Khamis, 29 Julai 2010

I dah rasa hidup susah

Gembira dan rasa puas hati bila ada sesetengah kerja yang I dah siapkan. Kelebihan lelaki seperti I adalah ketekunan dan semangat apabila menyiapkan kerja. Sebab tula kebanyakan lelaki macam I dikejar banyak majikan-majikan yang inginkan kesempurnaan bagi setiap bidang dalam syarikat mereka. I rasa majikan tempat kerja I juga sayangkan I dan tak mahu melepaskan I, dan berbekalkan kelebihan yang ada pada I, I dilayan seperti seorang yang istimewa dan ramailah yang cuba dekat pada I. Tapi I dah biasa dengan semua ini, disayangi oleh semua orang, disanjungi dan sekaligus diberi penghormatan oleh orang sekeliling I. Mungkin ramai yang inginkan kehidupan seperti I tetapi I dah lalui banyak perkara, berdepan dengan pelbagai ancaman dan semua itu I yakin orang kebanyakan tak dapat menghadapi pancaroba seperti I rasa. Macam I cakap, I banyak kelebihan, so jangan buat perbandingan jika I nampak tenang walaupun sebesar laut dugaannya.

Macam pagi tadi I memang pakai baju kerja dan ketampanan I terserlah bila memakai baju kemeja dan seluar cotton I. I pakai kasut kulit dan gaya I tula yang membuatkan ribuan mata di tempat kerja I tak jemu memandang penampilan I. Ramai yang inginkan kehidupan sempurna seperti ini, tapi peristiwa yang berlaku tadi menyebabkan I rasa seolah-olah dicabul. Macam hari-hari sebelum ini, memang I senyum dan melayan pandangan orang lain yang cuci mata melihat I, tapi hari ini seorang amoi berani membuat sesuatu yang baru. I boleh terima jika peminat-peminat I menggunakan mata sebagai cara untuk menjamah I tapi apa yang berlaku tadi dah keterlaluan. Bahu I bukan saja disentuh tapi digenggam dengan ghairah. I menangkis perbuatan itu kerana I klasifikasikan sebagai tindakan menyerang.

"Eh apa ni?!"

Amoi tu senyum dan menarik semula tangannya dan terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya. I terfikir juga mungkin dia rampas sesuatu dari I tadi atau ada kerengga pada bahu I dan dia cuba selamatkan I. Macam-macam boleh jadi bila perkara seperti itu berlaku depan ramai orang. Masa I pandang sekeliling, ramai juga orang yang memandang peristiwa itu, tetapi reaksi muka mereka seperti cemburu kepada amoi tersebut, tak menyokong I langsung walaupun I yang jadi mangsa keadaan.

"Sorry eh sir..I cuma teringin nak pegang.."

I tarik nafas panjang. I jadi serba salah dan bingung. Tak adil kalau I marah, sebab apa daya dia untuk melawan dugaan yang besar lalu dihadapan. I memang tak boleh nak salahkan dia dalam hal ini sebab I rasa dia betul-betul tak sengaja. I pejam mata, cuba letakkan diri I dalam dirinya, cepat-cepat I buka mata sebab kalau I, mungkin lebih teruk lagi. Mungkin bukan setakat bahu I gomol. Maka, I balas senyuman amoi tersebut walaupun dalam hati I ada rasa sedikit serba salah kerana orang lain hanya mampu memandang, tapi amoi ini pernah diberi peluang yang I rasa agak besar, iaitu mencuri pegang bahu I. Tindakan I membalas senyuman itu pun dah mengundang marah orang ramai kepada amoi tersebut walhal dia tidak bersalah.

"Lepas ni..kalau nak pegang..mintak izin la eh"

Amoi tersebut terus terduduk. I cuma berbisik sebelah telinganya dah boleh buat dia tak bermaya. I terus jalan masuk office I membiarkan ramai orang tertanya-tanya isi kandungan bisikan I yang boleh buat orang terus tak bermaya. I senyum, puas.

2 ulasan: