Isnin, 20 Disember 2010

Percutian yang dirancang

Hari ini I memohon cuti setelah kali terakhir I ambil cuti kira-kira tiga bulan yang lalu. Itu pun I ambil cuti sakit. Ini cuti tahunan dan I sebenarnya suka bila lihat cuti tahunan I banyak. Cuma keluarga I bercadang nak pergi bercuti dan tak salah rasanya I yang kuat bekerja ni mengambil peluang untuk tidak memikirkan kerja, lari dari ribuan teman wanita I dan menghirup udara selain udara di Seremban. I dah muak. Bau sama sahaja atau lebih senang I katakan, bau Seremban berpunca dari bau badan I. Wangi sangat. Bandar Seremban ini I perasan, perlu ada I, baru boleh wangi. Ramai penduduk yang sedar punca bau wangi dan kemeriahan bandar Seremban adalah berpunca dari I. Tapi mereka cuma sedar sahaja kelebihan I itu, tapi tak mahu beritahu. Takut sangat I kembang bila dipuji. Mereka tak tahu yang I dah biasa kena puji agaknya.


Maka cuti I telah diluluskan dan persiapan secara jujurnya belum dibuat lagi. I malas betul nak berkemas. Patutnya lelaki seusia I dah beristeri, dan boleh duduk rehat tengok isteri mengemas. Malangnya I jenis lelaki fussy dalam memilih pasangan. Lagipun siapa wanita yang mampu bertahan kalau inbox handphone I dah macam bank wanita. Macam-macam nama wanita ada. Tapi i tak balas pun, cuma I faham wanita kuat cemburu, kalau ada nama lain dalam inbox pun mereka dah melenting. Terus terang tu bukan salah I, muka tampan dan berkeyakinan pula adalah ciri-ciri lelaki idaman setiap orang. I anggap I mangsa keadaan. Itu sahaja.

I baring sambil memikirkan baju apa yang I nak sarungkan tatkala I mandi di pulau impian ini. Kalau ramai wanita yang mandi manda, tak salah rasanya kalau I mandi tanpa baju. Sesekali beri peluang wanita menjamah badan I. I akur sahaja dengan keinginan mereka. Tapi I fikirkan kalau I mandi di kawasan yang banyak lelaki atau ramai pelajar-pelajar sekolah. I rasa nak pakai baju tebal, kalau boleh baju hujan yang takde shape. Biar mereka tak sempat nak cuci mata pun. I tak mahu jadi seperti Azwan Ismail yang mengaku gay di youtube. Agak menggelikan bagi I. Kepada sesiapa yang tak tahu siapa Azwan Ismail, boleh buka website seksualitimerdeka.org. Memang pelik betul I bila ada kumpulan manusia yang rasa diri mereka ditakdirkan menjadi homoseksual. Lebih memburukkan keadaan, golongan homo ini menyalahkan orang yang normal (heteroseksual) tidak memahami mereka. Mereka perlu beriman kepada Al-Quran untuk memahami yang menjadi homoseksual adalah satu pilihan, bukan ketentuan seperti yang dicanangkan kumpulan yang menjelikkan itu. Kalau macam itu, I bolehlah cakap I ditakdirkan menjadi buaya di mata wanita, walhal perkara sebenar, I berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadi lelaki kegilaan ramai. I yang pilih menjadi buaya. Tak salahkan.

Esok hari Rabu dan I buat persediaan percutian I dan terus terang, I dah lama sangat tak bercuti. Percutian I yang terakhir di Cherating membuatkan I jadi serik untuk melakukannya lagi. Masa I nak tenangkan diri melayan perasaan I, ramai pula yang sibuk curi-curi gambar I, sentuh-sentuh I. Itu belum I petik gitar lagi. Pernah sekali, wanita yang sedang bermain bola tampar pantai pun, pernah tertampar kawan sendiri, kerana tidak melihat bola, sebaliknya kusyuk melihat I. I anggap percutian boleh jadi menakutkan jika I tak sorokkan identiti I. I ada kerja. Balik dari percutian I, I akan ceritakan pengalaman I dengan penuh riak dan takbur.

3 ulasan:

  1. selamat bercuti. jangan lupa memakai sun block. kalau tak, anda bakal menjadi muthusamy.

    BalasPadam
  2. tula zack..ko lupe ciri2 aku yg tahan panas..hee

    BalasPadam
  3. ko nk tau x faqar, anas tu alm0st everyday tny aku, k0 ade p0sting br x kt bl0g.. ngeri aku, die dh jd cam stalker lak.. haha..

    BalasPadam