Rabu, 11 Ogos 2010

Siapa kata orang tampan tak pandai bertaubat?

Hari ini hari pertama umat Islam seluruh dunia berpuasa dan I juga turut serta bersama-sama menjayakan salah satu ibadat wajib ini. Seperti biasa, I berjaya melaksanakan proses menahan lapar dan dahaga pada hari pertama I dengan jayanya. I panggil proses menahan diri dari lapar dan dahaga kerana I sendiri tidak tahu samada I betul-betul puasa atau tidak. Maksud I, bukanlah I curi-curi makan atau berbuka puasa selepas setengah hari, tapi I mengaku mata I masih tak kenal erti berpuasa. I tak rasa I menundukkan pandangan apabila berbicara dengan perempuan-perempuan lain. Setahu I, masa I belajar di Universiti Islam dahulu, I adalah seorang muslim yang merendahkan pandangan apabila berhadapan dengan orang yang bukan muhrim I, malah I tak berminat langsung memandang orang lain selain dari buah hati I. I yakin bukan sahaja kesetiaan I menghalang I dari mencuci mata, tetapi perangai I yang soleh menjauhkan I dari perkara-perkara yang I anggap tak baik itu.

Habis sahaja berbuka tadi, I terus menunaikan solat Maghrib. I termenung seketika, berkhayal tentang sempurnanya diri I semasa I masih muda dulu. Satu-satunya kejahatan yang I buat pun adalah lambat menghantar laporan amali kepada pensyarah I. Itu pun I dah rasa bersalah sangat dan tanda I betul-betul rasa bersalah, I memberinya hadiah kerana kesalahan sikap I. Beruntungkan dapat anak murid macam I? Itulah antara luahan-luahan hati pensyarah I yang kebanyakannya bersyukur apabila mendapat tahu I adalah salah satu pelajar mereka. Ada sekali I pernah mendengar konflik pensyarah-pensyarah yang tak sabar ingin membimbing I ke arah kejayaan. Kadang-kadang rasa kelakar juga bila teringat peristiwa zaman-zaman I masa belajar dulu. I senyum sendiri dan I tengok jam masih belum menunjukkan waktu I perlu ke masjid untuk solat terawih. Maka I bercadang nak terus berkhayal lagi.

Kali ini, I kembali ke zaman sekolah menengah I. Kebetulan semalam I baru menonton drama Lagenda Budak Setan yang telah dilakon layarkan di sekolah I. I bangga sangat bila melihat I masih menyimpan tali leher sekolah tersebut yang dipakai oleh pelakon hebat seperti Farid Kamil. Tapi ini bukan blog tentang budak setan, ini merupakan blog seorang yang berpekerti mulia dan tinggi ilmu pengetahuannya. Buat apa cerita tentang Farid Kamil! Kalau ikut masa I di sekolah menengah dulu, kawan-kawan I menghasut supaya I tak jadi pengawas. Yela, masa tu I baru nak belajar berkawan dengan budak yang nakal, dan prinsip mereka mudah, pengawas adalah anjing sekolah dan kalau ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka, pantang larang yang perlu I patuhi ialah jangan menjadi pengawas. I rasa itu merupakan peraturan yang sangat mudah dan I tak rasa I akan melanggar peraturan kumpulan mereka. Sehinggalah masa pemilihan pengawas, I terpilih dan sebagai budak yang baru nak belajar jadi nakal, I menolak tawaran tersebut. Tapi desakan guru-guru lebih hebat tekanannya dan godaan dari perempuan-perempuan comel yang menjadi pengawas, I rasa I kena buat keputusan membelakangkan kawan-kawan I dan menjadi pengawas. Memang I rasa bersalah sangat tetapi I berjaya mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan I. Masa I jadi pengawas, I rasa seronok bila dapat pasangan perempuan yang comel-comel untuk memantau kawasan sekolah. Masa tula I selalu buat lawak sebab I tahu perempuan suka lelaki yang kelakar. Paling seronok masa I kena jaga padang sekolah dengan seorang perempuan comel yang namanya I rahsiakan.

"Tadi waktu rehat makan apa je"

I mulakan perbualan sebab I rasa lelaki sepatutnya memulakan dialog dulu. Lagipun bahasa tubuhnya memberi isyarat yang dia perlukan teman.

"Dah..dah makan..tadi makan banyak..makan nugget..daging burger ngn kopok lekor"

Dia jawab sambil memberikan senyuman yang paling manis pernah I tengok dalam sekolah waktu itu.

"Waaa..banyaknya yang awak makan..Tengah nak membesar eh?"

I buat reaksi muka yang kagum dan I cuba selitkan lawak-lawak double meaning mengharapkan dia faham lawak I itu. I mengharapkan jawapannya akan mengatakan dia ingin membesar. Sebab I dah sediakan soalan lain lagi supaya dialog jadi lebih nakal.

"Faqar dah semayang Isyak?!"

I terkejut. Kenapa pula waktu rehat macam ini soalan ni pulak yang ditanya. I tak rasa dia faham dengan lawak double meaning I tadi. Bosan betul kalau cuba ngorat pengawas. Lambat tangkap!

"Faqar dah semayang Isyak ke belum?!Tak g taraweh eh tadi?"

I buka mata dan gosok-gosok sikit mata I. I tengok jam dan jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Memang I dah terlepas pun solat tarawih.

"Tertido la umi..mimpi sekolah lama..."

I belum sempat habiskan kata-kata I, mak I dah tanak dengar dah.

"G semayang Isyak sekarang..Buat tarawih sendiri!"

I pasrah~

5 ulasan:

  1. mak aiih..ni lbh pnjg dr karya saye ni..


    lol.. x taw nape kan, tp dr first ayat lg org dah senyum tahan ketawa...bukannye ade bende lawak pun... tapi still...maybe sebab penggunaan perkataan "I" yg bg sy agak janggal specially cmg frm abg senior..heee

    mkay... slmt puasa buat fafee n akak tunang... :)

    BalasPadam
  2. ko merepek ape ni faqar? hahahahah

    BalasPadam
  3. ameera: kalau janggal kene biase kan..haha
    otai: eleh..ko lg salu merepek..aku tgk status ym ko salu..haha

    BalasPadam
  4. ..nasib lu tak lanjutkan mimpi tu.. gua takut tetibe mimpi tu jadi basah plak!-tet!

    hohohoho!!

    BalasPadam