Ahad, 26 September 2010

Si Chantek dan Si Bughok Ghope

Bagai pinang dibelah secara simetri

Susah tak nak menyebut tajuk post I kali ini? Tentu susah sebab I sengaja buat ejaan yang sebegitu supaya pembacaannya tak menjadi mudah dan lancar. Cara bacaan untuk tajuk post I kali ini perlu dilontarkan daripada kerongkong, maksud I suara itu perlulah pekat dan garau, tidak semestinya jelas, lebih kurang seperti orang yang cuba membuang kahak. Begitulah cara penyebutan yang tepat agar cerita dalam post I kali ini boleh difahami oleh sekalian manusia. I nak berkongsi dengan ramai orang tentang pemerhatian I, lebih-lebih lagi hasil kajian I itu mungkin ada kebenarannya.

Pernah tak u all dengar tentang perumpamaan orang-orang tua tentang padannya sesetengah pasangan seperti pinang dibelah dua. Ramai yang tidak tahu tentang kebenaran hukum alam, hakikat bahawa perempuan cantik tidak akan berkahwin dengan lelaki kacak atau tampan manakala lelaki yang sempurna luarannya tidak akan sehidup semati bersama-sama perempuan jelita dan menawan. Itulah hukum alam yang patut dipegang oleh semua pasangan-pasangan yang merasakan diri mereka sangat cocok antara satu sama lain. I tak terus buat kesimpulan dengan hanya beberapa bukti yang mungkin kebetulan, kebenarannya adalah I dah buat kajian yang menyeluruh daripada seribu pasangan sejak I berada di tingkatan tiga lagi. I tak pelik langsung bila melihat artis dari dalam dan luar negara menjadikan perceraian sebagai satu budaya kerana I dah buat kajian tentang perkahwinan dan pasangan ini secara bersungguh-sungguh dan I yakin dengan keputusan kajian I. Apa yang I lihat mampu bertahan sampai bila-bila ialah perkahwinan si chantek dan si bughok ghope. (baca dengan keadaan yang sama seperti diarahkan)

I pernah rasa gagal ketika membuat kajian ini sampai I rasa berputus asa apabila I lihat perkhawinan Yusry KRU dan juga Erra Fazira, sebab I dapat rasa perkahwinan mereka boleh bahagia sampai ke akhir hayat. I terduduk juga apabila melihat pasangan cantik sebegini boleh bertemu jodoh dan dalam diam, I merestui perkahwinan mereka. Tapi perkahwinan seperti Barbie dan Kent itu tidak lama, Erra dan Yusry berpisah dan I juga mula yakin dengan pemerhatian I. Perkahwinan Datuk K dan juga Siti Nurhaliza juga menunjukkan hipotesis I tepat. Buah pinang tidak sepatutnya dibelah dua, buah durian atau betik sepatutnya digunakan dalam perumpamaan Melayu klasik kerana I yakin, kajian dan pemerhatian I, walaupun tiada rujukan atau tidak ditulis dalam format APA, ia masih kajian yang boleh diterima pakai oleh warga Malaysia.

Ada beberapa hujah atau testimonial dari kawan I yang menyokong kajian I. Ada yang memberi fakta mengenai perempuan yang cantik akan mencari lelaki yang tiada paras rupa atau lelaki yang sedap mata memandang (tidak kacak) supaya lelaki tersebut tidak mencari perempuan lain. I tak nampak lagi kebenaran hujah kawan I cuma mungkin boleh membantu I mengukuhkan lagi kebenaran bukti-bukti I. Pendapat orang lelaki juga berbeza dengan kaum hawa kerana I pernah tanya kawan perempuan I tentang pemilihan pasangannya yang berperut buncit. Dia hanya menjawab memilih lelaki buncit adalah satu pilihan jangka masa panjang kerana perut yang buncit boleh dijadikan bantal. I gelak sikit sebab I tak berapa suka dengan lawak orang perempuan. Sinis dan berbau sindiran. Tak profesional langsung.
Walabagaimanapun, I akan teruskan mengkaji, sehingga I dapat bukti yang lebih kukuh lagi. I perlu kumpul pandangan orang lain dan testimonial pasangan-pasangan yang terlibat supaya kajian I mendapat perhatian masyarakat, sebab I anggap kajian I ini boleh membantu sesetengah orang yang terlalu memilih pasangan. I nak mereka sedar yang pencarian mereka tak semestinya berhasil kerana apa yang sepatutnya dinilai semasa mencari pasangan ialah keserasian dan keperibadian pasangan mereka. Itu yang I yakin boleh membawa kebahagiaan dunia dan akhirat~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan