Rabu, 16 Mac 2011

Hikayat Merong Mahasuasa

Hamba pun berdukalah sepurnama lamanya setelah mendengar khabar mangkatnya saudara hamba sendiri, raja yang gah di Langkasuka, maut angkara Geruda. Merong Mahawangsa telah hamba anggap seperti adik hamba sedangkan boleh dibilang jari perjumpaan hamba dan Mahawangsa. Perkhabaran bahawa Langkasuka tiada beraja membuatkan huru hara, semenanjung emas hilang ketua, tiada gantinya, tiada yang sehebat Merong Mahawangsa untuk dijadikan pengganti takhta. Maka pencarian raja itu dilakukan secara besar-besaran, mencari ahli keluarga terdekat Merong Mahawangsa, yang dianggapnya dewa sekalian jelata. Kesum, pendeta yang memberikan firasat ada seorang jejaka, tampan, hebat menunggang kuda dan gemar bermain futsal boleh menggantikan kehilangan raja Langkasuka yang gegak gempita, haru biru dek kehilangan raja kesayangan. Menurut Kesum, jejaka tersebut merupakan jejaka masa hadapan dan dilahirkan pada tahun 1985, umat akhir zaman.

Perutusan mencari hamba oleh Kesum akhirnya berjaya kerana hamba duduk di Seremban, 320 batu sahaja jauhnya dari Langkasuka. Hidup bertemankan wanita-wanita yang dijadikan pelayan, hamba dikatakan sepertalian darah dengan Merong Mahawangsa. Perutusan Kesum sampai ke rumah hamba, ingin menjadikan hamba sebagai Raja sebelum membesarnya anak Merong Mahawangsa yang sudah berada di kandungan Embok. Hamba bersetuju tetapi bersyarat. Perutusan dari Kesum sangatlah gembira sehingga mereka menyanyi lagu kebangsaan Langkasuka di hadapan hamba. Maka berangkatlah hamba ke Langkasuka, gabungan dua kampung yang pernah dahulunya berpecah belah. Pemergian hamba meninggalkan Seremban menerbitkan rasa sedih gundik dan pelayan wanita hamba di Seremban. Akan tetapi, hamba telah meninggalkan kucup dan rasa rindu hamba dengan potret yang diukis (ukir+lukis) menggunakan batu, kayu dan pelbagai lagi. Berebut-rebutlah mereka menyimpan potret hamba.

Tiada singgah berehat, Langkasuka sudahpun berada di depan mata. Sekalian jelata menunggu waris terdekat Mahawangsa dan jamuan besar-besaran diadakan bagi menyambut perlantikan hamba menjadi Raja semenanjung emas. Waktu gelap itu jugalah hamba memberitahu Embok yang hamba ingin memperisterikannya kerana sudah menjadi lumrah, menjadi Raja, wajib ada permaisurinya. Namun cinta Embok pada Mahawangsa amatlah dalam sehingga beliau menolak untuk hidup bersama dan menggantikan Tompok, adiknya yang masih dara. Terlepas jugalah peluang hamba untuk beristerikan Embok kerana hamba ingin juga merasa kelazatan yang digambarkan Kamawas dan Merong Mahawangsa. Tidak kurang hebatnyanya, Tompok pula seorang gadis yang lemah lembut dan digambarkan seperti Juliana Evans mirip mukanya. Maka, perkahwinan hamba dan Tompok diadakan besar-besaran dan diadakan jamuan sehingga dua kali kenyang setiap jelata. Adapun pelik dengan namanya Tompok, malam pertama telah menjawab persoalan yang bermain di kepala hamba. Dinamakan Tompok kerana terdapat kesan comot di tempat keluarnya kencing, namun kelazatan Tompok lebih hebat dari Gardenia yang disapukan Nutella ke atasnya.

Perkongsian hidup hamba dan Tompok amatlah bahagia, sebelas anak menjadi saksi kebahagiaan pasangan bulan dan bintang. Hamba tuliskan kisah ini di atas batu bersurat dan akan dihantar ke Seremban, tempat asal hamba. Dan selepas keturunan yang ke sebelas, akan lahirlah seorang lagi keturunan hamba yang suka menulis. Mengikut firasat hamba, namanya Merong Zulfaqar, tampan dan hebat orangnya. Gemar bermain futsal dan digilai ramai wanita. Penulisan yang sempurna. Sekian.

4 ulasan:

  1. kes kes~ merong zulfaqar ek? ni...salasilah ke berapa ni =P

    BalasPadam
  2. hikayat terung wangsamaju nih..

    BalasPadam
  3. farahizat: da buang merong..tak suke populariti..huahua
    pojan: terung tu buat senjata je..haha

    BalasPadam