Rabu, 8 Disember 2010

Wanita sering diutamakan

Awal muharram lepas, tahun baru bagi semua muslim dan I sebagai salah seorang dari muslim yang istiqamah juga berazam membuka buku baru bagi tahun ini. Dan kawan-kawan I, dari dulu lagi, setiap kali tahun baru, malam sebelum itu perlu diadakan futsal kerana setiap kali tahun baru, seluruh rakyat Malaysia akan mendapat cuti umum, dan kami gunakan sebaik-baiknya untuk beriadah dan mengeluarkan peluh. Lagipun futsal bukan sahaja bagus untuk kesihatan dan ketahanan stamina, malah boleh mengeratkan silaturrahim. Tidak kiralah apa jua sukan yang diceburi, bagi I semua sukan memberi impak yang baik dan sihat. Kalau ikutkan hati I, I teringin nak sukan renang menjadikan budaya bertukar pakaian dengan pihak lawan selepas habis perlawanan. Tapi biarlah renang berirama, gadis-gadis genit itu yang membangkitkan semangat kesukanan, kalau Danial Bego yang bertukar-tukar pakaian, I rela pengsan dari melihat entiti itu.

Maka perlawanan futsal malam itu telah diaturkan oleh kawan I di Kajang dan secara jujurnya, I terasa impak kenaikan minyak. I bukan kedekut sangat cuma bila datang semata-mata untuk bermain futsal dan terus balik, I terasa macam membazir sangat pula untuk ke Kajang dari Seremban dengan menaiki kereta. Lagi sekali I cakap, I bukan kedekut, sebab kalau ikut kemampuan I, I bole isi minyak dan memandu hingga ke Jepun. Begitulah gambaran kemewahan I. Cuma I terasa tanak memandu kereta ke Kajang, itu sahaja, maka I bercadang nak ke sana menaiki komuter. Komuter, definisi I adalah keretapi yang kononnya laju tetapi mengambil masa yang lama ke Kuala Lumpur.

Malam itu selepas membaca doa awal tahun, I bertolak ke stesen komuter. Riuh lagi suasana di stesen tersebut dan I tak rasa sunyi sangat walaupun I berseorangan. I beli tiket ke Serdang sebab kawan I yang akan datang ambil I dari sana. Nasib I baik, ada tren yang belum bergerak lagi dan I terus menuju masuk ke dalam tren tersebut. I ambil port di tepi pintu sebab kononnya senang nak keluar nanti. I lihat ramai wanita dalam tren tersebut. Itu yang buat I rasa I buat pilihan yang betul untuk memilih komuter berbanding kereta untuk ke Kajang. I senyum sorang. Dan perkara biasa yang berlaku pada I berlaku lagi. Semua wanita dalam tren tersebut memandang I, ada yang senyum, ada yang senyum juga, tapi nampak gigi. Ada juga yang pandang serong. Pandang serong maksudnya pandangan dari arah tepi, seolah-olah menjeling, tapi badan tak berpaling. I balas semua senyuman mereka.

I keluarkan telefon mudah alih I sebab I berjanji nak beritahu orang baru dalam hidup I jika I dah sampai ke tren atau tidak. I buat-buat busy dengan telefon bimbit I dan masih banyak mata memandang I. Sekarang baru I tahu kenapa perempuan rasa tak selesa bila dipandang lelaki-lelaki gatal. Walaupun I dah biasa dengan keadaan seperti itu, I sebenarnya tak suka bila wanita-wanita itu mencuci mata melihat I. Rasa I dipergunakan untuk kepuasan mereka pula. I makin geram, I tengok setiap seorang muka wanita di dalam tren itu dan salah seorang dari mereka menunjuk respon. Dia menunding jarinya ke arah satu notis pada dinding tren tersebut. Mata I pula seakan-akan dipukau mengikut arah yang ditunjukkan wanita tersebut. I baca dalam hati.

KOC WANITA - UNTUK WANITA SAHAJA

Em..Pelik kenapa perempuan rasa dipergunakan sebab pada I, lelaki tidak pernah rasa diutamakan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan