Rabu, 1 September 2010

Rancangan kegemaran

Gadis yang buat I lupa tunang I

Kehidupan I kembali seperti masa I muda-muda dulu. Sekarang I tak busy lagi. Terima kasih dengan kecekapan I, I berjaya mengurus masa, kerja-kerja I, sosial I dan kehendak lelaki I. Jangan salah faham tentang kehendak lelaki, I sebenarnya maksudkan kehendak lelaki seperti bermain futsal dan berenang setiap petang. I tak tahu semua kehendak lelaki lain, sebab I yakin setiap lelaki berbeza dari segi kemahuan masing-masing. Ada juga kawan lelaki I yang berkehendakkan menjadi playboy dan ada juga yang mahukan kehidupan yang baik selepas akhirat. I tahu semua lelaki berbeza dan bagi I, bersukan dan menghabiskan masa I dengan Fairuz merupakan perkara yang ingin I lakukan sepanjang hidup I. Oh, I hampir terlupa untuk menceritakan lebih lanjut mengenai tajuk post I kali ini, berbezanya post I kali ini berbanding post lain sebelum ini, I takkan puji diri sendiri lagi dan menceritakan pengalaman-pengalaman I yang berlaku semalam, kelmarin atau beberapa tahun lepas. Apa yang ingin I tulis untuk post kali ini ialah suatu yang I jarang kongsi.

Secara jujurnya, I memang jarang bercerita rancangan kegemaran I kepada kawan-kawan I yang lain. I taknak kawan-kawan I nampak I seperti orang yang suka menonton televisyen, pemalas dan suka membuang masa. I hanya tunjukkan minat I pada televisyen semasa menonton bola sahaja. I tak minat menonton berita, menghayati MTV, mendalami Astro Ria, mempelajari Discovery channel atau menikmati rancangan hiburan yang lain. Kebenarannya I sepatutnya memerlukan rancangan-rancangan hiburan supaya I boleh jadi lebih matang, belajar tentang kehidupan, cuba lawak-lawak baru dan mungkin melihat fesyen-fesyen terkini. Walaupun I tahu kebenaran itu menjadikan I lebih sempurna, I masih lagi berfikiran kuno dengan menghalang diri I sendiri dari menonton rancangan televisyen yang I yakin boleh merosakkan minda manusia.

Tapi hati I dah terbuka sekarang. I berpegang pada janji I supaya tidak menonton rancangan hiburan di televisyen tapi sebaliknya I muat turun rancangan hiburan tersebut melalui internet. Satu-satunya rancangan televisyen yang I muat turun itu adalah "Chuck" dan I muat turun kesemua episodnya supaya I boleh terdedah dengan kebenaran macam I maksudkan tadi. I tahu hidup I akan berubah apabila menonton "Chuck" dan I dah bersedia menghadapi apa jua perubahan itu. Uniknya cerita "Chuck" pada pandangan I adalah wataknya itu merupakan watak impian I sejak dari kecil. I langsung tak maksudkan I mengidamkan untuk berlakon dan memegang watak itu, cuma I suka watak lelaki yang digilai wanita. I membesar dengan menanam sifat ingin menjadi kegilaan wanita supaya kehidupan I lebih bermakna. Memang pelik tapi itu merupakan watak idaman I untuk hidup dalam dunia realiti seperti ini. Lakonan-lakonan yang berkualiti dan lawak-lawak cara baru dalam cerita ini juga menjadi daya tarikan yang amat menarik sehinggakan I tidak pergi ke masjid untuk berterawih.

I berjaya menghabiskan kesemua episod bersiri ini dalam masa 4 hari dan I berbangga dengan catatan masa I itu. I rasa I dah berjaya membuktikan tanpa menonton televisyen, I masih juga seorang lelaki yang pandai membuang masa. Sekarang I dah menjadi peminat setia drama bersiri ini dan sedang menanti season ke 4 iaitu episod yang paling terkini. Walaubagaimanapun, macam mana I puji "Chuck" tak bermakna I tak jumpa keburukan rancangan seperti ini. I adalah seorang yang cerdik dan cepat belajar, takkan I tak dapat kesan keburukan cerita seperti ini. Keburukan bagi cerita ini adalah menggunakan heroin yang sexy dan pandai berlawan. Itu I anggap sebagai kelemahan semua lelaki dan itu juga termasuk diri I. Tapi sebab I masih lagi angau bercinta dengan tunang I, Yvonne Strahovski pun I dah anggap mirip sangat Fairuz Adlidna I. Cerita ini dah tiada kelemahan lagi :)

1 ulasan: