetap kuat. I tak sangka I tertidur dalam bilik air. Sepanjang 26 tahun hidup, ini kali pertama I tertidur dalam bilik air. Sepanjang tahun 2011 ini juga, ini kali pertama I sembahyang Subuh bukan pada waktunya. Apa yang berlaku tadi sepantas kerlipan mata. Kesalahan I cuma masuk bilik air 6.15am, dan keluar 7.45am. Tapi I dah cipta banyak sejarah. I bangga. Kalau orang cakap mati tak mengenal usia, I pula boleh tidur tak mengenal tempat.