Khamis, 26 Ogos 2010

Manipulasi...

Sudah hampir dua minggu I tak buka blog I sendiri, inikan pula nak tambah post. Kesibukan Ramadhan I sangat jelas walaupun I sebenarnya berpura-pura sibuk supaya I tak kurangkan pahala puasa I. Bagi sesetengah muslim, tarawih merupakan ibadat penting yang perlu dilakukan sepanjang Ramadhan tapi I masih berfikiran seperti muslim yang belum akil baligh. I sendiri tahu yang peluang untuk bertarawih jarang dapat dibuat kerana Ramadhan hanya datang sebulan dalam setahun, tapi perangai I masih tak berubah. I akan bertarawih jika fadilat tarawihnya kelihatan menarik. I bagi contoh, katakan kalau I bersolat tarawih pada sesetengah malam, dosa I akan diampunkan seperti bayi yang baru lahir. I tahu ada yang mengatakan fadilat itu sengaja dicipta bagi menggalakkan tarawih, tapi I tak peduli, I akan pilih malam-malam I untuk I menunaikan solat lapan rakaat itu.

Selesai I menunaikan tarawih tadi, I bercadang nak melawat orang yang sakit di hospital. Tidaklah I melawat keseluruhan pesakit di hospital, tapi salah seorang pelajar I dimasukkan ke dalam wad kerana kesihatannya kurang baik. Bekerja sebagai pendidik, I anggap ini merupakan tanggungjawab I untuk pergi melawat dan bertanyakan khabar. I rasa agak zalim jika I buat tak tahu atau lebih teruk lagi berpura-pura tidak mengetahui keadaan pelajar I. I sampai di wad yang diberitahu dan I lihat dia hanya seorang diri. Mungkin sebab kedua orang tuanya pergi menunaikan tarawih, dia bersendirian walaupun dia beritahu PSP merupakan temannya. I cuma tersenyum menghadapi kerenah pelajar I, yela, berpuas hati ditemani permainan video. Itukan pemikiran budak kecil. Sepatutnya umur sebaya dia dah boleh fikir jauh untuk memanggil jururawat dijadikan teman. I yakin itu cara I kalau I yang berada ditempatnya. Takkan semua jururawat sibuk, mesti ada seorang dua yang boleh dijadikan teman, lebih muda, lebih banyak perkara boleh dibincangkan. Rupanya pemikiran I yang sebegitu jauh mengundang tanda tanya pelajar I.

"Sir tengah pikir ape je tu? Tiba-tiba tak bercakap pastu senyum sorang"

I bagaikan tersentak dengan soalan itu, berani betul dia mempertikaikan individu yang bergelar pendidik, yang mendidik dengan pengetahuan supaya dia boleh jadi insan yang berguna sekaligus menjadi pelapis untuk barisan-barisan tua di negara kita! I tahu riak muka I berubah ketika itu, dari riak muka yang gembira membayangkan jururawat muda kepada muka yang masam seolah-olah tidak puas hati dengan persoalan pelajar tersebut.

"Hish! Mane ade sy senyum sorang..Cume sy kesian tengok awak mcm sunyi..takde kawan..tak boring ke?"

I cuba tukar topik supaya dia lupa perbuatan I yang senyum sorang-sorang tadi, I berharap sangat dia lupa! I rasa jawapan I tadi dah berjaya mengelirukan dia, sepatutnya kelebihan I adalah memanipulasikan pemikiran pihak lawan supaya dia lupa kelemahan yang I ada. I boleh tengok muka pelajar I tadi tersenyum dengan jawapan I. I dah rasa tak sedap hati.

"Sir nak tukar topik eh..Sir kalau senyum2 ni..mesti ade jmpe perempuan cantik tadi ni kan..ade nurse cun ke sir kat luar tadi?"

BIJAK. Sangat bijak. Membaca pemikiran I adalah sesuatu yang luar biasa lebih-lebih lagi apa yang difikirkan oleh I biasanya tidak mempengaruhi memek muka I. So I terpaksa hormat dengan cara pelajar I berfikir, tak sia-sia I mengajar dan memberi pengetahuan hidup kepadanya. Ternyata I pandai mengajar. Entah-entah semua pelajar I dah banyak belajar tentang kehidupan apabila bergurukan pendidik seperti I. I harap-harap macam tulah. Lagipun I ikhlas mengajar dan pengajaran I merangkumi keseluruhan aspek dalam kehidupan. I jawab soalan pelajar I tadi. I tak suka orang menunggu lama dengan jawapan.

"Sy tepakse bagitau awak..jawapan awak tadi menghampiri tepat..Ye..mmg sy tengah pikir tentang jururawat..tapi sy pelik la..kalau hal yg macam ni..awk bole plak teke hampir tepat..tapi kalau exam..jawapan asek salah..soalan pon awak tak faham..jawapan yg awak teka pon tak tepat langsung..berkaitan pon tak! Sy nak awak lepas kuar dari hospital..carik sy..buat semua kuiz awak balik..make sure awak blaja dlu! ok la..sy nak balik..tak bawak kunci rumah.."

I terus bangun dan betulkan kedut-kedut pada baju Melayu I. I tak pandang pun muka pelajar I. I tau dia terpinga-pinga kerana tiba-tiba ditengking begitu tanpa sebab.

" Terima kasih eh sir datang..Hari Isnin ni saya......."

Dia tak sempat habis cakap lagi I dah keluar dari pintu wad. I tak menoleh kebelakang pun semasa berjalan. Keseronokan jadi pendidik adalah apabila kita menguasai semua situasi. Walau apapun yang berlaku, cikgu adalah yang paling benar sekali dan apa yang dikatakan cikgu itu benar-benar belaka. Walaupun ayat I terang-terang menukar topik atau cover line. Tapi itulah tips menjadi pendidik, memanipulasikan pemikiran pelajar-pelajar adalah senjata paling penting. Barulah yang nakal boleh jadi baik, yang lem boleh jadi pantas berfikir, yang selekeh boleh jadi kemas, yang malas boleh jadi rajin, yang kafir boleh jadik yang soleh dan macam-macam perubahan yang lebih positif lagi. Selesai~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan