Khamis, 21 Oktober 2010

Lelaki = Bayi

I rasa belum cukup seminggu post Lagenda Budak Setan tu I karang, semua kawan-kawan lelaki I dah bising. Mereka cakap I membuka rahsia lelaki. Mereka tuduh I bersekongkol dengan kaum perempuan sebab I takut bini. Macam-macam lagi tohmahan I terima akibat menulis kenyataan bahawa lelaki mudah tergoda pada paras rupa atau lebih senang I katakan kecantikan. Hakikatnya I menulis kebenaran dan orang lelaki tak suka kebenaran seperti itu didedahkan. Hidup dalam penipuan lebih selamat, kata pihak lelaki. I tak suka bergaduh dengan kawan-kawan lelaki I, maka I bersetuju dengan apa sahaja yang mereka cakap. Ada sesetengah kawan lelaki I yang paksa I betulkan semula keadaan dengan memberitahu kaum hawa apa sebenarnya kehendak lelaki. I lelaki yang budiman, maka I turuti kehendak kawan-kawan I.

Respon yang I dapat dari kawan lelaki I mengatakan tidak semua lelaki memandang pada paras rupa. Sebab kebanyakan lelaki zaman sekarang, suka mencari kekayaan berbanding segala-galanya. Maka, spesis lelaki seperti ini, mencari perempuan-perempuan kaya yang sunyi, baru ditinggalkan atau sudah lama ditinggalkan. Bagi kaum lelaki seperti ini, status perkawinan tak penting, yang penting adalah aset yang mempunyai nilai wang ringgit, dan boleh membahagiakan lelaki yang tidak bekerja. Ada juga benar kata-kata kawan I, sebab I pernah dengar ada lelaki yang sanggup buat begitu semata-mata kerana duit. I tak rasa hormat langsung lelaki seperti itu, sebab bagi I, lelaki sepatutnya mempunyai kecenderungan untuk bekerja dan memberi nafkah kepada pasangan, bukan pula disebaliknya. I harap I takkan jadi lelaki seperti itu.

Kawan I yang lain pula mencelah. Dia tak bersetuju kebanyakan lelaki memandang kekayaan dan harta benda. I teruja bila ada kawan yang sependapat dengan I. Tapi dia juga tak bersetuju dengan I yang lelaki memandang kecantikan atau paras rupa. Pada pandangannya, lelaki mempunyai kemahuan yang batin atau tidak nampak dengan mata kasar. Kalau ikut apa yang I faham dari cerita kawan I, lelaki lebih menjurus kepada bentuk tubuh badan. I nafikan sekeras-kerasnya pendapat kawan I sebab pada I, kenyataan seperti itu lebih menunjukkan kelemahan lelaki. I tak bagi peluang kawan I bersuara lagi sebab I rasa orang seperti dialah yang mencemarkan imej lelaki yang sepatutnya mempunyai hati yang bersih dan hakiki ini.

Tiba-tiba kawan I yang paling jarang bersuara mengeluarkan hujah. Ramai yang terkejut apabila mendengar suara kawan I yang berumur itu sebab kalau ikut pengalaman I, dia hanya mengeluarkan suaranya untuk memesan makanan dan minuman sahaja. Selebihnya dia hanya menggunakan hubungan mata dan bahasa tubuh. Tapi dia pun ada hujahnya tersendiri dan I pun kagum dengan hujahnya. Cara percakapannya yakin dan tutur katanya jelas dan lancar, tak seperti ucapan puteri UMNO yang menggunakan lontaran suara yang tinggi, tapi tidak kena pada tempatnya. Kawan- kawan I yang lain turut kagum dengan kawan I itu. Jawapannya mudah.

"Lelaki tak pernah pandang pada kecantikan..paras rupa..kekayaan atau bentuk tubuh badan..Lelaki yang tulus ikhlas sebenarnya buta..tidak nampak apa-apa melainkan kasih sayang..kasih sayang pun kaum kita tidak akan nampak tetapi suka merasai kasih sayang yang diberikan..lelaki yang sejati tidak suka diberi tapi suka memberi..tidak suka meminta tetapi mengharapkan kasih sayang..kita semua seperti bayi..ingin dibelai..dimanja dan disentuh..Ingin rasa disayangi..ingin rasa dirinya diberi perhatian..kalau lelaki itu berubah hati..itu tandanya lelaki itu sunyi..selalu kesepian..dan bukannya disebabkan lelaki adalah kaum yang miang dan mencari kesempatan.."

Mana-mana perempuan yang mendengar hujah kawan I tadi, mungkin boleh terus jatuh cinta kepadanya. Sebab I tak mampu nak gambarkan kesempurnaan tutur kata itu dengan jelas, yang pasti bunyinya seolah-olah dia sedang berpuisi kerana lenggok suaranya yang beritma. I sendiri kalau tutup mata dan selami apa yang disebutkan tadi, mungkin boleh menitiskan air mata juga. Sebab walaupun I nampak kasar, tapi hati I cepat tersentuh tetapi tidak tersinggung. Dalam keseriusan perbincangan tentang isu-isu maskulin. Ada juga lelaki yang cuba menyampuk dan membuat lawak tak kelakar. Habis sahaja kawan I tadi berpuitis, lagi sorang kawan I menyambung..

"Kalau jadik bayi..seronok la boleh minum susu cap gantung!!"

Bengong, pendek akal, memalukan kaum lelaki, memang lelaki miang, tak senonoh dan tak kelakar langsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan