Ahad, 5 Disember 2010

Lagenda berakhir

Telefon baru dan canggih yang I beli memang jarang berbunyi sehingga I terasa seperti membeli telefon baru yang rosak. Sejak minggu lepas, I dah jarang guna telefon mudah alih I yang baru I beli itu. Bagi I tiada kepentingan. Paras rupa I juga berubah. Dari seorang lelaki tampan yang menampilkan personaliti yang kemas dan menarik, I kini seorang lelaki yang hampir kepada kekusutan dan selekeh. Banyak peristiwa yang berlaku pada I dan I sendiri tak pasti kesan dari solat istikharah I atau pun kebetulan. Yang pasti I memang ada melakukan solat sunat istikharah itu dan matlamat I untuk melakukannya sebulan, cuma ada ketika yang I tertidur terus atau I terasa malas, maka ada lubang-lubang dalam matlamat I untuk lengkapkan sebulan. Namun banyak yang berlaku dan I harap dapat tempuhinya dengan tabah walaupun I tahu jalan yang I pilih itu banyak dugaannya.

Dulu masa-masa awal penulisan blog I, I pernah menulis tentang lagenda budak setan atau kasyah yang kononnya pencinta agung. Dalam post I tersebut, I tak percaya dengan kisah tersebut dan nyata, bagi kehidupan zaman sekarang, pencinta agung tidak akan wujud lagi melainkan mereka yang betul-betul kuat imannya. Dulu I seorang pencinta agung juga, maksud pencinta agung bagi I adalah seseorang yang setia kepada pasangannya dan bercinta sepenuh hati dan perasaannya. Tidak kira apa yang berlaku, dia akan mengalah, tak kira apa yang diminta dia rela berkorban dan tidak kira apa yang diimpikan pasangan mereka, dia penuhi. Tapi I tak kuat untuk berkomitmen seperti itu, lagipun I tiada langsung ciri-ciri idaman wanita. Harapkan paras rupa sahaja yang menarik, tapi I seorang yang kuat cemburu, gemar menghabiskan duit dan juga digilai ramai perempuan. Sengaja I masukkan cerita I digilai ramai perempuan supaya sedikit sebanyak boleh menambahkan keyakinan diri pada I.

Tidur yang lena juga sudah tiada dalam setiap malam I. I terpaksa gunakan intimate supaya boleh tidur lena walaupun dalam kebasahan. Jangan salah faham maksud I tentang kebasahan, orang yang berotak kuning dan kotor tentu berfikiran yang bukan-bukan. Maksud I tidur dalam keadaan berpeluh. I cepat berpeluh tapi I pun tak tahu mengapa, I tak pandai nak kaitkan dengan pertambahan berat badan I yang jelas, maka pertambahan berat badan bukanlah punca I cepat berpeluh. Tapi I kena lebih kuat, mungkin Allah menguji I atau sebenarnya akan memberi kebahagiaan kepada ex I. I mungkin bukan orang yang terbaik untuk dia dan I doakan dia bertemu dengan orang yang baik-baik dan boleh menjaganya. I juga yakin dengan pengalamannya dengan I, dia mesti lebih berhati-hati dan menyayangi orang sepenuh hatinya. I harap sangat dia bahagia.

Dan untuk I. Dah ramai perempuan hubungi I. Ada yang cuba dapatkan hati I semula, ada yang sanggup bagi segala-galanya untuk rebut I dan letak di hati mereka, ada juga yang terpaksa gunakan bomoh untuk mencuri hati I. Dalam masa yang singkat ini, I dikejar ramai perempuan namun itu bukan cara I. Seperti yang sebelum ini pun, I akan cuba mendapatkan seseorang dengan usaha I sendiri, bukan dengan cara memilih perempuan-perempuan yang memang sudah jelas tergilakan I. I buka bahagian contact dalam telefon I. Satu-satu nombor I lihat dan I mampu tersenyum semula. I berjanji akan cuba dapatkan hati perempuan ini. Dan bila I dah dapat, I hanya cuma boleh berdoa agar hubungan itu dikekalkan. Kalau ada yang kata I bertindak terlalu cepat, I hanya tidak mahu kesilapan I dahulu, terlalu lambat. Dan kalau ada orang yang kata I bertindak melulu, I cuma boleh cakap, I cuma merancang, tapi Dia yang menentukan. Dan terus terang, I pernah rasa keputusan dari Dia sebagai ujian kepada diri I. Memang sangat sakit cuma mungkin I perlu memperbaiki diri tapi I harapan utama I sekarang adalah menikmati hidup bahagia di dunia selain diterima disisi Nya. Amin

7 ulasan:

  1. memang takde cara nak pulihkan semula ke? :(

    BalasPadam
  2. aku berjaya baca entry ko yang ni je sbb mmg aku menantikan entry ko bab ni. apa2 pun bro, aku stuju dgn langkah istikarah sebulan ko tu, walaupun ada lubang, tarak hal.

    semoga Allah memberi petunjuk dan menjodohkan sahabat ku ini dgn wanita yang memahami diri nya dan menerimanya seadanya. (bukan maksud aku ko hodoh, ko tetap hensem.)

    jumpa mlm ni.

    BalasPadam
  3. bojan : jgn la igt aku buat semua bende tu pon tburu n tak ber pk jan..aku lg la berat hati jan..tapi aku rase langkah aku ni tbaik utk kedua2 belah pihak..siyes..da slalu sgt aku pk bende ni..aku kan lelaki berpengetahuan jan..jarang aku bertindak tanpa berfikir panjang..tapela..org cakap jodoh di tangan Tuhan kan..

    zack dolf: aku tau ko tak anggap aku hodoh..ko kan berpelajaran tinggi,takkan buta utk menilai..hehe ramai gle yg cakap aku wat kputusan tburu2 zack..sumpah ramai..sbb aku tak gtau reason aku sgt pasal kes aku tu..ala..tu cerita peribadi sgt kan..wat ape aku nk kecoh2..aku pon tanak bmusuh dgn sape2..doakan aku pandai ngorat org balik sudah..5 taun tak ngorat pompuan..bole gile aku pk strategi..kali ni aku nak tangkap hati!hah

    BalasPadam
  4. way t0 g0, br0! k0 g la tangkap hati, tp hati2! :)

    BalasPadam
  5. ko kene pk strategi gak ke?slambe sit up 100 depan diorang sambil bukak baju..haha

    BalasPadam
  6. strategi aku lebey kepada bukak seluar jan..aku nk tgk reaksi orang ramai..haha

    BalasPadam
  7. cube la wat strategi cmtu, fqr.. kang ade la org tlg anta k0 naik ambulance ke tg.rambutan..

    BalasPadam