Khamis, 11 November 2010

Mandul!

Fuhh..Hari ini I wajib menulis. I ada banyak masa terluang cuma masa terluang I itu I dah isi dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah. Kepada peminat-peminat permainan video "PES" atau Pro Evolution Soccer, yang 2011 dah diterbitkan dan I merupakan antara penagih tegar permainan maya itu. Kesan ketagihan I jelas apabila kerja I banyak ditangguhkan, waktu bangun pagi selepas waktu syuruk, waktu tidur I bermula jam 4 a.m dan pelbagai lagi. I tak risau pun kesan ketagihan ini sebab setiap tahun I mengalami masalah seperti ini. Kesan ketagihan ini boleh berkurang, jika I dah mula bosan dengan permainan tersebut. Memang perangai I seperti lelaki playboy kan? I cepat bosan dan cepat juga ketagih dengan perkara baru. Tak mustahil pun I ada sifat seperti itu, berbekalkan muka tampan dan pekerti yang tinggi, teman wanita pun bertukar ganti. Tapi itu cuma angan-angan I sahaja, I tak reti nak jadi lelaki buaya darat walaupun jelas I mempunyai ciri-ciri yang sempurna.

Tadi I jumpa kawan lama I. Tak sangka dia tahu kewujudan blog I sebab secara jujurnya, I cuma beritahu blog I ni pada kawan-kawan terdekat sahaja, tak pula menghebahkan kepada orang lain. Tapi rupanya kawan I ni merupakan orang yang sentiasa menantikan kemunculan hasil penulisan I dan dia mengaku ketagih dengan karangan I. Cuma cara dia menegur I yang membuatkan I terasa hati dan tersinggung. Post I kali ini tentu dia baca memandangkan dia mengaku peminat blog I, dan jika dia baca post I kali ini, I nak dia SMS I minta maaf dengan cara percakapannya kepada I. I sedar yang I seorang lelaki dan sepatutnya I tak ambil kisah tegurannya, cuma sejak kebelakangan ni, hati I cepat tersinggung. Rupanya I pemilik hati yang sensitif dan mudah rapuh. Patutlah ramai wanita yang pernah memuji kelembutan hati dan ketulisan hati I, hari ini baru I sedar. Lupakanlah cerita tentang hati I, kalau I ceritakan pun, siapa yang nak ambil peduli. Tiada orang yang ambil kisah. Hmm..

Kawan I tadi adalah kawan sekolah menengah I. Berjumpa di bandar Seremban yang agak sempit ini, I tak terkejut pun. Mana lagi nak lari kawan-kawan sekolah I kalau tak di negeri sendiri. Maka I memulakan perbualan kami dengan rancak, dan I masih lagi seorang yang senang didampingi, I dapat lihat kawan lelaki I itu berasa sangat selesa bila berbicara dengan I. I boleh nampak air mata yang bergenang setiap kali dia melontarkan kata-katanya tanda dia menyanjung tinggi pada I. I dapat rasa dia betul-betul bersyukur pernah kenal dengan I dan berpeluang melihat I secara dekat. Dalam kerancakan kami berborak...

"Asal lama tak update blog?"

"Haha..cane ko tau?ko search name aku ke kat tenet?da takde keje?haha"

"Takdela..ko pernah taruk kat status ym ko..mcm s**l je aku baca blog ko tu.."

"Haha ko g baca sape suro..aku sngaje pkai blog skrg..fb aku da tak privacy sgt..student ramai la...ni pon da jarang ol je ni...aku sebok main game laa.."

"Yela tu sibuk..ke da tade idea nak wat blog baru faqar..ko da tahap mandul ni faqar...mandul..."

Berubah muka I bila dia cakap perkataan mandul tu. I cuma senyum yang tak nampak gigi serentak dengan menghembuskan nafas I melalui hidung. Senyuman yang tidak ikhlas langsung. I tak suka juga dengan intonasi yang seolah-olah menyindir I tapi apa daya I, itu cara lelaki bergurau. Kasar dan penuh dengan kata-kata mengutuk merupakan cara sebenar lelaki berbual, di situlah kepuasannya. I terus minta diri walaupun perkataan mandul tu masih bermain di fikiran I. I dah ada plan I sendiri, hari ini, balik kerja, sampai rumah, buka komputer, dan I nak buktikan I tak mandul......

*Penat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan