Sabtu, 5 Februari 2011

Hari ini dalam Sejarah

Bunyi hujan menggalakkan I untuk terus tidur lagi. Macam lelaki lain, I juga turut rasa seronok jika dapat berada di atas katil, dengan cuaca yang sejuk dan suasana yang kondusif untuk tidur. Tak kisah pun kalau tiada mimpi semasa tidur, cuma kepuasan yang dicari selepas melalui minggu-minggu bekerja yang memenatkan. Kalau tengok muka I tidur waktu ini, pasti terkejut. Walaupun muka tak nampak gembira, tapi hati tetap ceria, comel sangat. Tapi malang, disebabkan I dah pasang jam loceng I untuk berbunyi pukul 6, jam itu tetap menurut perintah. I masih lagi menunggu teknologi jam loceng yang hanya berbunyi mengikut cuaca. Tak perlulah menjerit-jerit ketika waktu hujan macam ini. Satu Malaysia pun tahu waktu hujan adalah waktu tidur. I kecewa sangat bila jam itu berbunyi. I tahu I perlu bangun kerana sebagai umat Islam, bersolat adalah rukun Islam. I cuma tanak dihukum disebabkan tidak bersolat, sebab I dah himpunkan banyak dosa-dosa lain. Boleh sempit kubur I nanti!

I tutup bunyi jam loceng itu. Sebenarnya I sengaja beli jam loceng yang berbunyi kuat dan menyakitkan hati, supaya I boleh terus bangun. Pada awalnya, I seronok sangat ada jam yang dapat kejutkan I pagi-pagi tapi bila setiap hari bunyinya tak pernah berkurang dan masih kuat, I dah jadi sakit hati. Berdendam. Dah banyak kali terlintas di fikiran I nak campak jam itu dari tempat tinggi, nak rendam dalam air panas atau I nak masukkan dalam kotak vakum. I pernah fikir semua itu untuk menenangkan hati I yang sakit hati angkara bunyi jam loceng. Mungkin seronok kalau berumahtangga, isteri mesti pandai mengejut. Mungkin lembut, tak perlu jerit-jerit. Barulah hati senang nak bangun. Kalau dah berumahtangga, I dah boleh rendam jam loceng itu dalam air, baru padan dengan muka. I senyum sorang-sorang pagi itu.

Seronok sejuk-sejuk macam ini. Berat rasanya nak bangun, tapi bila tengok selimut dah jadi kulit babi, siapa yang nak tidur lagi. Cuba jadi kulit Jessica Alba atau Juliana Evans, I mungkin bawa selimut itu ke bilik air juga. Kesejukan boleh menyebabkan objek-objek menjadi keras. Yelah, air pun boleh jadi ais, inikan I. Tapi manusia sempurna macam I boleh tahan sejuk lagi dan tidak beku, cuma I kasihankan burung yang pastinya menggigil kesejukan. Kalau burung boleh berkata-kata, sudah tentu dia mengadu kesejukan. I bingkas bangun. Malas melayan perubahan diri waktu sejuk-sejuk begini. I takut pula nak masuk ke bilik air, bila terbayang air yang sejuk terkena pada tubuh yang luhur ini. I lelaki yang gagah, maka I beranikan diri masuk ke bilik air.

Leceh rasanya bila ada perasaan hendak buang air kecil pagi-pagi begini. Tak bolehkah urin beku dalam pundi kencing kalau cuaca sejuk begini? I terpaksa juga buang air walaupun I tiada niat untuk berbuat begitu. I tak kencing berdiri sebab I tahu I pendidik. I cuma ingat peribahasa "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari". Maka I tak mahu anak murid I kencing berlari, sebab I tahu suasana bacin yang akan menghantui kelas nanti. Itu masalah pelajar sekarang, sepatutnya jika guru kencing berdiri, anak murid sepatutnya ikut kencing berdiri, bukannya berlari. Ini menunjukkan pelajar-pelajar yang ingkar pada arahan. I berehat sekejap selepas buang air kecil. Orang kaya macam I, ada set sofa dan karaoke di dalam bilik mandi. I panggil kawasan tersebut"karaoke jamban". I bina "karaoke jamban" kerana kebanyakan orang rasa suaranya sedap apabila berada di dalam bilik air, termasuklah I. I rehat sebentar.

"Faqar, dah siap ke belum?!!kita nak jalan jauh ni!!!"

Jam loceng yang kedua ini I tahu I tak boleh berdendam. Suara mak I tak bergantung pada cuaca. Tetap kuat. I tak sangka I tertidur dalam bilik air. Sepanjang 26 tahun hidup, ini kali pertama I tertidur dalam bilik air. Sepanjang tahun 2011 ini juga, ini kali pertama I sembahyang Subuh bukan pada waktunya. Apa yang berlaku tadi sepantas kerlipan mata. Kesalahan I cuma masuk bilik air 6.15am, dan keluar 7.45am. Tapi I dah cipta banyak sejarah. I bangga. Kalau orang cakap mati tak mengenal usia, I pula boleh tidur tak mengenal tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan