Sabtu, 11 Disember 2010

Hikayat Putera yang Sempurna

"Diciptakan seorang insan~
Lembut hati bak~ redup pandangan
Pabila berkata~
Seluruh alam menyaksikan kesyah~duan
Bagai tersentuh rasa percaya
Tika terdengarkan!!!"


Berkumandang suara I memenuhi setiap kekosongan yang sunyi dalam mahligai I. Walaupun I menyanyi dalam bilik air, tapi kemerduan suara I itu dapat dihayati setiap makhluk yang berada tidak jauh dari 800meter. Begitu hebat dan merdu suara I sehinggakan jika I sambung menyanyi di luar mahligai I, sekawan burung turut bersama-sama menyanyikan lagu yang I nyanyi. Pokok-pokok juga semakin membesar dan bunga akan menjadi semakin mekar. Tak ubah seperti dalam cerita-cerita fantasi yang kita dengar. Kemerduan suara I tiada tolok bandingannya dan lagu nirmala dari Siti Nurhaliza merupakan lagu wajib I ketika berada dalam bilik air kerana lirik lagu tersebut dekat sangat dengan diri I. Cuba hayati qasidah lagu tersebut, cukup jelas menceritakan tentang diri I.

I keluar dari bilik mandi tanpa dibaluti apa-apa pun. Maklumlah, bila tinggal seorang diri, aurat pun terdedah sana sini. I duduk di bawah kipas untuk mengeringkan badan. Ketika proses pengeringan badan ini, I takdelah duduk di hadapan cermin. Betul-betul tak tahu malu jika I buat begitu, tapi I bangga dengan diri sendiri. Kelihatan sangat sempurna sebenarnya. Walaupun I kelihatan sempurna dan I sendiri pun rasa begitu, I ada kelemahan. Setiap kali I pegang sesuatu benda, benda tersebut mesti cair. I pegang pensil pun jadi cair, I cuba pegang meja pun boleh jadi cair, dan kalau I pegang wanita. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Wanita boleh cair dan kalau I pegang hati wanita, mereka boleh jadi milik I selama-lamanya. Alhamdulillah I tak cair bila pegang anggota badan sendiri, kalau tak susah pula nak keras. Sebab tula I tak guna tuala untuk keringkan badan, tuala pun boleh jadi cair jika I pegang.

Maka dah banyaklah wanita cair dengan kehebatan I. I pun tatau sihir apa yang I gunakan sehingga I boleh mencairkan setiap objek dan juga wanita. Maka I buat pengumuman kecil-kecilan, siapa wanita yang boleh bagi objek atau bahan yang I pegang tak cair, dia dapat mengahwini I. Berduyun-duyun wanita dari pelbagai saiz dan kecantikan datang untuk memberikan bahan-bahan yang mereka rasa bila I pegang tak jadi cair, I jadi rambang mata sekejap. Ada juga yang bodoh bawakan air bagi I pegang. I tak sentuh langsung air yang diberikan. cuma I tanya dia balik samada dia mempunyai asas dalam subjek kimia atau pun tidak. Dia terus lari dan menangis, menjerit kuat-kuat mengaku kebodohan sendiri. I tak mampu nak komen apa-apa. Datang seorang wanita ini dengan harapan boleh tarik perhatian I. Dah la datang rumah I pakai bikini, beri I baju dalam untuk I pegang. I pun terpaksa menjawab.

"Cik adik yang manis dan sexy, patik nak cari bahan yang patik pegang tak cair, bukan cari bahan yang patik pegang, makin keras"

I tenung dia tajam. I dah mula give up dengan wanita-wanita ini tetapi ada seorang wanita yang I rasa membawa bahan yang lain dari yang lain. Kecil molek sahaja orangnya, dan dia memakai cermin mata. Dia beri I bahan itu untuk I pegang dan ajaibnya, bahan itu tidak cair langsung. Dia beri arahan untuk memasukkan ke dalam mulut. I ikut dan ajaib lagi sekali bila bahan itu mula cair di dalam mulut I. I terus menyanyi...

"Coklat susu m&m~
Cair di mulut~
Tidak di tangan~~"

13 ulasan:

  1. satu lagi penulisan sempurna yang mampu mengukir senyuman kepada pembacanya. teruskan cerita2 puitis anda di samping berkongsi serba sedikit perkara terbaru yang 'berlaku' dengan diri anda.

    p/s. aku mula2 boleh bajet ko masukkan spek mata tu dlm mulut. sori. lampi sial. haha

    BalasPadam
  2. haha bengong..ko da mule rajin baca ke?nampak sangat ko lepak2 je kat upm tu..haha weh..asl masukkan spek plak..tu siyes lampi gle kot..haha

    BalasPadam
  3. ..Kecil molek sahaja orangnya, dan dia memakai cermin mata. Dia beri I bahan itu untuk I pegang dan ajaibnya, bahan itu tidak cair langsung. Dia beri arahan untuk memasukkan ke dalam mulut..

    aku rasa struktur penulisan ko belum cukup sempurna. ahahah

    BalasPadam
  4. "ada seorang wanita yang I rasa membawa bahan yang lain dari yang lain."

    ko skip ayat tu gile!

    BalasPadam
  5. sronok aku tgk org gile menaip! haha.. same la korg.. ;P

    BalasPadam
  6. amboi saifira name skrg..sronok org da kawen ye..name pon trus kacok yeh...ble plak aku gle menaip?aku cuma cakap..orang lain taipkan tau..kate boss!

    BalasPadam
  7. beb, karang cite ala2 cikgu suraya satuuu!!

    BalasPadam
  8. hehe bole2..utk ko din..ape ade hal...ngeh3

    BalasPadam
  9. mende ape yg pegang jd makin keras oi?haha

    BalasPadam
  10. mane la aku tau jan..tu kira bole jadi teke teki kot..heee

    BalasPadam
  11. name saifira tu dh lame wujud.. cume x establish je.. berkenan je aku ngn name tu.. hihi.. wahh, bleh plak org tlg taip kt blog ek? agak2 brp gaji k0 bleh bg kt jurutaip?

    BalasPadam
  12. eh..ko tgh carik keje ke?haha kebanyakan jurutaip aku sanggup bkerja tanpa dapat apa2..aku bg dia cuci mata tgk aku je..tu pon dorang da puas..sorry to say la..haha

    BalasPadam
  13. hampehh, d0wh! puas la sgt, klu stakat tgk k0.. haha.. saje je nk tmbh pndptan.. k0t2 la k0 ade ade pndptn lebey yg nk share ngn aku.. hehe..

    BalasPadam