Sabtu, 12 Februari 2011

Belum baligh lagi

Bob dah mula bising. Baru sebentar ustaz Yusri keluar untuk mengambil barang, Bob dah mula sakat pelajar-pelajar perempuan. I tak suka sangat bila Bob buat kerja gila seperti itu, I malas nak layan pelajar-pelajar perempuan yang suka minta perlindungan dari I. I cuma pengawas sahaja, bukannya pengawal keselamatan pun, tapi pelajar-pelajar perempuan sekolah ini memandang I lebih dari pengawas. Mereka pandang I sebagai penyelamat maruah mereka. Bob pula, walaupun nakal, takut sangat pada I, mungkin kerana kalah dalam pertandingan ceper (jentik tutup botol) yang dianjurkan pelajar-pelajar kelas I sebelum ini. Maka perempuan-perempuan itu selamat sangat bila bersama dengan I. Kalau bawah meja orang lain penuh dengan buku teks, meja I pula penuh dengan hadiah-hadiah dari perempuan yang terselamat dari Bob. Ada segelintir pelajar perempuan sahaja yang memberikan hadiah ciuman, itu pun mereka kecewa kerana I tak balas balik.

Ustaz Yusri masuk semula ke dalam kelas. Semua pelajar kembali diam dan duduk di tempat masing-masing. I sahaja yang duduk di atas riba Murni. Sengaja mengundang kemarahan ustaz. Ustaz Yusri pula tak marah bila I buat macam tu, sebab dia sendiri mungkin dapat mengagak I yang dipaksa duduk di pangkuan Murni. Ustaz percaya dengan I. Murni pula yang dimarahinya atas alasan mencabul I. I diamkan diri I walaupun Murni cuba mempertahankan dirinya. Nampaknya ustaz Yusri lebih percayakan I. Sebagai hukuman, Murni terpaksa menyanyi lagu "Iman adalah Mutiara" dari kumpulan Raihan di hadapan kelas.

"Siapa yang nak mula dulu ujian PAFA? Ustaz bagi markah lebih kepada sesiapa yang mula dlu"

Seperti biasa, tiada seorang pun pelajar kelas 5 Melur berani tampil ke hadapan untuk memulakan penilaian PAFA yang sudah dimaklumkan minggu lepas. Seolah-olah semua tidak bersedia. Termasuk I, semua pelajar-pelajar kelas 5 Melur tidak berani bertentang mata dengan ustaz Yusri. 5 Melur merupakan kelas terpandai bagi pelajar-pelajar darjah 5 di sekolah I tetapi keyakinan masih kurang lagi.

"Kalau macam ni..tak de sape yg berani nak mulakan dlu..ustaz panggil nama sorang-sorang lah!"

Ustaz Yusri meninggikan suara. I rasa tak sedap hati. Peluang untuk I dipanggil sangat tinggi. Ada beberapa sebab yang menyebabkan kemungkinan nama I dipanggil sangat tinggi. Pertama, nama I di dalam buku kedatangan merupakan nama terakhir selepas disusun mengikut huruf depan. Zulfaqar bin Ayeop adalah nama terakhir dan di atas nama I baru ada Zarirah Adzni binti Mokhtar. Lecehnya bila nama berada pada hujung sekali. I berdoa biar ustaz Yusri memulakannya dari atas, biar Azlan bin Yunus yang kena. Sebab kedua nama I mungkin dipanggil, disebabkan I anak kepada ustazah dan siak masjid. Mungkin ustaz membayangkan I seorang yang beramal soleh dan warak. Kenyataannya adalah iman tak dapat diwarisi, I cuma takut ustaz terlupa tentang fakta seperti itu. Sebab ketiga adalah kerana I wakil sekolah dalam pertandingan Kuiz Agama Islam peringkat daerah dan naib johan azan antara sekolah-sekolah di Seremban. Jantung I berdegup kencang. I menanti nama siapa yang dipanggil dahulu, tak berani I nak pandang mata ustaz Yusri waimah meja guru sekali pun.

"Zulfaqar..awak mula dahulu"

Seperti yang dijangka. Nama I dipanggil dahulu. Tapi sebagai pelajar sekolah rendah, tak berani I nak mempersoalkan atas dasar apa yang digunakan ustaz Yusri untuk memilih I. I datang depan dengan separuh keyakinan. Baju biru sahaja tak cukup untuk menambahkan keyakinan I, orang seperti I perlu sentiasa ditemani orang perempuan, baru I tak tak gugup.

"Sy nak awak mengucap dua kalimah syahadah dan beri pengertiannya sekali.."

I tersenyum. Senang sangat soalan yang diajukan. Keyakinan I tiba-tiba bertambah. Mendengar jawapan I, ustaz Yusri mengangguk-anggukkan kepala. Soalan yang kedua dan ketiga pun I dapat jawab dengan mudah. Tapi soalan yang terakhir mencetuskan kegelisahan I.

"Baca niat mandi wajib dan bila kita perlu mandi wajib?"

I cuma dapat jawab niat dan beberapa sebab utama mandi wajib seperti datang haid atau nifas, selepas bersetubuh dan sebagainya. Tapi persoalan kedua ustaz Yusri membuat I terdiam.

"Macam mane awak nk tau awak dah baligh?"

I diam. I tak pasti jawapannya. I dengar Bob ada sebut tentang mimpi tadi. I cuba ingat kembali apa jawapan Bob tadi. Sebab dia menggunakan isu mimpi tersebut untuk mengacau perempuan. Lama I fikir, tapi I rasa seperti mendapat jawapan yang tak tepat.

"Orang lelaki dapat mimpi ustaz.."

"Mimpi macamane?"

"Mimpi buat jahat ustaz.."

Ustaz Yusri tersenyum. I tahu senyuman itu seperti mempersendakan jawapan I.

"Buat jahat macamane pulak?takkan awk mimpi buat jahat sebelum baligh?"

"Buat jahat seperti mencuri..menipu ustaz..tapi sy tak pasti.."

Ustaz Yusri terus ketawa. Tapi I tahu dia ingin bantu I. Sebab I masih suci lagi, masakan tahu isu-isu besar begini.

"Kalau dalam mimpi awak..awak dengan seorang perempuan...dalam satu bilik..ape awak nak buat?"

"Mane sy tau ustaz..sy belum mimpi lagi..."

Ustaz Yusri diam. Terus suruh I duduk di tempat I semula. Selepas akhir tahun tingkatan 1 baru I tahu maksud mimpi yang diperkatakan ustaz tersebut. Yang penting, I lulus ujian PAFA tersebut. Alhamdulillah~

7 ulasan:

  1. thank you for giving me a reason to laugh today... :)

    BalasPadam
  2. farahizat: bukan perasan..berlagak biasa dgn pujian orang..bwaha
    salehah : salu gelak tade sebab eh?dasat hee

    BalasPadam
  3. faqar>> berlagak bese ek... ceh~ pasan juge!

    BalasPadam
  4. haha orang lain makan nasik..orang ensem2 makan puji..haha

    BalasPadam