Rabu, 14 Julai 2010

Rasa Muda Semula

Dah lama I tak duduk-duduk minum dengan kawan-kawan I. Tadi bila lepak semula, macam-macam cerita keluar dan semua bersetuju yang I dah mula sombong semenjak bekerja. Bila I bagi alasan sibuk kerja, semua pun tak percaya, konon-konon I layan ramai perempuan, sedangkan I adalah seorang lelaki yang jujur dan tak suka menipu. I cakap betul-betul ni yang I sangat sibuk bekerja! Tapi, bukan salah kawan-kawan I tuduh I layan ramai perempuan, mungkin mereka berfikir mengikut logik akal. So, I tak patut marah-marah dan melenting bila semua kawan-kawan tuduh I sombong seperti merak. Bercerita tentang merak, masa I sekolah rendah dulu, I rasa diri I seperti gagak hitam, tapi bukan dipanggil gagak kerana kulit I yang gelap, cuma I rasa I tak dipedulikan orang. Yela, I bagi contoh burung merpati, I selalu sangat tengok manusia-manusia yang prihatin memberi makanan kepada burung yang jinak, nampak sangat pemurah, tapi u all pernah tengok burung gagak diberikan makanan? Burung gagak tidak mendapat perhatian berbanding burung lain dan sebab tula I rasa I tak diambil berat oleh orang lain. Alaa, itu cerita dulu, lupakan cerita burung itu, sekarang burung pun dah mula makan orang!

I teringin nak balik ke zaman muda I, masa I sekolah menengah, masa tu I dah mula nampak perubahan pada wanita dan mungkin itu merupakan faktor utama minat I terhadap wanita. Yela, melalui pemerhatian I sendiri, baru I tau anatomi lelaki dan perempuan berbeza. Mesti ada yang tak percaya dengan kenyataan I, tapi sebagai orang yang bercakap benar, I mengaku mengenali perempuan apabila I masuk ke sekolah menengah. Masa I sekolah rendah dulu, semua I anggap kawan, tapi bila I dah masuk ke sekolah menengah, I sedar yang perempuan dicipta untuk disayangi dan dicintai. Tapi kawan-kawan I ada prinsip yang lain, mereka berpendapat, memegang tangan wanita adalah satu kemenangan dan lebih-lebih lagi bila kita keluar berpegangan tangan dengan perempuan tersebut. Sebagai lelaki yang tidak pernah ketinggalan, I sendiri pernah pasang niat sebegitu. I sendiri tak tahu apa kelebihan dan keseronokan bila memegang tangan perempuan, tapi kalau ikut cerita dari kawan-kawan I, itu adalah syurga di dunia, begitu sekali gambaran mereka terhadap perilaku memegang tangan wanita.

Disebabkan I tak yakin pada diri, tiada perempuan mendekati I dan I tau cita-cita I takkan tercapai. Kawan-kawan I pula akan menghangatkan suasana dengan menceritakan pengalaman mereka membelai tangan teman wanita mereka. I cemburu, I mengaku I cemburu. I nak rasa pengalaman seperti itu dan I nak bercerita supaya orang lain denar cerita I, itu matlamat I. I cuba mencari kelemahan wanita supaya mereka boleh lemah dan masuk perangkap I. I tanak kasih sayang, harta benda atau apa-apa, I cuma nak pegang tangan je! Kadang-kadang I meracau dan berkelakuan liar mencari tangan wanita, I mula macam orang gila. Tapi penantian I tak lama...

Cikgu Azura merupakan cikgu praktikal dari Maktab Perguruan Raja Melewar. I berani bersumpah mukanya comel dan gaya cakapnya yang manja membuatkan semua pelajar senyap dan memberi perhatian seolah-olah dipukau masuk ke dalam dunianya. Cikgu Azura merupakan cikgu pendidikan seni dan kali ini I rasa I dah mula jatuh cinta. I berdebar-debar hanya dengan melihat dia bercakap dan kaki I yang jarang digoyangkan, kelihatan bergegar, membuktikan I dah tak senang duduk. I mula berangan yang jodoh I mungkin perempuan yang berumur sikit dari I. Kelas pertama I dengan dia, belajar melukis bawang. Pendidikan seni merupakan subjek I yang paling lemah tapi kelebihan I adalah I murid yang suka bertanya di dalam kelas. I angkat tangan dan terus mengaku I tak pandai melukis.

"Cikgu, saya tak pandai melukis mahupun menulis, cikgu tolong ajarkan boleh?"

I nekad tanya begitu, tapi I tak tahu adakah perbuatan I mendedahkan kelemahan sendiri akan membuatkan perempuan akan simpati atau sebenarnya memandang rendah pada I, I benar-benar tak tahu perasaan wanita. Arrggghh

"Ala..bagi cikgu tengok dulu cara kamu melukis, baru cikgu bole tengok kemahiran kamu dan betulkan apa yang patut"

I dah mula berdebar-debar, hati I berdegup kencang sangat. Suaranya betul-betul di sebelah telinga I, I dengar nafasnya dan bau wangian yang dipakainya. I keliru, dan yang paling I ingin tahu, inikah yang dipanggil orang dewasa sebagai cinta? Tapi I terfikir juga tentang perbezaan umur dan lebih-lebih lagi, dia orang yang I panggil cikgu!

"Cepat la lukis..ala..lukis bulat dulu sebagai asasnya, awak tambah siket rambut-rambut bawang tu.."

I macam tersentak semula. I mula melukis seperti yang disuruh. I cepat ikut arahan, I lukis bulat dan I lakarkan rambut-rambut yang kononnya akar bawang. Lukisan I mungkin boleh menimbulkan persepsi negatif pada pemikiran orang dewasa, tapi I tak berniat macam tu. Lukisan I menggambarkan suatu bahagian pada wanita, kalau belajar anatomi, takpela, I tak suka nak cerita panjang lebar.

"Isk awak ni dah lukis apa ni..Biar saya tolong awak.."

Huh! I terus pandang muka cikgu Azura kerana I sendiri tak percaya apa yang baru dibisikkannya. Ye, dia berbisik dan itu yang buat I rasa lebih berdebar-debar. Jantung I dah mula mengepam darah dengan kencang dan I sendiri tak tahu kemana arah darah itu patut pergi. Tangan lembut cikgu Azura tu merangkul tangan I dan pensil yang I pegang tadi dah mula tegak semula, bersedia untuk melukis. Dia goyang-goyangkan tangan I seperti membentuk satu tarian yang sangat klasik tetapi indah di atas kertas lukisan. I senyap, tahan nafas I tapi jantung I masih berdegup kencang. Mata-mata lelaki lain memandang penuh cemburu kejayaan I dan I sikit pun tak menoleh mereka. Apa yang I nampak adalah sepasang tangan yang menari penuh mesra di atas kertas lukisan, membayangkan kehidupan yang sangat bahagia ketika itu.

"Cantik tak lukisan kita.."

I terkejut. Baru tadi I dengan dia menari di atas kapal, sekarang dah ada dalam kelas balik.

"Lukisan kita cikgu?"

I senyum puas. Dihadapan I ada kertas lukisan dan atas kertas tersebut adalah bawang kami. I tak sedar yang dia dah bagi I harapan. I belajar melukis, datang setiap kelas, semuanya untuk dia dan bukan diri sendiri. Tapi I kehilangan dia, dia tamat praktikal dan tak menghubungi I langsung. I tak berharap lagi padanya lagipun perkara seperti itu boleh mengundang pergaduhan dengan girlfriend I, Fairuz. I biarkan dia pergi dan berharap dia akan bahagia. Alaa, I tak rasa rugi sebab apa-apa pun, memang I tak memegang tangan wanita, tapi I dipegang tangan wanita. So cerita I pada kawan-kawan I lebih hebat lagi.

2 ulasan: