Rabu, 15 September 2010

Semalam berwarna coklat cair

I nak buat pembaharuan. I tak mahu lagi berada di takuk lama di mana semua orang memuji penampilan I, asyik mensyukuri kejadian I sehingga membuatkan I jadi riak dan takbur. I kena pergi jauh dari semua orang supaya I sedar diri semula. Beberapa hari lepas, semasa I beraya bersama kawan-kawan lama, ada yang cakap I dah banyak berubah. Mereka cakap I bangga diri dan angkuh walaupun I tiada niat untuk semua itu. Cuma bila kita hidup dalam keadaan yang penuh dengan pujian dan hormat oleh orang lain, rasa bangga pada diri sendiri mula wujud. Sehingga sekarang pun, teguran kawan I tempoh hari masih terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran I yang penuh dengan pengetahuan ini. Macam mana I nak mengelak dari dipuji, mulut tempayan bolehlah ditutup, tetapi mulut manusia sangat sukar untuk dihentikan celotehnya. I ambil keputusan untuk membawa diri untuk beberapa hari, untuk mencari siapa diri I. I belum terfikir lagi destinasi yang hendak I tuju tapi tujuan I dah jelas. Beberapa hari lagi I akan kenal siapa sebenarnya diri I. Tiba-tiba I rasa tak sabar nak tunggu perubahan I.

I dah kemaskan barang-barang I. I cuma bawa T-shirt dan seluar pendek, tuala pun I bawa yang bersaiz kecil, I tak mahu banyak barang sebab I masih belum fikir kawasan sasaran I. Lagipun kalau bawa bag besar, I risau parents I fikir I nak lari dari rumah pula. Sebab kebelakangan ini, I selalu tiru cakap warga asing dari Pakistan, I khuatir ibu bapa I bersyak wasangka yang bukan-bukan pula. Berus gigi I bawa takut-takut I ambil keputusan untuk bermalam, ubat gigi I bawa yang kecil sahaja. I tak tahu samada nak bawa sikat atau tidak, minyak rambut lagi, sebab rambut I dah makin tebal, pelik betul sebab rambut tak jadik panjang, tetapi semakin menebal. Kini I dah bersedia, I ambil kunci kereta dan capai perfume untuk I semburkan pada badan I supaya bau kejantanan I lebih menyerlah. I sengaja pakai perfume yang mengandungi feromon biar haiwan-haiwan yang berada berdekatan dengan I akan rasa dekat dengan musim mengawan. I mintak izin dari umi I dan terus pergi ke kereta. Dalam kereta I berfikir lagi ke mana I nak pergi. I taknak pergi ke Australia atau Jepun sebab I bawa kelengkapan yang sedikit, I rasa nak pergi kawasan tempatan tetapi kawasan yang tinggi atau tepi pantai. Mungkin I rasa tenang bila berada di tempat-tempat seperti itu. I berangan juga tempat yang tinggi dan berada di tepi pantai, tentu seronok. I senyum seorang diri.

I baru nak undurkan kereta. Telefon mahal I berbunyi. Ada pesanan ringkas dari tunang I. Ringkas sangat SMS yang I terima tapi dah mengubah langsung plan I.

“Abang..jom shopping! =.=”

I terus ubah keputusan I. I akan pergi teman tunang I shopping. Lelaki macam I adalah lelaki yang setia dan penyayang. Tapi kebenaran yang pahit sepatutnya wanita terima adalah, kebanyakan lelaki sebenarnya tidak suka melakukan aktiviti shopping ini. Memang kalau nak diikutkan, kebanyakan wanita biasanya ditemani teman lelaki atau suami masing-masing ketika shopping. Tapi I tahu isi hati lelaki, I dah lama sangat jadi lelaki dan I tahu semua perasaan lelaki. Dan untuk membuka rahsia lelaki lagi, sebenarnya laki-laki suka mengutuk perempuan yang suka membeli-belah. I tak berniat langsung nak memburukkan laki-laki dalam post I kali ini, cuma I teringin nak perempuan tahu, apa yang berlaku pada lelaki semasa proses shopping ini berlaku.

Masalah pertama yang kerap timbul adalah kebanyakan wanita kerap pergi ke tempat-tempat yang feminin bila shopping, dan kebanyakan tempat-tempat tersebut sangat membosankan kecuali pusat pakaian dalam wanita. Ada sesetengah lelaki yang berpura-pura ikhlas menemani pasangannya sedangkan hatinya memikirkan perkara yang jauh lebih dewasa. Menghabiskan masa di tempat-tempat pakaian wanita adalah satu perkara yang tidak boleh diterima kaum lelaki. Jika proses ini berlanjutan dengan masa yang agak lama, kesannya adalah kami, kaum lelaki akan mencuri pandang perempuan lain. Langsung tiada niat untuk melihat perempuan lain, tapi kelemahan lelaki adalah tidak suka fokus pada aktiviti yang mereka tak minat. I cuma cakap benda yang I rasa betul, sebab I tak pernah tengok lagi mata lelaki yang curi-curi pandang perempuan lain semasa menonton bola. Tapi di tempat membeli belah, mata lelaki bagaikan mencari sesuatu dan cara pandangan lelaki pada wanita adalah bermula dari atas dan ke bawah, naik semula ke atas. Itu adalah teknik pandangan yang digunakan kebanyakan lelaki. Tapi pandangan seperti itu perlu dilakukan secara sembunyi supaya tidak dapat dikesan oleh pasangan dan terus terang, teknik curi pandang ini adalah teknik yang berbahaya dan jarang digunakan, kecuali ketika bershopping.

Bersambung~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan