Jumaat, 21 Januari 2011

Kerana Percayakan Siti

Kekecewaan pun tak boleh buat I berduka. Itu kebenaran tentang I. I seorang yang yakin pada diri dan tak mudah perasan. Kalau ada yang kutuk-kutuk I puji diri sendiri dalam blog I ni pun I tak kisah, sebab I hanya berkongsi apa pandangan orang lain terhadap diri I. Kalau orang lain dipuji sama banyak seperti I terima pun, tentu sekali mereka lupa diri. Cuma hebatnya I kerana boleh mengawal hamburan pujian yang menggunung dengan riak yang minima. Tapi I sedar diri, walaupun muka I sangat tampan, tapi I masih ada parut jerawat. Badan I juga memang sasa dan kelihatan gagah, tapi tinggi I cuma 1.64 meter, suara I sangat merdu tapi gigi I tidak tersusun rapi. Apa yang peliknya, orang nampak kelebihan I berbanding kekurangan I. Bukan I yang minta persepsi seperti itu dari orang lain. Namun, walaupun I ada sedikit kelemahan, itu tak pernah jadi penghalang untuk memiliki Siti, impian I tahun 2011 ini.

Sekali pandang Siti pun tentu ramai yang terpikat melainkan orang yang tidak mudah bersyukur dengan apa yang ada. Lelaki miang macam I memang pentingkan paras rupa sebelum membuat pilihan. Sebab hanya luaran yang dah boleh buat I terpikat, prestasi dan kenikmatan hanya boleh dirasai jika kita memilikinya. I yakin ramai lelaki yang mahukan kepuasan dan keinginan seperti I, melainkan mereka tidak bernafsu buas. I dah tanya pendapat kawan-kawan I tentang Siti dan ramai yang bersetuju dengan pilihan I. Ada juga yang menyatakan keinginan mereka terhadap Siti tapi I kena anggap ini sebagai ujian. Yang pasti I nekad untuk memilikinya tahun ini juga. Siapa tanak jika sesuatu kejadian itu diciptakan sempurna.

Walabagaimanapun, kebenarannya adalah, I dah merisik Siti awal tahun 2011 ini dan terus terang I cakap, I sudah beberapa minggu memilikinya. Cuma kali ini I merendah diri dan cuba untuk tidak memberitahu sesiapa. Biarlah sebelum ini semua dijadikan rahsia kerana I sendiri terikat dengan janji yang I dah beri. Lagi 9 tahun I akan betul-betul memiliki Siti dan I harap Siti dapat setia dengan I. I lap u Siti....

9 ulasan:

  1. wahh!! ade org tu dpt ------ baru?? naik taraf,br0? hehe..

    BalasPadam
  2. haha ko memang cepat tangkap kan?bagus2..aku mmg taleh tipu ko kan..haha

    BalasPadam
  3. adoii..tetiba aku rasa malu plak ha..tu je yg aku termampu jan..

    BalasPadam
  4. mcm gam je ckp tu yang termampu.. seolah2 menghina aku sbb aku tak mampu.. demmm

    BalasPadam
  5. haha ko nk tau ape..berbeza dgn dlu hari2 datang naik kete..skrg hari2 datang naik moto kot..kalau ujan je pakai kete..haha tu ko ckp mampu?haa jawab!

    BalasPadam
  6. haha tu lagi mampu kott.. punya la mewah sampai keta beli tapi simpan.. pehhhhhh Jjawwabbszzz

    BalasPadam
  7. kalau aku cakap minyak mahal ko nak bergaduh lagi ke?

    BalasPadam