Jumaat, 9 Julai 2010

Ceritera kawan yang keji

Hari ini I balik kerja dalam keadaan gembira. Kerja bertimbun pun masih boleh senyum lagi. Balik lambat pun tak rasa penat langsung. Tak pasti apa yang berlaku pada I sampai I boleh ada mood sebegini. Lepas semayang Asar, I cuba fikir balik apa yang I dah buat sepanjang hari. Baru nak mula berfikir, I dah tau apa yang buat I happy. Senang dapat otak cerdas macam I, tak perlu ambil masa yang lama untuk berfikir hal-hal remeh, lebih-lebih lagi hal yang mempengaruhi mood. Hari ini I kutuk kawan I sendiri dan lebih menarik lagi, kawan yang dikutuk adalah bahan kutukan kawan-kawan lain.

I tak suka kutuk orang, tapi naluri kawan-kawan lelaki I dah mula dipengaruhi naluri perempuan zaman klasik membuatkan I turut terjebak sama dalam perihal menceritakan keburukan orang. Dan macam kaum wanita, lepas bergosip, rasa tenang mula wujud dalam fikiran dan perasaan puas hati juga tak dapat disembunyikan. Perbezaan kaum lelaki apabila bergosip adalah topik untuk dikutuk dan individu sasaran itu sendiri, berbeza dengan wanita yang dipenuhi rasa dendam dan cemburu sehingga kesalahan kecil boleh jadi lebih besar. Tapi persamaan masih ada, perbuatan ini masih berdosa dan dikeji oleh orang lain, lebih-lebih lagi orang yang dikutuk.

So, kawan-kawan I tak pernah ketinggalan mengikut arus peredaran zaman dan orang yang dipilih untuk menjadi bahan kutukan itu mempunyai mata yang sepet dan berkulit putih. Suasana yang tenang dan damai, jauh dari hingar bingar juga menyebabkan persekitaran untuk bergosip lebih kondusif dan membangkitkan mood bercerita di kalangan kawan-kawan I. Orang yang kawan-kawan I kutuk, I kira memang patut dikutuk malah dicela. Perbuatan individu tersebut menganggu kekasih kawan-kawannya sendiri, mempermainkan wanita dan membangga diri apabila berjaya merampas perempuan dari kawan-kawannya sendiri dah mula buat I meluat. I sendiri tak pernah buat macam tu walaupun I ramai PEMINAT.

Cara kawan-kawan I bercerita kelihatan bersungguh-sungguh dan I tak berminat nak mencelah. I cuma diamkan diri dan menikmati cucur udang yang I dah beli tadi. Bertukar-tukar pendapat dan kadang-kala seperti berdebat dengan menggunakan memek muka yang sesuai seolah-olah mahu orang lain menyelami masalah mereka. Mereka lihat I diam dan Ameng tegur perbuatan I mendiamkan diri seperti tidak menyokong perjuangan mereka.

"Asal diam Faqar..ko sokong mamat sepet tu?"

Nada Ameng seperti mengesyaki yang I ni merupakan tali barut mamat sepet yang mereka bincangkan. I pandang muka kawan-kawan I, semua memandang I tepat pada mata, konon-konon boleh baca pemikiran I. I berhenti mengunyah, tarik nafas dalam-dalam, sengaja mahu mereka dengar I mendengus.

"Aku tak rasa mamat tu suka betul-betul awek korang tu..korang nak risau apa..aku tau sangat perangai mamat taik macam tu..dia nak rasa die winner..die nak rasa die ensem skali..so dengan kejayaan die merampas awek-awek dan kawan-kawan korang tu..die akan rasa dia lelaki paling best dan kononnya paling hensem la.."

Kawan-kawan I ternganga dengan penjelasan I. I rasa semua pun dah mula percaya dengan apa yang I cakap tadi. Yela, gila ke kalau tak percaya cakap I. Orang yang tak percaya cakap I adalah orang tak percaya pada diri sendiri dan itu adalah fakta yang benar.

"Aku rasa ko betul la Faqar..tak sangka ko boleh fikir sampai macam tu sekali.."

I senyum dan geleng-geleng kecil kepala I. Mudahnya kalau boleh berfikir pantas kan?

3 ulasan:

  1. aku rase aku akan jd pengikut setia blog ko..haha

    BalasPadam
  2. ko sebenarnya minat aku eh jan..damn!

    BalasPadam
  3. Merangkumi aspek aksi, emosi, persengketaan, dendam ini bakal menyajikan suatu kelainan yang tidak mudah untuk dilihat ...
    malah 'Penulisan Sempurna a.k.a Zulfaqar' turut mengembangkan graf penceritaan dengan memasukkan aksi suspens dan thriller agar jalan cerita penuh dengan adegan yang mendebarkan dan menyentuh perasaan...Box Office Blog 2010!!!pasti meletup!!!

    - Akhbar Metro edisi RJ...

    BalasPadam