Jumaat, 9 September 2011

Menghampiri Rumah Terbuka

Syawal semakin berlalu dan perut I tidak ketinggalan untuk membesar, seiring dengan rumah terbuka yang I hadiri. Tidak kiralah kawan-kawan di pejabat, saudara mara yang jauh dan dekat, masing-masing beriya-iya menjemput I dan isteri. Mujurlah I sering tidak mengecewakan mereka. Di mana ada jemputan yang menarik menu makanannya, I akan berada di sana, mengunyah sambil berborak, antara hobi I yang sukar untuk ditinggalkan. Uniknya I, I tak pernah tersedak atau pun tercekik semasa makan walaupun dalam keadaan rancak berborak. I dah ajar isteri I teknik mengunyah yang sama, supaya kami dapat berborak-borak ketika makan. Ramai kawan-kawan I yang kagum. Mana tidaknya, I seorang sahaja yang gila bercerita perihal orang lain, yang lain suka mendengar dan menokok tambah. Mereka suka agaknya tengok cara I bercerita sambil mengunyah, mungkin nampak menyelerakan.

Sibuk I bercerita, kawan I menegur.

"Faqar..ble nk datang open house rumah ko ni..asek jmpe ko kat open house orang lain je.."

Kali ini I tercekik. Tercekik dengan air liur sendiri. Persoalan tadi menampakkan kesungguhan I makan di rumah orang sahaja, tapi tiada usaha untuk mengajak orang datang ke rumah. I kira sifat I tak ubah seperti orang yang pelahap dan nak makan percuma sahaja. I cari alasan.

"ala..datang jela rumah..aku takde la nk buat open house..tapi rumah aku slalu open.."

I jawab dengan jujur. Gaya percakapan memang nampak macam mencari alasan. Tapi bagi I, I memang tak kisah jika ada tetamu yang nak datang beraya, cuma menu makanan tidaklah banyak pilihannya. Yang penting pintu rumah I sentiasa terbuka untuk semua, tidak kiralah saudara mara, sahabat handai, pelajar-pelajar I atau kanak-kanak yang ingin beraya.

"ala..aku nak je datang rumah ko..tapi takkan la aku sorang je datang..aku nk kawan-kawan lain pun datang..btol tak kawan2?"

Tiba-tiba makin ramai yang bersuara. Rupanya I ada ramai kawan, baru I sedar. Yang peliknya mereka suka majlis keramaian. Mereka tak suka datang bersendirian atau dengan keluarga sendiri.

"ala..taun depan aku buat la open house..ms tu rumah aku da siap kot..sekarang ni korang nk datang ramai2 pon boleh..tadde masalah..cume bgtau la ble..senang aku prepare ape2.."

I jawab dengan penuh keyakinan. I boleh nampak reaksi muka mereka yang tak sabar nak datang rumah I.

"ok..ktorang serang rumah ko mlm ni..orait?"

"cun..tade masalah..aku tak buat banyak menu pon sbb bukan open house..tapi sbb alang2 ramai..aku masak la sket..sape lagi nak join ni?"

I dah semakin bersemangat. Seronok sebenarnya bila tau ada kawan-kawan yang bersungguh-sungguh nak datang. I kira jumlah mereka yang angkat tangan untuk beraya di rumah I.

"Ok..15 orang eh..siap!datang tau mlm ni..aku igt muke sorang2!"

"mestila datang..ktorang nak mandi swimming pool depan rumah ko tu.."

Ramai kawan-kawan I pakat gelak. Kebetulan rumah sewa I berdekatan dengan loji rawatan air, mereka suka kenakan I. I terus minta diri dari open house tersebut, nak membuat persediaan untuk jamuan kawan-kawan yang nak datang beraya. Dalam perjalanan balik, I beritahu isteri I.

"yang..rumah kte ada mihun kan?"

Isteri I angguk, senyum.

Rabu, 7 September 2011

Dah Lama Puasa Menulis

Setelah beberapa bulan I tak buka akaun blog, statistik masih tidak mengecewakan. Masih ramai yang buka blog I dalam masa sehari, cuma yang mengecewakan adalah post yang dibaca setiap hari adalah "cerita orang dewasa". I yakin kebanyakannya tak sengaja buka blog I. Masing-masing hendak menambah pengetahuan tentang aktiviti orang dewasa, lalu pembacaan dari internet dijadikan sumber. Malang bagi mereka adalah blog I tidak mempunyai cerita-cerita yang meransangkan sebaliknya cerita-cerita kosong I sebagai seorang lagenda. Sebelum ini I ada janji nak tunjukkan gambar kahwin dan plot cerita perkahwinan I, namun Dia tidak mengizinkan. Seminggu selepas I bersanding di Seremban, I dimasukkan di hospital selama seminggu kerana jangkitan pada tekak I yang menjejaskan paras rupa menarik I. Alhamdulillah, sekarang I sempurna semula. I banyak ingat Tuhan ketika berada di hospital, isteri I banyak tolong I, membuatkan I bertambah sayang padanya.

Bulan puasa pada tahun ini berlalu dengan sangat bermakna kali ini. Alangkah bahagianya I apabila dapat bersahur dan berbuka bersama seorang isteri. Seronok juga hidup sebagai orang dewasa, dulu I dikejutkan oleh umi, tapi sekarang I dah pandai bangun sendiri, i senyum sendiri melihat perubahan yang ada pada diri I. Perbezaan paling ketara adalah ketika membeli juadah di bazar Ramadhan, kalau dulu memang ramai kaum hawa yang menegur I, ramah dengan I tapi sekarang I jalan peluk pinggang isteri, tiada siapa yang berani tegur. Tapi I perasan juga orang yang curi-curi pandang, I halalkan sahaja, mungkin tak sanggup nak puasa pandangan mata.

Kesibukan di pejabat juga sudah menghampiri ke penghujung, pelajar-pelajar I akan menghadapi kertas peperiksaan akhir dan akan bercuti panjang. I pun nak berehat lama. I bercadang nak makan angin bersama yang tersayang. Untuk Norazyani..I sayang u banyak-banyak!

Selasa, 14 Jun 2011

Cuti Sekolah

Suasana dalam kelas masih seperti dua minggu lepas. Tak pernah berubah. Bising, malah lebih bising dari yang sebelum ini. Maklumlah, cuti sekolah baru berakhir, ramai yang suka bercerita pengalaman cuti sekolah masing-masing. Ada yang menokok tambah dengan rekaan cerita dan olahan yang lebih menarik. Kalau I, I suka mendiamkan diri, duduk tepi dinding, tengok pemandangan dari tingkap sekolah. Seronok lihat pemandangan dari tingkap sekolah, pemandangan yang boleh buat I tenang.

"Kelas bangun!"

Tersentak I apabila cikgu Rosdalinda masuk ke dalam kelas yang sememangnya hingar bingar. I alihkan pandangan ke hadapan, menghormati cikgu yang memberikan pengetahuan kepada I.

"Selamat pagi cikgu!"

Satu kelas ikut sama-sama mengucap selamat kepada cikgu Rosdalinda yang sudah pun berumah tangga. Dia tak bawa banyak peralatan datang ke kelas, beg tangan dan buku kedatangan sahaja. Mungkin tak perlu banyak alat bantu mengajar untuk mengajar subjek bahasa Melayu.

"Macam mana cuti sekolah kamu semua?"

Cikgu Rosdalinda memulakan induksi dengan melemparkan sedikit senyuman, supaya mengurangkan tekanan pada setiap pelajar. Soalan cikgu Rosdalinda itu memberi kesan kepada kesepian kelas kerana setiap pelajar memberi respon. Ada yang sambung bercerita semula dengan kawan-kawan, ada yang ingin mula berkongsi pengalaman cuti sekolah, tapi malu, hanya mengeluarkan suara untuk didengari oleh diri sendiri.

"Wah..cikgu rasa semua pelajar-pelajar memanfaatkan cuti sekolah kamu semua..siapa yg nk kongsi bersama-sama dengan cikgu?"

Kelas kembali sunyi. Kebiasaan pelajar-pelajar zaman sekarang, malu apabila ditanya. I masih macam tadi, duduk meminggirkan diri. Rindu pada seseorang.

"Haa Zulfaqar..dari tadi diam..muka nampak penat sangat..apa awak buat cuti sekolah haritu..?"

"Saya berkahwin cikgu.."

Jawapan yang ringkas tetapi mengejutkan semua orang. Tapi I malas nak berahsia lagi. I dah jadi suami orang sekarang.

"Ha?! awak biar betul zulfaqar..awak kawin cuti sekolah aritu?sbb sy nak suroh kamu semua buat karangan pengalaman cuti sekolah kamu semua.."

Cikgu Rosdalinda seperti tidak bercaya apa yang didengarinya. Susah nak terangkan kepada cikgu yang tak percaya cakap anak murid.

"ok..macam ni la cikgu..lepas ni sy buat karangan tentang hari perkahwinan sy..sy lekatkan gambar sekali cikgu..sy akan pastikan penulisan sy sempurna utk hari bahagia sy..cikgu tunggu penulisan tentang pengalaman cuti sekolah sy ye.."

I sambung pandang luar kelas. Cari idea dan layan rindu pada orang rumah. I love u Norazyani Mohsin :)

Isnin, 30 Mei 2011

Jalan Seiring

Jumaat lepas I dah tak senang duduk. Khabar angin yang mengatakan saudara Zakuan Azizi diijabkabulkan dengan sekali lafaz ternyata benar. Bukan I tak percaya dengan kredibiliti beliau, tapi I ada sedikit cemburu terhadap beliau dan berita seperti itu juga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada I. Tetapi, disebalik tekanan yang I rasai, I sebenarnya tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dinikmatinya hasil perjanjian hidup bersama beliau dengan pilihan hidupnya, Ilham. I doakan mereka akan terus meneruskan kisah percintaan mereka selama-lamanya. Dalam kegembiraan yang saudara Zakuan kecapi, pilihan beliau memilih I untuk menjadi pengapit dikatakan pilihan paling bijak. Bukan I nak bangga diri, tapi ketampanan, ditambahkan pula gaya peradaban yang bertamadun, membolehkan kedua-dua mempelai tampak berseri-seri hanya dengan kehadiran I sebagai pengapit. I cuba bayangkan gambar-gambar pengantin diapit oleh kawan-kawan I yang lain, tak tercapai akal I. I cuba bayangkan Husni, Mustaqim, Zakirun dan lain-lain lagi, pakej mereka tak lengkap seperti I.


Sabtu yang bersejarah itu, I bangun awal pagi untuk sesi bercukur. Kalau di kawasan muka, I cuma tinggalkan bulu mata, kening dan sedikit janggut. Kawasan lain I tak cukur. Cuma I simpan agar kelihatan kemas. Kain ela yang dihadiahkan oleh saudara Zakuan telah siap menjadi sepasang baju Melayu yang sangat berseri jika dipadankan dengan muka kacak I. Selesai bersiap, I terus capai kunci kereta, bergegas ingin menjemput steady girlfriend I, sebelum pergi ke majlis perkahwinan Zakuan yang berlangsung di bandar Manjalara. Perjalanan sangat mengambil masa yang lama disebabkan kesesakan lalu lintas, namun kesabaran I jelas kerana langsung tiada kesan kerut pada dahi I atau rungutan tentang kesesakan lalu lintas, I tenang, sesuai dengan peribadi I.

Bersama-sama rombongan pengantin bukan kali pertama dalam hidup I. Sebelum ini, kawan-kawan artis I banyak juga ajak I dalam majlis-majlis perkahwinan seperti ini, sebab itu I langsung tak menunjukkan rasa kekok atau janggal. Sampai di dewan tempat perkahwinan, ramai yang sudah menunggu di pintu masuk. Tidak adil jika I sebut mereka hanya menunggu pengantin sampai, sebenarnya dewan yang penuh dengan orang menunggu itu menantikan pasangan mempelai dan pengapit untuk sampai ke dewan dan meneruskan acara. Ya, mereka juga menunggu pengapit, selain dari pengantin. Begitulah hebatnya I jika dilantik menjadi pengapit. Tapi seri pengantin memang tidak dapat dikalahkan, ramai yang senyum kepada pengantin berbanding senyum kepada I. Tapi, gadis-gadis door gift nampak berebut-rebut nak ambil gambar I, bagi I, itu tanda positif. Sebagai hadiah kepada mereka, I senyum senget seperti Kan Jun Sang dalam Winter Sonata, tanda I menampilkan gaya berbeza dari lelaki Melayu yang lain.


Maka, hari bahagia Zakuan dan Ilham berlangsunglah dengan kehadiran seorang putera dari masa lampau jalan beriringan bersama-sama ke atas dewan bagi menjamu selera. Jalan yang lebih perlahan dari biasa sebenarnya menyebabkan I tersepak kaki pengantin sebanyak dua kali. I rasa bersalah juga tapi disebabkan saudara Zakuan tak menoleh ke belakang, I teruskan ketaktersengajaan menyepak. Memang seronok rupanya berkahwin, patutlah kebanyakan lelaki suka kahwin ramai perempuan, rupanya keseronokan dipandang oleh orang ramai. I tahu juga, kalau perempuan diberi peluang kahwin ramai, entah-entah tiap-tiap minggu kahwin lain. I tak mahu komen lebih isu tersebut.

Duduk di sebelah Zakuan ketika beliau menjadi pengantin sangat berbeza semasa duduk di sebelah beliau zaman belajar dahulu. Nasi yang dimakannya sedikit, lauk yang diambilnya bukan kuantiti yang diambilnya dahulu semasa zaman belajar. I bagaikan terpaku dengan diet yang diamalkan saudara Zakuan. Atau mungkin isterinya telah mengenyangkan beliau dengan senyuman ikhlas dari seorang isteri, I tak mahu fikir lebih dalam lagi. Bagi I, walaupun saudara Zakuan makan sedikit, I tahu dia gembira, sebab dia asyik minta I tambah. Zakuan gembira jika I yang makan lebih.

I pengapit paling ramah. Saudara pihak Ilham juga seolah-olah seronok berborak ketika sedang makan, dengan I. Sehinggakan I terlupa yang ikan ada tulang, I kunyah dengan tulang-tulang sekali. Selesai upacara makan-makan, khidmat I sebagai pengapit tidak diperlukan lagi, tapi I perasan di dalam dewan, ramai yang memanggil-manggil I dengan nama komersil I minta I turun dan berborak-borak. I turuti panggilan tersebut. I berborak sampai ke petang.

Kehadapan saudara Zakuan, I bahagia sangat melihat perkahwinan yang I tunggu-tunggu, dan I doakan agar dikurniakan cahaya mata yang cantik, kacak, tampan, jelita, pandai, dan yang paling penting.. Sempurna~ Tahniah Zakuan dan Ilham.. Raya datang rumah :)

Jumaat, 13 Mei 2011

Lama tak pekena

"Bang..masuk dalam lagi bang..."

Jeritan itu membuatkan I tersentak. Mungkin I terlalu berhati-hati. Tapi I kurang selesa juga kerana khuatir orang lain dengar, I juga yang malu.

"Bang..boleh masuk lagi bang..abg masukkan je.."

I masukkan hati-hati. Risau juga I takut tergelincir. Lagipun I jenis lelaki yang tak suka gopoh.

"Opppp oppp bang..masuk straight abg..dah jumpe da tu landasan dia.."

Bersemangat I. Bila dah jumpa landasan, I rasa lebih senang lagi. Pemanduan jadi lebih lancar.

Pap..

"ok abg..da masuk abes da tu..i love u abg.."

Senang handle Siti. Tak banyak kerenah. I boleh handle tanpa banyak merungut. Siti banyak ikut cakap I. Siti banyak puaskan I dari pelbagai sudut. Pemanduan, keselesaan dan macam-macam lagi. Disebabkan itulah I jaga Siti baik-baik, hari ini I nak mandikan Siti. Cuma disebabkan jadual kerja yang lebih padat sejak kebelakangan ini, I terpaksa mengupah orang mandikan Siti I. Lama rasanya tak update blog, I mengaku I memang betul-betul busy dengan kerja. Bukan disebakan kekeringan idea atau malas nak menulis, I sibuk dengan kerja yang I rasa tak akan habis sehingga I pencen nanti. Menyesal rasanya bekerja makan gaji.

"Bang..basuh dalam ke..luar ke..enjin ke..atau kesemuanya sekali...?"

"Basuh sume..siap polish skali tau..ni wallet abg tebal ni..dalam ni ada seribu tau.."

I sengih. Pembasuh kereta itu juga senyum pada I. Mungkin dia tau I bergurau. Mustahil I ada simpan ribu-ribu dalam wallet, kalau I ada simpan pun, I tak beritahu orang lain. I campakkan kunci kepada pembasuh kereta tersebut. Pembasuh kereta yang bernama Mail itu cekap menyambut. Dia senyum pada I sambil menuju ke Siti. I kerap juga basuh kereta di kedai Mail, penduduk di sini semua panggil beliau Mail Lambung kerana dia suka melambung kunci kereta kepada pelanggan-pelanggannya. Tak sangka namanya digunakan oleh Zizan dalam Maharaja Lawak. Popularlah kedai Mail lepas ni.

I duduk di ruang istirehat kedai Mail. Kelihatan seorang jejaka kacukan Pakistan sedang membaca suratkhabar di ruangan berhawa dingin itu. Dengan T shirt dan seluar pendek, I anggap dia macam pemuda biasa sahaja. Sehinggalah dia senyum pada I. I balas senyum balik. Lagi manis senyuman I berbanding lelaki Pakistan itu. I duduk sebelah dia, ambil suratkhabar, dan nak mula baca.

"basuh kereta mana?"

"tu..yang cantik tu..."

I muncungkan mulut ke arah Siti. Dia pun menoleh ke kereta I.

"U basuh kereta yang mane?"

Sibuk je I nak tanya pasal lelaki kacukan ini. I ada sedikit ciri-ciri perempuan, I sebok nak jaga tepi kain orang. Tak kisahlah kain batik ke kain pelekat, asalkan I sibuk-sibuk tanya.

"Tu ha.."

Dia menunding ke arah Accord yang bersinar-sinar di bawah pancaran matahari.

"ooooooo....."

I dah mula cemburu dah. Nampak macam orang kebanyakan, tapi mampu beli kereta macam tu. I tanya lagi.

"bulan2 brape boss?"

"600 sahaja.."

I terkejut. Mesti letak duit muka puluh-puluh ribu ni. Bukan calang-calang Pakistan depan mata I ni. Mesti bukan jual carpet, kurang-kurang syarikat perabot gak ni dekat Nilai 3. I sambung baca suratkhabar. Takut rasanya nak berbual panjang dengan mamat Pakistan ini.

Mail masuk ke ruang istirehat. Dia lambung kunci kereta kepada mamat Pakistan sebelah I. I dan jejaka Pakistan itu saling terkejut. Mail bersuara.

"Ahmed..ko g basuh kereta Accord kat tepi tu..dari tadi nak basuh..tak basuh2..cepat!"

I terkebil-kebil. Rasa macam bodoh sangat. Sekarang ni I berharap Siti I cepat-cepat mandi, sebab I nak update blog.

Ahad, 24 April 2011

Anak anakku

Ahad lepas I tak pergi mana-mana, tak berminat nak makan angin di bukit-bukit tinggi, tak berminat nak mandi peluh dengan bersukan dan I sendiri malas nak mengangkat kaki keluar dari rumah pun. Mujurlah kakak-kakak dan abang I datang ke rumah untuk berjumpa dengan parents I, kehidupan I hujung minggu lepas tidaklah berapa sunyi. Anak-anak buah I pula memang suka duduk melepak di bilik I, mungkin kerana persekitaran bilik I yang bersih, ditambah pula dengan aroma yang membangkitkan semangat remaja, itu semua menjadi faktor kenapa bilik I menjadi pilihan anak-anak buah I untuk beristirehat. Sedang asyik mereka bercerita, I mencadangkan mereka untuk mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran, sebab bagi I, dari mereka membuang masa berborak kosong, adalah lebih baik mereka menelaah pelajaran, lagipun I mempunyai otak yang cerdik, pasti I boleh bantu mereka belajar. Mereka ikut cakap I, semenjak I cerita tentang putera salju putih pada mereka, mereka dah tak banyak ingkar arahan I. Bagi mereka yang mengikuti blog I, tentu sahaja tahu cerita putera salju putih I pada anak-anak buah I dulu.

Anak-anak buah I pun datang dengan buku masing-masing. Ada juga yang masih kurang berminat lagi hendak belajar, sebab masih lagi bawa buku mewarna dan colour pencil datang ke bilik I. I tak marah, sebab I tak mahu anak-anak buah I hilang minat untuk belajar, tapi bila dia dah habis mewarna nanti, pandailah I mengarahkan dia untuk belajar subjek yang lebih kritikal lagi. Bersungguh-sungguh mereka belajar, ada yang buat kerja rumah, ada yang buat latihan Matematik, ada yang buat latihan bahasa Inggeris, I puas hati dengan minat yang ditunjukkan oleh mereka. I harap semangat mereka ini berkekalan hingga tamat ijazah pertama nanti sebab bagi I, zaman millenium ini, pengajian peringkat tertinggi diambil kira bagi menjamin kehidupan yang cerah.

"Uncle..4x8 sama tak dengan 8x4?"

"Sama sayang..kalau darab atau tambah..tade masalah kalau persamaan itu diterbalikkan..tapi jaga-jaga..kalau bahagi atau tolak..persamaan yang diterbalikkan mampu memberi jawapan yang lain dari yang sepatutnya..awas ya.."

"Baik uncle"

Begitulah layanan mesra yang I beri kepada anak-anak buah I. Perhatian yang penuh supaya mereka tidak rasa bosan untuk belajar. I menggunakan pendekatan yang seperti ini sebab I tahu pelajar-pelajar zaman sekarang cepat memberontak apabila dimarahi atau tidak mendapat perhatian yang lebih. I pula lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita, romantik dan pandai menjaga hati kanak-kanak. Kalau tak mana maunya I dipanggil sempurna oleh kebanyakan pihak.

"Uncle..Seks tu apa?"

Terkejut I dengan pertanyaan salah seorang anak buah I. I tak beritahu nama sebab menjaga maruah anak buah I itu. Pertanyaan seperti orang dewasa seperti ini dah ditanya oleh pelajar yang berumur 8 tahun atau lebih tepat lagi, pelajar darjah dua. I sedar yang ini adalah kesan globalisasi yang menyebabkan generasi muda senang untuk mendapatkan maklumat, media juga banyak bercerita isu-isu yang tidak patut dibincangkan. Isu video seks, pembunuhan, pergaduhan, dan macam-macam lagi tidak lagi ditapis dan dengan banyaknya permasalahan negatif muncul dan semakin menular. I juga tidak terkejut dengan salah satu kajian yang dibuat di Malaysia yang menunjukkan 60% remaja hilang dara sebelum berusia 18 tahun. Takut I mendengarnya bahkan anak buah I sendiri pun bertanyakan soalan yang I tahu jawapannya tatkala I baligh dahulu.

"Seks tu sebenarnya tak elok tau..tapi uncle cuba jawab k..sebenarnya macam ni..bile kumbang dah jumpa bunga idamannya..ble bulan dan bintang kelihatan secocok..satu perasaan cinta mula terbit dari hati..perasaan yang sukar digambarkan tapi dapat dirasa..satu perasaan yang kte tak nampak tapi kte tahu kehadirannya..."

Kesemua anak-anak buah I kelihatan kagum dengan jawapan I. Mereka yang tadinya tekun membuat kerjanya, terus memberi perhatian kepada jawapan I yang I pasti dapat menjawab pertanyaan tentang seks tadi. I sambung semula.

"Apabila perasaan cinta itu mencapai tahap klimaks..di situlah lahirnya sentuhan-sentuhan fizikal yang menzahirkan perasaan cinta itu..tapi ingat..pergerakan dan sentuhan-sentuhan fizikal ini perlu dibuat dengan cara saluran yang betul..sebab cinta hanya hadir jika perhubungan itu antara lelaki dan perempuan..sesama jantina tak boleh.."

Anak-anak buah yang kelihatan tekun tadi tercengang. Tak faham dengan apa yang I cerita agaknya. Tapi I akui olahan ayat I tu tadi berat juga untuk difahami. Yelah, macam mana nak huraikan perkataan seperti itu, tentu jawapan akan berbaur lucah nanti, tak elok untuk perkembangan minda mereka.

"Panjang nye jawapan uncle..tapi ruang dekat buku ni pendek je.."

Dia beri I buku sekolahnya kepada I. I senyum. Senang rupanya jawapan yang sepatutnya I jawab. Atas buku itu tertera....

Name: ............................
Age : .............
Sex : .............

Isnin, 18 April 2011

Akademi Gemilang

Bosan bila tiada teman hujung minggu, I ambil keputusan untuk keluar cuci mata di bandar Seremban yang bagi I agak membosankan ini. Malas nak keluar duit lebih jalan ke New York atau Vegas, sama sahaja, tak pernah ada perubahan. Lagi kerap I pergi ke negara luar, lagi I rasa bosan. Sekali sekala berjalan dalam negeri sendiri pun apa salahnya, dah meluat sangat tengok aurat orang putih, sekali sekala cuci mata gadis-gadis Pan Asia, I rasa takde masalah bagi memenuhi nafsu besar I. Tak tahulah nak ajak Maria ataupun tak, penat keluar dengan dia, jalan laju, ketiak dia juga yang berpeluh, I yang tanggung malu, konon macam I tak pandai jaga girlfriend, padahal I yang terabai. Emm..lama berfikir..I plan nak pergi ke....Jusco tempat pilihan I untuk berjalan-jalan, mana tahu dapat girlfriend baru untuk makan malam.

Asyik berjalan, mata I terpaku pada seorang gadis yang sedang asyik memilih CD lagu. Berkerut-kerut mukanya menggambarkan begitu asyiknya memilih dan meneliti CD yang dipegangnya. Muka memang tak asing lagi, artis Malaysia tak banyak sangat pun. I yakin beliau yang asyik memilih CD itu adalah Tiz Zaqyah. Senyum sendiri I ketika itu kerana pemilihan I untuk berjalan-jalan di Seremban menemukan I dan bintang drama bersiri Nur Kasih itu. I cepat-cepat fikir bagaimana cara nak tarik perhatian calon artis popular ini. I ambil keputusan untuk menyanyi memandangkan dia sedang asyik memilih CD lagu.

"I'm never gonna dance again..guilty feet have got no rhythm~ though it's easy to pretend..I know you're not a fool~"

Bersungguh-sungguh I nyanyi. Mata I pejam sambil jari I dipetik mengikut rentak lagu yang I nyanyikan. I perasan Tiz senyum pada I. I pula lelaki yang cepat perasan. I mulakan langkah.

"Cikgu tengah carik CD apa tu?"

I tanya dengan muka I yang paling comel pernah I buat. Dihujung persoalan I, I jelir lidah supaya kegedikan I nampak comel. Biar dia rasa nak peluk-peluk I ketika itu. I dapat rasa pandangan dia terhadap I tiada pandangan meluat.

"Saya tengah carik CD lagu yg awak nyanyi tula..suara awak sedap sgt..smpi sy terus minat dengan george michael..knape tak masuk af?"

Cara dia menjawab dengan senyuman cikgu Asmah itu membuatkan I bercita-cita nak jadi pelajar Kelas 1976 di Institut Gemilang. I sambung berseloroh dengan Tiz.

"Memang nak masuk af..tapi kalau ada cikgu Asmah yang mengajar..baru sy masuk uji bakat.."

Jawapan yang I pasti jawapan yang bijak. Tersenyum Tiz dengan jawapan I tadi. I susun ayat kali ini, mana tahu boleh lepak minum bersama-sama.

"Tiz dah makan ke belum?I belum makan lagi..Kebetulan I tahu banyak kedai makanan di Seremban ni.."

Baru tanya soalan yang miang sedikit, dah ada perempuan simpanan yang call pula. Kalau sekali takpe, beberapa kali juga handphone canggih I berdering. I buat tak tahu, kali kedua call pun I tak angkat, I reject call. Deringan yang ketiga sahaja, Tiz dah mula bagi respon.

"eh..belum jadik peserta af lagi..afundi dah masuk?"

"eh..tadelah cikgu..ini bukan undi af..ini panggilan pelajar-pelajar baru yang nak masuk ke institu gemilang ni..itu yg byk panggilan tu.."

I tersengih. Tiz pandang muka I, malas nak layan lelaki yang boleh bagi jawapan yang menggoda hatinya. Tiz bersuara.

"Jom makan"

I senyum dan terus buat kira-kira duit.