Khamis, 8 Julai 2010

Post pertama I..

I tak pernah cemburu kepada sesiapa. Memang sifat I yang menghampiri sempurna menghalang I dari mencemburui kepada sesiapa. Tapi untuk menerima kenyataan yang Pendi mempunyai blog sendiri menyebabkan I tak senang duduk. Ramai kawan-kawan yang bercerita pasal blog Pendi dan I, dah jadi cerita kedua setiap kali keluar bersama. Pendi adalah seorang manusia yang pendiam, berambut kusut dan memelihara bulu hidung. Rasa sakit hati bila mendengar pujian yang dihambur kepada manusia seperti Pendi. Tapi lelaki bijak macam I tak pernah berfikir lama. I nak buat blog, dan itu janji I pada gadis-gadis simpanan I termasuk girlfriend I sendiri. Girlfriend I Fairuz rasa terancam juga bila tengok I dah mula bersemangat nak buat blog sendiri, tapi lepas pujuk rayu I dan hadiah-hadiah yang I hantar kepadanya, hati Fairuz dah mula terbuka untuk menerima hakikat penulisan sempurna I.

Maghrib tadi I dah mula fikir apa yang nak ditulis pada post pertama I dan ternyata I bukan seorang yang lambat berfikir. Baru duduk termenung seminit, I dah mula fikir macam-macam termasuk menceritakan perihal gadis-gadis yang berdampingan dengan I. Tapi I terfikir juga niat I untuk menceritakan perihal orang lain sedangkan ribuan peminat rahsia I teringin nak tahu kegiatan I. Tiba-tiba fikiran I jadi buntu, sekarang I sendiri dah keliru tentang diri sendiri. Puncanya senang, I selalu dipuji oleh orang ramai, tapi I sendiri tak pernah tau pujian mereka betul-betul memuji I atau sindiran sinis yang I sendiri dah tersalah tafsir.

Tapi I tak pernah rasa rendah diri sebab dari kecil I dah mula nampak kesempurnaan I. Kebanyakan kawan-kawan laki I sering menyatakan perasaan mereka yang ingin jadi I. Tapi takkan I nak halang mereka dengan impian mereka, selalunya I akan memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka supaya mereka rasa lebih dihargai terutama apabila mereka di khalayak ramai. Kawan-kawan lelaki I pernah menyatakan keinginan mereka berdampingan dengan teman wanita I Fairuz.

"Bukan aku tanak kasik korang berangan..tapi ko gile Fairuz nak lari dari aku..badan tak pernah ada kudis..bekas kurap..laju bila bergerak..zaman sekarang ni..selain paras rupa..kelajuan pon penting"

Kawan-kawan I dah mula buat muka. Tapi I tahu mereka terpaksa mengakui kebenaran kata-kata I. I tak pernah cuba untuk menipu apatah lagi mengecilkan hati mereka. I buat muka biasa, seolah-olah I tak cakap sesuatu yang menyinggung perasaan mereka. I mula tukar topik lain supaya mereka tak rasa rendah diri lagi.

"Aku rasa world cup kali ni Spain menang!"

Yes! Memang I bijak. Kawan-kawan I dah mula rasa seronok kawan dengan I.

3 ulasan:

  1. haha..wajah u mmg mirip mcm pablo aimar..cume lain warne je..haha

    BalasPadam
  2. Merangkumi aspek aksi, emosi, persengketaan, dendam ini bakal menyajikan suatu kelainan yang tidak mudah untuk dilihat ...
    malah 'Penulisan Sempurna a.k.a Zulfaqar' turut mengembangkan graf penceritaan dengan memasukkan aksi suspens dan thriller agar jalan cerita penuh dengan adegan yang mendebarkan dan menyentuh perasaan...Box Office Blog 2010!!!pasti meletup!!!

    - Akhbar Metro edisi RJ...

    BalasPadam