Isnin, 12 Julai 2010

Bukan Mimpi Basah..BUKAN!

"I nak u keluar dari kondo ni! Sekarang!"

Jeritan dari mimpi I terus buat I terjaga. Jam baru pukul 3.45 pagi dan I tak berminat nak tengok final piala dunia yang keputusannya berada di tangan sotong. Siapa yang seronok bila melihat kejayaan sotong meramalkan keputusan? Makan tengah hari I pun I dah tak makan sotong lagi. Alasan I senang, selain dari harganya yang mahal, sakit hati bila melihat satu dunia seolah-olah mengagumi makhluk yang salah. Post I yang pertama dah meramal kejayaan Sepanyol pada piala dunia kali ini tapi satu dunia tak ambil berat pun. I meluat dan benci bila melihat kejayaan sotong berbanding kejayaan I yang meramal lebih awal lagi. Takkan la I nak tarik perhatian orang dengan memilih kotak makanan mengikut bendera, tu I kira sebagai menyamakan diri dengan makhluk yang berkepala besar tu. So I ambil keputusan sambung tidur I supaya I dapat mimpi indah dan tidur yang nyenyak.

I tarik nafas dan meniarap, antara posisi tidur I yang paling comel kalau dilihat dari pandangan tepi. Mungkin kerana bahagian perut I dlilindungi ketika I berada di posisi ini menjadikan I kelihatan segak semasa tidur. I cuba ingat balik mimpi I tadi, ternyata mimpi ngeri. I mimpi berkahwin dengan Datin yang tua tetapi sangat kaya. Secara kesimpulannya, mimpi I menceritakan kehidupan I dengan seorang wanita tua yang inginkan lelaki sempurna dalam kehidupannya. Pilihannya tepat dengan memilih I tapi I tak inginkan wanita yang sangat tua dalam hidup I. Dan seperti kebanyakan wanita, I dah mula mentafsir mimpi I. I tak tahu kenapa kaum wanita mengambil berat tentang mimpi, macam-macam tafsiran yang I dah dengar dan ada sesetengah tafsiran tersebut, kelakar untuk didengar. I pernah dengar kalau mimpi dipatuk ular, kemungkinan akan dirisik atau dilamar. Bagaimana dengan I yang mimpi dipatuk naga? Dalam mimpi I, I kejar dan bunuh naga yang patuk I. Keesokan paginya baru I terfikir kenapa dalam mimpi I, naga tersebut menggunakan kaedah patukan, sedangkan penggunaan api dari mulutnya dah boleh buat I hangus dan hitam legam.

I masih lagi termenung memikirkan maksud dari mimpi I tadi. I tak pernah rasa kusut sebegini. Kali terakhir I berfikiran kusut adalah pada tahun 1998, itu pun sebab I tak dapat tengok cerita Baywatch yang hanya ditayangkan di Metro Vision. Takkan I kahwin dengan orang tua? Hati I dah tak tenang, tiba-tiba I teringat yang jodoh di tangan Tuhan. Takkan la ada budak-budak sebaya I akan panggil I papa?! Kali ni I dah mula takut dengan mimpi I tadi. Suara datin tua tu mula menghantui fikiran I. Mimpi tadi dah mula menguasai I semula tapi I kuatkan semangat untuk terus tidur.

I dapat mimpi yang indah selepas tidur separuh masa kedua I. Dah pukul 7 dan I terpaksa bangun kerana sakit hati mendengar alarm I yang tak pernah berhenti sendiri. I buka sikit-sikit mata I dimulakan dengan mata sebelah kanan. Rasa penat tetapi segar yang I rasa pagi ini, berbeza dari pagi-pagi sebelum ini. I bangun, melihat cermin...

"Ala..malasnya nak mandi pagi-pagi ni.."

6 ulasan:

  1. kelakar gila ok. ahahaha.
    tp mls bangun pagi2 tu mmp basah ngan datin ke?
    eeuuw~

    BalasPadam
  2. eh mana ada..cis tgk tajuk da ada jawapan ha..bukan!

    BalasPadam
  3. Merangkumi aspek aksi, emosi, persengketaan, dendam ini bakal menyajikan suatu kelainan yang tidak mudah untuk dilihat ...
    malah 'Penulisan Sempurna a.k.a Zulfaqar' turut mengembangkan graf penceritaan dengan memasukkan aksi suspens dan thriller agar jalan cerita penuh dengan adegan yang mendebarkan dan menyentuh perasaan...Box Office Blog 2010!!!pasti meletup!!!

    - Akhbar Metro edisi RJ...

    BalasPadam
  4. haha apel..ko leh promo muvie weh!

    BalasPadam
  5. baru aku tau sejarah hidup ko..rupe2nye ko kene sembur dgn api naga..haha

    BalasPadam
  6. ha..naseb ko tau..patutnye putih la kan

    BalasPadam