Selasa, 7 September 2010

Putera Salji Putih

Post I kali ini ditulis dalam keadaan kenyang dan malas. Lagi beberapa hari seluruh umat nabi Muhammad akan menyambut hari kemenangan atau lebih dikenali lagi sebagai hari raya Aidilfitri. Rumah I dah penuh dengan anak-anak buah hasil dari perkongsian hidup kakak dan abang I dengan pasangan mereka. Maka rumah I jadi sangat meriah atau I lebih suka klasifikasikan kemeriahan ini sebagai kebisingan. Adik beradik I yang jarang berjumpa pun masing-masing seronok bercerita, tak kurang juga anak-anak mereka yang lebih suka menjerit dari bercerita. Maka pertembungan bunyi hasil dari dua generasi yang berbeza menghasilkan suasana hingar bingar menjelang aidilfitri. Terus terang I cakap, I adalah lelaki yang sukakan kedamaian dan ketenangan, maka cara I yang paling mudah untuk melarikan diri dari hiruk pikuk itu adalah dengan cara berpura-pura tidur di dalam bilik supaya tidak diganggu.

Malangnya taktik dan strategi I dapat dihidu oleh segelintir kanak-kanak yang cintakan suasana bising. Mereka berkumpul di dalam bilik I, bercerita kisah-kisah seram yang pada I, lebih menggelikan hati dari menakutkan, mereka juga cipta teka teki yang sangat mudah dijawab dan macam-macam lagi perbuatan yang menggangu kesejahteraan hari-hari terakhir puasa I. I dah nekad, sesuatu perlu dilakukan supaya mereka tak menganggu lagi ketenangan I. Lagipun, bagi I, tidur semasa waktu siang Ramadhan adalah satu ibadat dari I melakukan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin boleh mengurangkan pahala puasa I.

I tunggu peluang untuk menyergah kumpulan kanak-kanak ini yang merangkap anak-anak buah I. I dengar sahaja cerita-cerita mereka tentang kisah dongeng yang telah diubah suai supaya cerita mereka mudah difahami. Tapi pada I, cerita dongeng yang mereka cerita terlalu banyak pengubahsuaian menyebabkan cerita dongeng itu jadi lebih mengarut dan tiada moral. I tak berfikir panjang, kerana mereka semua kanak-kanak, I bercadang nak menipu mereka. Yes, I nekad I nak tipu mereka. I senyum sorang-sorang dalam keadaan I yang berpura-pura tidur.
I teruskan lagi kepura-puraan I dengan gaya sedang dikejutkan dari tidur, I gosok-gosok mata I dan memandang sekumpulan anti-ketenangan itu dengan mata kecil atau boleh juga dipanggil sepet.

"Korang tengah cerita pasal Snow White eh?"

I masuk ke dalam kerancakan cerita mereka. Semua pun terdiam memandang I tapi ada juga riak muka yang rasa bersalah kerana menyangkakan mereka dah menganggu tidur I. I dah dapat idea menipu, dan I nak teruskan niat I supaya mereka lari dari bilik I.

"Uncle ada cerita nk cerita kat korang..cerita ini mmg cerita betul..bukan cte dongeng mcm cte snow white tu..cte ni btol2 jadik kat umah tok mi ni..kat bilik uncle ni la.."

I perasan anak-anak buah I berminat untuk dengar cerita I. Tak sabar betul I nak menipu.

"Nampakkan cermin besa kat bilik uncle ni..cermin ni cermin ajaib..setiap hari uncle balik dari keje..uncle akan tanye dekat cermin ajaib ini..wahai cermin ajaib..siapakah jejaka yang paling kacak di seluruh malaysia?pastu cermin ajaib tu kuarkan imej uncle..maknenye uncle la jejaka paling kacak itu.."

Mereka mendengar cerita I itu bersungguh-sungguh, langsung tiada siapa yang mengesyaki I berbohong.

"Tapi ade satu hari tu kan..masa uncle faqar baru bangun tido..uncle faqar pon serulah dekat cermin ajaib ni..wahai cermin ajaib..siapakah jejaka paling tampan di seluruh tanah Melayu ini..tibe2 kuar dekat cermin tu..hantu yg menyeramkan..berdarah-darah muke die..die gosok mulut die dgn pisau..byk sangat darah..mata die tkeluar..rambut die kusut masai..idong die kemek..pipi die koyak rabak.."

"Momok ke uncle?"

Itu respon yang I nak dari pendengar cerita I. Biar die bertanya soalan supaya I boleh sambung cerita I sebab I pun dah tade idea nak memberi gambaran seram dekat mereka.

"Aah..memang momok..korang nak tgk tak macam mane muke momok tu..? uncle faqar seru dekat cermin ni eh"

"TAKNAK!!!"

Mereka berpakat lari ramai-ramai kuar dari bilik I. I lega proses penceritaan I tak perlu mengambil masa yang lama. Sebab dalam keadaan ngantuk, mana boleh I berfikir panjang, lebih-lebih lagi untuk mencipta suatu kisah dongeng. I baring semula, senyum sambil memejamkan mata I yang dah mula rasa berat akibat mengantuk. I membetulkan keadaan posisi I mengiring sebab I agak menggoda jika tidur dalam keadaan berbaring. I buka mata sekejap, dan tengok pada cermin besar dalam bilik I. Ternyata cermin itu tak pernah menipu, I nampak imej lelaki tampan dalam cermin tersebut. I senyum puas.

3 ulasan:

  1. abang adalah lelaki terkelakar yang pernah sy jumpa dlm hidup.. :p

    em tapi kan.. abg takyah tau tanya cermin tu lelaki paling hitam sape.. kesian nanti abg.. sbb cermin tu akan kua kan imej abg :p

    BalasPadam
  2. em cermin tu cermin ajaib la..die boleh menipu..lalala

    BalasPadam
  3. haha..kalo ko tanye cermin tuh mcm mane rupe pablo aimar confirm cermin tuh tunjuk muke ko..haha

    BalasPadam