“Abah, 3 x 8 = 24 kan?”
“Tak payah tanya abah pun takpe kan?!
Abah tengah sibuk! Takkan tak boleh nampak! Ko pergi tengok dekat belakang buku
sifir pun boleh nampak dah jawapan!”
I menjawab dalam
keadaaan yang sangat marah. Hampir setiap hari anak-anak I dimarah sepanjang
bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan bagi
membendung penularan Covid 19. Ini pengalaman baru I, sepanjang 35 tahun hidup,
tidak pernah lagi arahan seperti ini dilakukan, dan bagi I, ianya sangat
membebankan.
Isteri
I berkerja di hospital, dan disebabkan virus Covid 19 ini, cutinya dibekukan
dan I pula perlu menjaga tiga orang anak-anak I disebabkan taska yang ditutup
di atas arahan kerajaan dalam perlaksaan PKP ini. Menjaga anak-anak bukanlah
masalah utama I, kerana anak-anak I memang rapat dengan I, tetapi untuk menjaga
anak sambil “bekerja di rumah” dan juga untuk memenuhi permintaan guru sekolah
anak-anak, ianya menjadi cabaran yang sangat besar kerana I juga perlu menjaga “amoi”
(anak kecil perempuan I) yang berusia 1 tahun 4 bulan.
I
perhatikan anak I yang dimarahi kerana persoalan sifir tadi. Dia termenung
memandang kerja rumah yang perlu dilakukan. I sedar dia juga bersungguh-sungguh
untuk melakukan kerja rumahnya kerana I tawarkan waktu bermain ps4 selama 3 jam
jika dia habis kerja sekolahnya. Itu menjadikan satu tekanan untuknya
menyiapkan kerja rumah dengan cepat kerana dia lebih suka jika dapat bermain
lebih awal, itu yang menyebabkan hampir setiap soalan, dia datang berjumpa I. Annoying!
“aba..aba..aba..aba...aba..”
Amoi
datang membawa handphone yang I berikan padanya. Rupanya video dalam youtube
kids yang I berikan kepadanya sudah pun terpadam. I terus mendukung amoi
sambil membuka semula video yang hendak ditontonnya.
“Nape sayang..takde orang kawan dengan
dia ke..abah tengah ada kelas online ni..nanti abah abes kelas..abah suap makan
ea..abah sayang sangat kat echa..tapi abah sibuk sikit..”
I
baringkan dia semula dan berikan handphone kepadanya. Hati I kecewa
kerana I sendiri yang berikan handphone kepadanya yang mungkin akan menyebabkan
dia ketagihan! I tiada pilihan, kerana I masih lagi perlu bekerja, kelas perlu
dijalankan, aktiviti selain aktiviti akademik juga perlu dilakukan bagi
melahirkan graduan – graduan yang lengkap dan berdaya saing. Tiba-tiba I
teringat bubur yang I masak di dapur. Bergegas I ke dapur.
Kering.
Bubur yang I tinggalkan untuk sarapan amoi tadi tak menjadi. I ambil periuk
lain dan terus masak semula. I tak buang masa kerana I risau amoi akan lebih
sukar dipujuk jika dia betul – betul lapar. Selesai urusan di dapur, I sambung
kelas semula. Anak – anak lelaki I masih lagi tidak dapat menyelesaikan kerja
rumah mereka. Dalam hati I, I sedar mereka perlukan bimbingan ketika melakukan
tugasan sekolah, tetapi I sendiri ada tanggungjawab pelajar I. I abaikan
anak-anak I. I fikir malam nanti I akan bimbing mereka melakukan kerja sekolah.
Itu plan I.
“Danish..Firas..dah takpayah buat
kerja sekolah tu..g makan breakfast abah dah beli tadi..pastu main lah
ps4..malam nanti baru buat kerja rumah.”
Anak-anak
I seolah-olah tidak percaya apa yang baru I arahkan. Mereka teragak-agak kerana
takut akan dimarahi lagi.
“Cepatlah! Nanti abah nak suruh jaga
adik (amoi) lagi!. Pukul 11 abah ada meeting!”
Hampir
setiap hari I beli makanan menggunakan perkhidmatan Food Panda, Grabfood
dan lain-lain yang berniaga menggunakan medium Whatsapp. I dah tak kira
pasal duit, ramai yang dapat menyimpan duit ketika PKP, tapi bukan I. Sarapan
dan lunch, semua I beli atas talian, kerana masa yang begitu padat. Makan malam
kebiasaannya isteri I akan masak, itupun kalau dia tak oncall. Ada juga yang
cadangkan I minta isteri I bangun untuk masak sarapan dan lunch pagi-pagi, I
tak pernah terfikir begitu pun sebab I memahami penat dan lelah isteri I. Dia
pun bekerja juga, perlulah ada waktu rehat juga untuk dia, tidur yang
secukupnya bagi memastikan kesihatan dan fizikalnya dalam keadaan yang baik.
Selesai
anak-anak I sarapan, mereka pun mula bermain ps4 dan amoi masih lagi menonton
video dari handphone. I pula sedang melakukan kelas online, mesyuarat,
perbincangan dengan pelajar bagi memastikan program yang akan dijalankan
berjalan dengan lancar. I curi masa sekejap untuk suap amoi kemudian buat kerja
semula. Anak-anak I bermain ps4 hampir sepanjang hari sehinggalah isteri I
pulang kerja.
Jam
5.30pm dan isteri pulang. Ketika itu, I masih lagi bekerja, menyiapkan beberapa
laporan untuk dihantar.
“Abang, nape rumah bersepah sangat ni?
Nape abg tak kemas tadi dah duduk kt umah?”
To
be frank, I kecewa dengan persoalan yang bersifat sarcasm. Soalan itu pula
keluar dari mulut isteri I yang percayakan I. Dia sendiri pernah cakap dia
beruntung kahwin dengan lelaki yang rajin macam I. Dia sendiri terkejut selepas
kahwin, kerana I selesaikan cucian pinggan mangkuk, sidai baju dan pelbagai
lagi.
“Abang sibuk sangat tadi. Kerja
budak-budak sekolah pun abang tak sempat nak guide..sbb cam pack
sangat..sempat lari-lari untuk suap chicha (amoi) makan je..”
Walaupun
I menjawab persoalan isteri I, tapi hati ini telah pun sakit. Jantung I
bergedup dengan laju, I kecewa dengan diri I. I kecewa kerana walaupun I rasa I
sangat sibuk, tapi I tak dapat impressed kan isteri I, and its a big
disapointment. I terus siapkan kerja tanpa mempedulikan bebelan isteri I
kepada anak-anak pula. Selesai menghantar report I menggunakan email, I terus
masuk ke bilik untuk mengadu hari I yang sangat padat. Sebelum I sempat membuka
cerita.
“Abang tahu tak, tadi I geram betul
dengan orang yang block kereta I. Dah la dia block.............”
I
pula mendengar masalah dari isteri I dan sebagai pendengar yang baik, I dengar
dan respon bila perlu. Cuma kali ini cerita I tak dapat nak disampaikan kerana
cerita I nanti hanya akan menganggu momentum cerita isteri I.
“Abang, nanti jap lagi I masak..pastu
kte kemas rumah sama-sama n rehat ok”
“Ok sayang”
I
pun bawa amoi untuk pergi bermain di luar rumah. Kesian pula dia hanya duduk di
rumah dan tengok handphone sahaja.
Malam
selepas makan, I tolong isteri untuk sama-sama kemas rumah and guess what,
badan ini terlalu letih untuk guide anak-anak untuk buat tugasan
sekolah. I terus tidur. Apa yang berlaku pada hari ini bagaikan diulang-ulang
sepanjang PKP. Diam tak diam masa tu dah masuk minggu ke 3 PKP dan anak-anak
lelaki I tak belajar, tugasan sekolah hanya sekali sekala dibuat. I menjadi
seorang ayah yang cepat baran, amoi menjadi seorang kanak-kanak yang ketagih
dengan video youtube kids. Family I rosak! Disebabkan PKP, family
I rosak dan tiada siapa pun tahu, not even my boss, cikgu – cikgu sekolah,
kawan-kawan sekerja. They dont even care kalau I ada masalah pun! I
kecewa dan ada sedikit tekanan di dalam hidup I, sehinggakan I mengadu dekat
mak I, setelah sekian lama tak pernah mengadu. Cuma kali ini, pujukan mak I tak
memberi kesan, mungkin kerana I pun dah matured, maka hati ini masih
lagi dalam keadaan tertekan.
Jika
anda sudah membaca cerita I sehingga ke tahap ini, I ada soalah untuk anda
semua. Tahukah anda dengan siapa yang anda boleh ceritakan masalah dan rasa
lapang selepas anda bercerita? Berceritalah masalah kepada yang Maha Berkuasa,
Maha Mendengar dan Maha Agung. Mengapa? Sebab Dialah yang tahu kelemahan kita,
Dialah yang menciptakan hati manusia, malah Dialah yang hadirkan masalah ini
untuk jadi ujian kepada kita, maka setelah sekian lama, I mulakan kembali solat
1/3 malam I.
Bangun
pada awal pagi, mengambil wudhu’ dalam keheningan malam dan dengan kedinginan
air. Melakukan solat sunat dengan tanpa gangguan bunyi manusia, meletakkan
kepala lebih rendah dari punggung dan merintih dengan masalah-masalah yang I
hadapi, rosaknya keluarga I, meminta perlindunganNya. Kemudian tidur semula
untuk bangun pada waktu subuhnya.
Lapang!
Hati ini tiada lagi bebanan. Allah menjawab rintihan hati I. I kejut anak –
anak lelaki I, beritahu mereka perancangan supaya semua berjalan dengan
teratur. I nasihatkan mereka bahawa jika kita tidak mengisikan masa kita dengan
baik, kita akan berada di dalam kerugian. Masa itu juga makhluk Allah, gunakan
sebaik-baiknya supaya kita berada di dalam keberkatanNya. Alhamdulillah, semua
itu sudah berlalu, waktu I menulis, kita sudahpun berada di hari ke 19
PKPP (pemulihan). Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan sentiasa di dalam
rahmatNya.