Isnin, 20 September 2010

Beraya bersama artis adalah satu pilihan

I kusut sangat hari ini. Biasalah, musim perayaan sinonim dengan kemalasan untuk bekerja. Siapa yang seronok kalau terpaksa bekerja di musim-musim perayaan, lebih-lebih lagi Aidilfitri. Kadang-kadang, keseronokan untuk beraya mengatasi kesungguhan untuk bekerja yang membuatkan ramai pekerja-pekerja yang berpura-pura sakit, demam, cirit birit dan pelbagai lagi. Tapi macam I, I tak suka menipu semata-mata untuk mendapatkan cuti, nanti I rasa bersalah dan cuti tu tak jadi seronok lagi. I datang kerja sekurang-kurangnya I dapat kacau orang dan sakat pelajar-pelajar I. Tapi hari ini yang membuatkan I kusut adalah ketidakselesaan seluar I. Seluar kerja I dah ketat di bahagian punggung dan itu yang menganggu mood I untuk bekerja hari ini. Disebabkan bahagian ketat itu adalah di bahagian punggung, ia sedikit sebanyak mempengaruhi panjang seluar itu, sekarang seluar I dah terangkat sedikit atau senteng! Nasib hari ini I bercukur, ketidaksempurnaan pakaian I itu sudah tertutup kerana seri muka I sendiri. Kebenarannya, I tak suka dengan hidangan-hidangan sepanjang Aidilfitri ini, makanan yang membuatkan I bertambah berat badan dengan kadar masa yang singkat. I berusaha selama 30 hari untuk mengurangkan berat badan I, tapi dalam masa seminggu, perut I mengembang semula dan punggung I semakin melebar. I tak suka bila transformasi ini menyebabkan salah sangka orang ramai seolah-olah I mempunyai daya tarikan seperti wanita sedangkan I adalah lelaki yang berketerampilan.

I masih ingat lagi sewaktu I aktif bersukan dan hebat dalam semua permainan. Masa tu badan I langsung tiada lemak simpanan, keseluruhan badan I cuma otot-otot kental yang berkilat bila berpeluh. Tapi ciri-ciri I tidaklah sama seperti Edward Cullen si pontianak jambu itu, I tidaklah berkilat seperti beliau apabila terdedah kepada cahaya matahari, cuma otot-otot I terserlah, itu maksud I. Masa zaman I berbadan seperti itu, ramai yang suka pegang-pegang badan I,tak kurang juga yang curi-curi tengok badan I. Masa I pergi berurut untuk melancarkan perjalanan darah I pun, tukang urut Thailand pun tak berani urut I, malah dia yang minta diurut cuma I menolak dengan cara yang lembut. Tapi itu cerita dulu-dulukan, sekarang I dah tak begitu lagi, I menulis blog ni pun sambil I usap-usap lembut perut buncit I.

Balik dari kerja tadi, kawan I ajak pergi ke rumah kawan perempuannya. Katanya ada open house dan siapa-siapa saja boleh datang. I bersetuju untuk pergi menemani kawan-kawan I. Bagaimana I nak menolak, cara kawan I bercerita, I gambarkan kawan perempuannya itu bagaikan Fazura atau Eja kalau di Malaysia. Tak salah rasanya kalau I teman kawan I itu, lagipun tunang I pesan, jangan makan banyak-banyak, dia tak pesan pula I patut berpantang untuk mencuci mata. I anggap perbuatan yang bakal I buat itu sebagai halal sahaja di sisi tunang I. Lagipun dia jarang baca blog I, so I rasa bebas sedikit.

Lepas Maghrib, I terus bersiap, I kenakan baju kemeja supaya nampak lebih kemas sebab open house I dah anggap seperti majlis formal. Banyak sikap I yang berubah semenjak bekerja, kadang-kadang I pakai seluar slack untuk berkebun, keterampilan adalah keutamaan I. I jemput kawan I dan dalam kereta, dia asyik bercerita tentang perempuan itu. I pulak dah bosan. Sampai sahaja di sana, kami dijemput oleh perempuan itu dan I terpaksa jujur, cerita kawan I itu ada sedikit benar. Rambutnya yang panjang dan lurus itu mirip Ija cuma badannya sedikit berisi. Sengaja dia pakai baju yang menunjukkan kulitnya putih melepak dan kami saling berpandangan.

"Hey Amer..lamenye tak jmpe u kan..macam da 10 taun tak jmpe n muke u pon da byk berubah"

Perempuan tu yang mulakan perbualan dulu. Yela, tuan rumah sepatutnya mengalu-alukan kedatangan tetamu.

"Siapa yang ko bawak ni Amer..wait wait..Ako mustapa?kenalkan la dekat I"

Perempuan tu dah hulurkan tangan pada I, I tak tahu macam mana nak elak. Kalau di tempat kerja I, kalau orang menghulurkan tangan, kita wajib salam kerana itu adalah gaya korporat. Tapi macam mana kalau tunang I dapat tahu I bersentuhan tangan dengan wanita. Lama sangat I berfikir sehingga perempuan mirip Ija itu dah mula rasa tidak selesa.

"Ni kawan lama I..Faqar..dia da bertunang da"

Sibuk betul kawan I yang masuk campur dalam tempoh perkenalan itu. Tapi I cuba juga untuk perkenalkan diri I. I terus salam tangan Ija wannabe itu seraya berkata.

"Faqar tu memang nama kawan2 I panggil..Tapi nama penuh I..Ako..Ako Zulfaqar"

I senyum tanda I sedang membuat lawak. Perempuan itu senyum dan cakap pada kawan I yang I ni kelakar. I tahu perempuan suka lelaki yang kelakar. I cuma senyum dan angkat-angkat kening I konon-konon I adalah seorang lelaki yang berkeyakinan dan berkerjaya. Masa I sedang makan, I perasan mata perempuan itu asyik curi pandang I, I buat-buat busy hantar SMS pun macam diperhatikan. I dah mula rasa tak selesa. Dah la seluar jeans I ketat sangat di bahagian punggung, kedudukan I dah macam orang yang tahan kentut.

"U da kenyang makan?makan la lagi..I suka tengok u makan"

I tahu soalan tu ditujukan kepada I. Tapi I tak beri respon sebab mulut I sedang mengunyah kuih-kuih raya yang banyak dihidangkan itu. I cuma angguk kepala tanda hormat dengan cara dia menjemput I tadi. Selesai makan, I dan kawan I meminta diri sebab tetamu pun da makin ramai, tak seronok rasanya kalau terlalu ramai berebut makanan, I suka makan sendirian. Kami pun bersalaman dan saling bertukar ucapan selamat hari raya.

"Selamat hari raya Ako Zulfaqar..lainkali datang lagi yeh..I suka tengok u makan..Perut u pon macam Ako mustapa dah..buncit sket..Kidding"

I tau nada perempuan itu bergurau cuma..Boleh tak kalau I nak cakap lawak orang perempuan TAK KELAKAR ok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan