Khamis, 14 Oktober 2010

Lagenda Budak Setan

I baru dapat peluang nak menulis blog semula setelah melalui minggu yang sarat dengan kerja. Alhamdulillah, kecekapan I banyak membantu I menghabiskan kerja-kerja I sebelum I sempat dikenakan tindakan tatatertib. I rasa majikan I cukup bertuah dapat memiliki pekerja sehebat I. Walaupun minggu ini, jadual I sangat padat, I sempat juga keluar makan dengan kawan baik tunang I, Sub namanya. Sub merupakan kawan baik kepada tunang I dan dia yang menjemput I untuk keluar makan bersama. Maklumlah, I jarang ajak perempuan keluar makan, kalau u all jumpa I tengah makan dengan perempuan waktu lunch atau dinner tu, memang I diajak, bukan I yang gatal-gatal mengajak perempuan untuk bersama I. Berbalik kepada cerita I tadi, kami makan bersama dan Sub ada sesuatu yang hendak dibincangkan, katanya tentang perasaan I terhadap tunang I. I tak banyak tanya, malah I jawab semua persoalan yang diajukan kepada I. I seolah-olah dipukau oleh teman rapat tunang I itu.

" Betul ko sayang fairuz, faqar?"

Soalan pertama yang diajukan kepada I bagi I adalah soalan mudah dan I tak perlu fikir panjang. I cuma mengangguk sebagai jawapan kepada soalan tersebut. I malas nak buang masa keluarkan suara I untuk menjawab soalan yang dikategorikan sebagai soalan direct itu. Lepas I mengangguk, I renung tepat ke mata kawan I supaya I dapat kesan apa-apa tipu muslihat atau ilmu hitam, tapi Sub mengelak renungan mata I. Takut cair la tu.

"Apa yang ko sayang sangat kat fairuz tu?Apa yang dia penah buat kat ko sampai ko begitu setia dan obses kat die?"

Persoalan macam ini dah biasa diajukan oleh tunang I. So I tak rasa gugup langsung untuk menjawab soalan seperti itu. I yakin dengan jawapan I dan seperti biasa, ketika menjawab soalan, I renung tepat ke mukanya.

"Aku takde reason yang kukuh kalau ko tanya sebab aku sayang kat dia. Aku cuma boleh bgtau ko, kali pertama aku jumpa dengan si fairuz, hati aku da mula menerima perempuan. Jangan tanya kenapa aku bole setia Sub, aku membesar bercita-cita nak jadi pencinta agung. Aku nak jadik org yg setia..tak kesah ape yg jadik kat die pon..aku sanggup terima Sub.."

Bersungguh-sungguh muka I jawab. Nasib tiada orang yang mengambil gambar I ketika itu. Kalau tak mesti ketara kerut dahi dan mulut I yang terbuka luas menjawab pertanyaan seperti itu.

"Abes kalau Fairuz gemok..ko bole terima ke faqar?penyek ko nanti.."

Dia tergelak bila bertanya soalan itu. I tak suka betul bila I dah mula serius, orang lain pula seperti mempersendakan keseriusan I.

"Dengar ni Sub..ko pon tau aku nak membesar jadik Kasyah dalam novel lagenda budak setan tu..aku membesar dengan cerita itu, banyak yang aku terpengaruh dan aku nak jadik seperti orang yang mencintai perempuan sepenuh hati..tak pernah rasa ingin mencintai orang lain selain dari dia.."

"Waa beruntungnya fairuz..bagusla ko ade matlamat ko sendiri..tapi dalam cerita lagenda budak setan tu..Ayu kene operate muke die..takkan ko nak fairuz tuka muke jadik orang lain..ke ko bole je trime die nak tuka muke die macam mane pon die nak tuka..yela..dengar dari cerita ko ni..bsungguh2 ko terima dia.."

I diam seketika. I sengaja buat-buat berfikir supaya dia nampak keseriusan I dalam situasi mahu memperisterikan Fairuz. I pandang muka Sub yang dipenuhi rasa kagum walaupun hanya diberi peluang beberapa minit berborak dengan I.

"Hah!kenapa u diam?tah ape yang u pikir tah..knape?u nak fairuz muka mcm tu sampai ble2 eh..u terima tak die berwajah orang lain..?"

Terkejut I dengan sergahan Sub. Dia juga menambah lagi kejutan dengan pertanyaan kali kedua yang soalannya tak berubah isinya, cuma struktur ayat sahaja berbeza. I jawab juga pertanyaan dalam keadaan I yang terkejut itu.

"Aku takkan la nak tinggalkan dia kalau rupa dia da lain..lagipon hati budi die yang aku tengok Sub..tapi kalau die nk tuka sangat muke..mcm Juliana Evans ok ape..yela..alang2 baya mahal"

"Huh?u sirius nk tengok muke die macam Juliana Evans tu?"

"Ala..ape salahnya..Maksud aku kalau die nak tukar..yela..bayar mahal2..ala..bukan aku minat sangat kat Juliana Evans..cuma...."

Percakapan I terhenti. I nak teruskan bercakap tapi ada sesuatu tindakan Sub yang membuatkan I musykil. I terpandang dia menekan sesuatu pada handphonenya yang membuatkan I rasa tak sedap hati.

"Ko tengah rakam ape yang aku cakap eh Sub?Baik ko delete.."

I tanya soalan itu menunjukkan I mengesyaki dia. I nampak dia senyum dan terus menyimpan handphone dalam beg. I betul dah rasa tak sedap hati. I rasa macam I dah terperangkap. Strategi mereka kali ini lebih terancang dan mangsa mereka yakni I, terlalu jinak dan mudah diperdayakan.

"Ooooo..Juliana Evans eh..cantik tu faqar..."

I tau ayat itu ayat perli I. Sebab percakapannya itu ditambah lagi dengan senyuman yang membawa maksud. I dah tau I kena pujuk seseorang malam ini. Tunang I. Macam mana I nak beritahu I tak pernah suka tengok Juliana Evans. I tahu dia takkan percaya. Dengan bukti yang ada pada Sub, dia layak merajuk selama seminggu.

I tak tahu lelaki lain sebab I tak pernah cuba mendalami hati lelaki lain. Gila kalau I buat macam tu. Tapi I cukup yakin, tiada lelaki yang betul-betul boleh jadi pencinta agung, sebab bagi I, kelemahan lelaki adalah wanita, dan I pasti wanita cantik boleh mempengaruhi lelaki yang kononnya betul-betul setia. Kalau tanya pendapat I tentang lagenda budak setan, I cuma anggap Kasyah adalah watak dalam kisah dongeng atau fantasi, dia bukan seorang lagenda.

2 ulasan: