Rabu, 23 Mac 2011

Selamat Hari Kejadian

Kalau tengok jam, masih 23 Mac lagi. Hari ini masih lagi hari Rabu, cuma langit di luar sudah gelap. Kepada calon-calon SPM tahun 2010, selamat mendapat keputusan impian masing-masing. Menyentuh tentang peperiksaan SPM, I merupakan calon SPM bagi sesi 2002. Sudah lama rasanya I meninggalkan bangku sekolah. Tapi kawan-kawan I masih segar berada dalam ingatan I. Kisah suka dan duka yang dilalui bersama, semuanya menjadi memori yang terindah bagi I. Apa tidaknya, pelbagai aktiviti nakal I, tak pernah I lakukan seorang diri, tentu ada saja kawan yang jadi peneman I.

Tapi apa yang pentingnya pada hari ini adalah hari kejadian kawan I. Sudah genap sedekad I mengenali beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah Zakuan Azizi bin Shamsul Harumain. Berkongsi minat yang sama dengan I, I boleh anggap beliau sebagai teman rapat I. Pelbagai pengalaman lucu yang kami kongsi bersama dan pernah juga bertikam lidah. Maksud bertikam lidah juga adalah perselisihan faham bagi sesiapa yang tidak tahu maksudnya, kerana I khuatir ada yang salah faham dengan kenyataan I. Bermula dari tingkatan empat, maktab rendah sains mara Jasin merupakan tempat pertemuan I dan dia dimana kami tidak serapat mana, cuma mengangkat kening atau menggoyang pinggul sahaja jika bertembung.

Matrikulasi UIA merupakan tempat kami mula-mula rapat. Ditempatkan sebilik, disitulah bermulanya perkongsian hobi dan masalah yang membuatkan I lebih rapat lagi. Minat bermain alat muzik, futsal dan lain-lain lagi, kebanyakan masa terluang kami diisi bersama. Buat pengetahuan saudara Zakuan, aku makin geli plak susun ayat poyo2 untuk ko...haha

Aku tanak wish pkai facebook..tanak pakai SMS...tanak pkai email...aku nk wish ko pkai blog aku ni..wpon aku tau ko jarang online..tapi aku nk tgk kalau ko online..ko baca tak blog aku..kalau tak baca..jgn harap aku hanta jahit baju nk jadik pengapit ko gile! Selamat hari kejadian bro!! gua sayang lu ketat2..wahahaha

3 ulasan:

  1. baca smpi last baru faham ape itu hari kejadian... >___<"

    BalasPadam
  2. lu mmg saja nak buat gua rasa besalah! hahaha terharu aku :')

    BalasPadam
  3. benda simple zack..5 hari ko amek masa kan..tak berbulu plak aku tengok ko bukak fb tiap2 hari..haha

    BalasPadam